sumber gambar [koleksinoveluntukdijual.blogspot.com]
Novel Matahariku adalah novel yang popular dipinjam oleh ahli perpustakaan awam di Pahang. Novel karya Aina Emir ini telah dipinjam sebanyak 28 kali mengikut rekod pada 7.6.2011. Jika ada yang hendak membaca nya anda boleh mendapatkannya di perpustakaan awam yang berhampiran, klik DISINI untuk melihat senarai perpustakaan yang berhampiran.
Jika anda hendak membeli dan menyimpan novel ini ada boleh dapatkan di [koleksinoveluntukdijual.blogspot.com].
Petikan dari [novelcinta.multiply.com]
Syakirah, gadis biasa-biasa yang bertahi lalat di bawah bibirnya, sekalipun tidak sehebat seorang ratu, tetap istimewa. Keresahan jiwa telah menjadikan dia gadis ‘nakal’ yang menghabiskan masa di dunia fantasi ‘anime’. Dia juga menjadi ‘pakar mengurat’ di alam maya. Sekalipun umurnya sudah mencecah kedewasaan, namun cinta dan kasih sayang seorang lelaki tidak pernah berbunga dalam hidupnya.
Petikan dari [norabella2771.blogspot.com]
Matahari ku oleh Aina Emir. Another of my all time favourites! Kesemua novel nya tidak pernah menghampakan aku. Terlebih suka akan Bunga-bunga kemboja dan Kau Laksana Bulan.....siap promote kat Kak Elle! Dengarnya novel Matahari ku ini habis terjual. Syabas!
Petikan dari [nicenovela.blogspot.com]
Novel : MATAHARIKU - AINA EMIR
Harga : RM17.00 (Including postage)
Harga Asal : RM19.90
Sinopsis : SOLD
Perkahwinan merupakan sesuatu yang menggerunkan, kerana nun jauh di lubuk hati, dia bimbang menjejaki ibunya dan tidak mahu dilabelkan sebagai gadis ‘materialistik’. Pun begitu, kehadiran Khair atau‘Kai’ sejak remaja lagi, kini mula mengubahkan perasaannya. Kalau dulu dia tidak merasakan Kai itu menarik, kini dia tahu lelaki itu mampu menyinarkan hidupnya. Bukankah mereka serupa sahaja? Malangnya, tiba-tiba sahaja ombak deras datang memukul, lalu mengucar-ngacirkan hidupnya. Syakirah terkapai-kapai dan tidak tahu hendak ke mana. Tahu-tahu dia sudah terperangkap dalam sesuatu yang hampir dekat dengan igauannya!
Petikan dari [qunia-mimpiyangindah.blogspot.com]
Tajuk Novel : Matahariku
Karya : Aina Emir
Penerbit : KarnaDya
Terbitan : 2009
Halaman : 537 mukasurat
Harga : RM19.90
Kehadiran lelaki yang berketurunan campur itu meresahkan lagi hidupnya. Mengapa dia harus hadir dan mengelirukan keadaan? Apakah kuasa yang dia ada untuk melemahkan semangat dan mengecutkan perut gadis yang kaya dengan keayuan asli itu?
Petikan dari [marzalina707.blogspot.com]
aku tengah layan lagu ni..besh gilerr tambahan pulak sebab tengah layan novel Matahariku karya Aina emir...best giler novel ni..tak caya try baca! walaupun novel ni tak da kaitan ngan lagu ni..ehehehe..tapi ia berjaya menaikkan mood aku yg kureng seminggu ni..up up kan mood anda..kan kak shila?
Petikan dari [sahabatkami.blogspot.com]
Novel ni agak best....kenapa ader perkataan agak???? sbb starting cam membosan kan jer.........sepatutnya dr 3 bulan lepas aku dh beli novel ni..tapi asyik la ditangguhkan sbb ader tajuk lain yg menarik......than after a few month br aku beli.....
>> citer yg melibatkan kekuatan ikatan antara keluarga yg berpoligami.......rasa sakit hati dan cemburu yg menjadi lumrah kehidupan manusia........tentang kesetiaan.....tentang kasih sayang........ol of it blend smoothly in dis novel.....nk tau happy ending or sad...kono lah baco...pinjam ngan i pong boleh....tp lepas my sis la plak khatam n kono la pulang balik......huhuhhhu...beli pakai duit woo....btw SHARING IS CARING......
15.6.2011
No comments:
Post a Comment