Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, July 15, 2011

Majlis Tamat Latihan Pelatih UiTM dan UMT

Pada 15hb. Julai 2011 Perbadanan Perpustakaan Perpustakaan Awam Pahang telah meraikan pelajar UiTM yang akan tamat latihan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang. Pada majlis ini Pegawai Tadbir Puan Murni telah mewakili Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Hajjah Faridzah.

Majlis ini telah diadakan selepas kelas mengaji yang selalu diadakan pada setiap hari Jumaat.
13
Tuan Haji Baharuddin bin Mat Salleh, Pembantu Perpustakaan Bahagian Rangkaian Perpustakaan. Beliah telah berkhidmat selama 28 tahun.
12
Encik Shazlin, Cik Atiqah, Cik Mastura, Cik Fasihah dan Puan Murni. Encik Shazlin adalah pelatih yang pernah berlatih di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang pada tahun 2008. Pada 1.12.2008 beliau telah menyandang jawatan Penolong Pegawai Perpustakaan Sambilan di PPAP. Seterusnya pada 1.12.2009 beliau telah menyandang jawatan tetap Penolong Pegawai Perpustakaan.
11
Puan Nurul Zuria Pembantu Tadbir Kewangan dan Puan Norsuliza adalah Penolong Akauntan PPAP yang mula berkhidmat pada tahun 1992.
10
Kakitangan yang turut meraikan majlis tamat latihan.
09
Ada yang terasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan adik-adik yang baru dikenali.
08
Peluang untuk belajar selama dua bulan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang tidak akan dilupakan.
07
Masing-masing sedang teliti mendengar nasihat Puan Murni yang mewakili Puan Hajjah Faridzah.
06
Semoga Atiqah, Mastura dan Fasihah akan berjaya dalam kerjaya masing-masing. Diharap jangan lupakan kami di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.
05
CC Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Encik Saharuddin Md. Yusof akan mula berpencen pada bulan Jun 2012. Tempoh yang ada digunakan oleh CC untuk menurunkan segala ilmu yang ada kepada anak didik CC.
04
Cik Nurul Fasihah adalah pelatih di Unit IT yang berasal dari Universiti Malaysia Terengganu.
03Link
Cik Mastura Musa suka makan tomyam daging dan tengok TV cLinkerita kartun. Kenangan berulang dengan motosikal honda wave dari Pekan ke Kuantan selama dua bulan sudah tentu akan menjadi kenangan abadi semasa belajar. Dapat belajar dangan CC Saharuddin yang bakal menjadi pesara adalah satu lagi perkara yang amat-amat menarik.

Satu lagi perkara yang menarik tentang Cik Mastura adalah ... dirumah beliau ada pokok Buah Mentega. Buah Mentega (Diospyros blancoi) adalah buah nadir iaitu yang jarang kita jumpa hari ini. Kulit Buah Mentega ada bulu halus seperti kain baldu. Rasa Buah Mentega ni manis dan ada sikit-sikit rasa lemak dan baunya harum serta gebu. Kalau nak makan Buah Mentega ni kita kena kupas kulitnya macam kupas buah mempelam. Rasa Buah Mentega lemak manis serta sedikit kelat ni boleh menyebabkan melekat pada lelangit bila sudah makan.
02
Cik Nurul Atiqah Muhammad suka menghabiskan masa lapang dengan membeli belah. Suka makan nasi kukus supaya badan sentiasa kurus.
01
Puan Murni menasihatkan adik-adik pelatih supaya jangan tinggalkan sembahyang dan sentiasa menambah ilmu agama. Banyak dugaan yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak muda zaman ini. Puan Murni menasihatkan supaya pandai menjaga diri dan pandai memilih suami.

No comments: