Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, August 9, 2019

Nur Ainna Izatie Bt Mohd Izani - Pengurusan Perpustakaan (Management in Library Science) - UiTM cawangan Rembau

 Assalamualaikum……nama diberi Nur Ainna Izatie Bt Mohd Izani
Lebih dikenali dengan panggilan Ainna. 

Dibesarkan oleh kedua orang tua tercinta iaitu En. Mohd Izani Bin Che Yusuff dan Puan Arbaiah Bt Karim.

Merupakan anak pertama daripada tiga orang adik-beradik. Mendapatkan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Paloh Hinai, Pekan Pahang. Bermula dari prasekolah hingga darjah 4. Seterusnya, saya perpindah ke Sekolah Kebangsaan Sri Makmur, Maran Pahang kerana mengikut bapa yang bertukar tempat kerja.

Di peringkat menengah pula, saya melanjutkan pelajaran di SMK Seri Pekan dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Saya juga meneruskan pelajaran di tingkatan enam iaitu di SMK Ahmad, Pekan Pahang.

Seterusnya, saya melanjutkan pelajaran  pada peringkat Ijazah Sarjana Muda di UiTM dalam jurusan Pengurusan Perpustakaan (Management in Library Science).

Pada awalnya, saya ditempatkan di kampus Puncak Perdana bagi semester 1. Lalu bertukar kampus ke UiTM cawangan Rembau dari semsester 2 hingga semester 6.
Kampus Rembau merupakan kampus cawangan yang baharu bagi Negeri Sembilan dan saya merupakan perantis atau “first batch” di Rembau.

Kehidupan sebagai seorang siswi banyak memberi manfaat dan pengetahuan terutamnaya dari segi persahabatan dan juga kehidupan. Semasa berada di semester 6 kami dikehendaki untuk memilih dan mencari tempat bagi tujuan latihan industri (practical).

Lalu, saya telah memilih Perbadanan Perpustakaan Awan Pahang sebagai tempat untuk melakukan latihan industri.

Pada tanggal 1 Ogos saya beserta enam orang rakan yang lain iaitu Radiah, Karimah, Hidayah, Masturah, Zein dan Qhairuel telah melaporkan diri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP).

Kami akan menjalani latihan industri di PPAP selama 5 bulan. Selepas itu, kami telah ditetapkan di bahagian masing-masing secara berpasangan. Pasangan saya adalah Siti Karimah dan beliau merupakan rakan sekampus saya dari Kampus UiTM Rembau.

Bagi minggu pertama latihan kami telah ditempatkan di Bahagian Rangkaian Perpustakaan yang diketuai oleh Encik Ahmad Nizam dan Bahagian Perancangan Pembangunan dan Korporat yang diketuai oleh Encik Norshazlin atau lebih dikenali sebagai Encik Amir.


Antara perkara-perkara yang saya pelajari dan lakukan sepanjang berada di bahagian rangkaian perpustakaan adalah cara mengumpulkan maklumat di seluruh Rangkaian Perpustakaan di negeri Pahang melalui (data cloud). Di dalam data tersebut terdapat statistik perpustakaan dari segi semua aspek.

Selain itu, kami juga telah dibawa melawat oleh Encik Ahmad Aziddin selaku Ketua Unit Rangkaian merangkap Ketua Perpustakaan Desa Kuantan ke perpustakaan desa Kg. Mahkota bagi menyiapkan projek penubuhan galeri di sana. Di sana kami mempelajari mengenai bagaimana pengurusan di sesebuah perpustakaan desa dijalankan.

Seterusnya, saya dan karimah juga turut membantu Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan dan Literasi mengendalikan program lawatan pelajar tabika kemas dari tabika perpaduan inderapura dan tabika tanah putih.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah melawat perpustakaan kanak-kanak. Di situ terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan antaranya ialah pertunjukkan “puppet show”, slot menari lagu kanak-kanak dan sesi membaca.

Seterusnya, kami juga megetuai kumpulan kanak-kanak tersebut ke bahagian Petrosains pula. Akhir kata saya berharap agar proses latihan dan pembelajaran saya di sini akan berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua staff dan rakan-rakan yang banyak membantu sepanjang latihan industri di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang ini. Sekian terima kasih……  

No comments: