Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, December 24, 2019

Buku: Siri Kaum Unik Malaysia: Orang Asli /Maruwiah Ahmat

Buku: Siri Kaum Unik Malaysia: Orang Asli /Maruwiah Ahmat

No Perolehan: DTEM00885/19                                           
ISBN: 978-967-0768-59-5
Kategori: 959.5
Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mencatatkan maklumat mengenai Orang Asli yang terangkum dalam kaum Bumiputera di Semenanjung Malaysia.Pelbagai topik dicatatkan pada buku ini seperti latar belakang tiga kumpulan suku kaum iaitu Negrito,Senoi dan Melayu-Proto,kegiatan ekonomi,organisasi sosial ,agama dan kepercayaan,adat resat dan kebudayaan,perayaan, Jabatan Kemajuan Orang Asli dan Senoi Praaq.

Pembaca juga boleh mengetahui kepelbagaian dari aspek adat kehidupan seharian seperti kelahiran,perkahwinan dan kematian mengikut suku kaum masyarakat Orang Asli.Selain daripada itu perubahan kegiatan ekonomi pada masa dahulu dan kini boleh diketahui dengan membaca buku ini.

Dengan membaca buku ini diharapkan dapat mendedahkan masyarakat terutamanya para pelajar kepada asal usul kaum ,adat dan budaya masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia.

Judul: Siri Kaum Unik Malaysia: Orang Asli
Pengarang: Maruwiah Ahmat
Penerbit: Goodwill Publications
Tahun Terbit: 2019
Harga: RM56.25
Muka surat: 92
Rating: 4

Ulasan oleh: Lizune a/l Met,
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh
 

No comments: