Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, December 24, 2019

Hidup & Mati Menurut Islam & Neurosains / Azizan Baharuddin, Norkumala Awang

Judul Buku : Hidup & Mati Menurut Islam & Neurosains
Penulis Buku : Azizan Baharuddin, Norkumala Awang
Tahun Terbitan : 2018
Penerbit : Institut Kefahaman Islam Malaysia.
No Panggilan : 297.321567

“Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur (atas nikmat-nikmat Allah) – Surah al–Hajj 22:66.

Perbahasan mengenai kehidupan dan kematian seseorang manusia harus dilihat dari dimensi yang selari dengan pandangan dalam Islam, iaitu prinsip tauhid dengan meletakkan keesaan Allah sebagai asas tertinggi dan juga akhirat sebagai matlamat akhir kehidupan manusia. Ia merupakan kehidupan sebenar manusia.

Dalam ilmu sains, dengan berakhirnya fungsi biologi yang menyebabkan kematian jasad, kehidupan seseorang manusia tiba kepada noktah penamat.

Perkhabaran yang benar daripada al-Quran menegaskan bahawa kematian jasad hanyalah permulaan kepada satu kehidupan yang lebih abadi. Maka, persoalan berkaitan hidup dan mati yang menjadi teras kepada fahaman kemanusiaan dan kejiwaan dalam Islam seharusnya mampu diharmonikan dengan penemuan-penemuan dalam bidang sains moden terutama sekali dalam neurosains.

Justeru,

Buku ini menukilkan perbahasan yang menjadi amanah besar kepada pakar-pakar neurosains Muslim dan ilmuwan agama bagi mencari keharmonian antara sains dan agama demi  umat sejagat.

Diulas oleh :
Mohamad Yusmi Bin Mohamed Yunus
Pembantu Pustakawan
PD Lepar Hilir 1

Disemak oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

No comments: