Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, December 24, 2019

Tokoh-Tokoh Pemikir Islam / Mohamad Kamil Hj Ab Majid

Nama Buku       : Tokoh-Tokoh Pemikir Islam
Mukasurat       : 296 ms
Penulis         : Mohamad Kamil Hj Ab Majid
Harga           : RM 21.90
No Pengelasan : D 922.97 MOH

Buku ini memuatkan kajian penulis terhadap tokoh-tokoh pemikir Islam yang tidak asing dalam dunia Islam masa kini yang dikaji dan diselidik oleh generasi muda sebagai generasi pelanjut bagi mengikut jejak langkah mereka membawa obor kebenaran bagi menentukan pesanan Nabi Muhammad S.A.W. :

Islam itu tinggi dan  tidak ada yang lebih tinggi ke atasnya.”

Cabaran yang dihadapi oleh generasi hari ini ialah memahami kaedah setepat-tepatnya kepada pemikiran Islam yang luhur dan aplikasi kepada reality kehidupan yang moden yang serba -serbinya  canggih itu .

Maka riwayat hidup pemikiran tokoh-tokoh dapat membantu kaedah amal Islami dengan tafsiran sesuai menurut reality semasa.

Buku ini walaupun mengandungi pelbagai tajuk , tetapi mempunyai intergrasi makna dan tujuan yang sama iaitu menyerlahkan sifat dinamisme  Islam dan tokoh –tokoh pemikirnya . Dinamika itulah yang menjadi rahsia kelanjutan Islam beroperasi tengah-tengah masyarakat.

Diulas oleh :
Siti Norhasmah Binti Tahir
Pembantu Pustakawan
PD Sungai Lembing

Disemak oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangakaian Perpustakaan

No comments: