Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, July 25, 2011

Buku Polular: Takdir Yang Terindah



Takdir Yang Terindah adalah novel yang popular di pinjam oleh ahli perpustakaan di perpustakaan awam di Pahang. Novel karya Nana Faiz ini telah dipinjam sebanyak 40 kali berdasarkan rekod setakat Mei 2011.

Anda boleh mendapatkan buku novel Takdir Yang Terindah ini di perpustakaan awam yang berhampiran. Untuk melihat senarai perpustakaan klik DISINI. Tetapi jika anda berminat untuk menyimpannya anda boleh membelinya di www.bukupopular.com. dengan harga RM18.00.

Berikut adalah petikan yang diambil dari link [www.bukupopular.com]

Tajuk : Takdir Yang Terindah
Terbitan : KarnaDya Solutions
Penulis : Nana Faiz
ISBN : 9789833316953
Kategori : Novel
Harga : RM 18.00
Berat : 420 g

Qistina Diyana, gadis manja ini hidup penuh ceria di samping Lynda dan Juraita, teman baiknya yang bermula di alam persekolahan. Namun, setelah meningkat awal dewasa, Qistina terpaksa melalui satu kehidupan yang tidak pernah terlintas di fikirannya.

Tatkala kasih yang dibajainya sedang berbunga terhadap Izwan Firhan, Qistina dipaksa supaya melupakan jejaka yang telah lama bertakhta di hatinya. Rahsia keluarga yang selama ini tersimpan rapi akhirnya tersingkap dan memaksa dia akur untuk memenuhi satu permintaan saudara kandungnya, apatah lagi apabila ianya berkaitan pengorbanan yang pernah dihulurkan Haikal Hakimi, sahabat baik abangnya itu.

Pertemuan semula di antara Haikal menjadi satu kejutan buat Qistina kerana tidak disangkakan mereka pernah bertemu dalam satu kejadian salah faham.

Perancangan keluarga Qistina untuk menyatukannya dengan Haikal telah memulakan dan menimbulkan konflik dalaman di dalam dirinya. Apakah rahsia dan pengorbanan yang telah dilakukan Haikal Hakimi terhadap keluarga Qistina itu sehinggakan dia dipaksa menerima lelaki itu?

Mampukah dia melalui kehidupan bersama lelaki yang tidak dicintainya itu malah untuk berkongsi kasih dalam satu ikatan di antara suami dan isteri? Benarkah rasa cinta itu dapat dipupuk setelah terbinanya mahligai yang dia sendiri tidak pasti akan bahagianya?

LINKS:
1. qunia-mimpiyangindah.blogspot.com
2. novelcinta.multiply.com
3. gengkicap.blogspot.com
4. linda-koizora.blogspot.com
5. bookwormcrazy7.blogspot.com
9. noveluvers.blogspot.com
10. novelterpakaidanmurah.blogspot.com
11. ulatbuku-06.blogspot.com

15.6.2011

No comments: