Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, July 24, 2011

Buku Popular: Sebening Rindu

Cintailah dia yang menyayangi dirimu.

Novel SEBENING RINDU adalah novel yang pertama ditulis oleh Azhan Kamil. Noval ini juga telah menjadi novel yang paling popular dipinjam di perpustakaan daerah/cawangan/desa di Negeri Pahang. Sehingga tarikh Mei 2011 novel SEBENING RINDU oleh Azhan Kamil telah dipinjam sebanyak 41 kali.

Kepada mereka yang berminat untuk membacanya anda boleh berkunjung ke perpustakaan berhampiran. Untuk melihat senarai perpustakaan di Pahang anda boleh klik DISINI.

Bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki novel ini bolehlah membelinya dengan harga RM15.00.

Berikut adalah petikan yang diambil dari [http://azhan.wordpress.com/novel/]
Tajuk: Sebening Rindu
Halaman: 384
Harga: RM15.00

ALAf 21 menampilkan novelis terbaru, Azhan Kamal dengan karya sulung beliau, ‘Sebening Rindu’. Pastikan anda dapatkannya di kedai-kedai berhampiran anda sekarang!

Perit rasa hati bila orang yang disayangi pergi jauh meninggalkan segala-galanya di muka bumi ini. Di mana kasih, sayang, rindu dan cinta bila kesemuanya tidak kesampaian? Tetapi, kenapa perasaan itu tidak mahu turut pergi sedangkan ada insan lain yang sudi bertapak di hati? Nazatul...gadis pujaan dua jejaka. Antara Kamarul dan Faizal, dia hanya mendambakan cinta kepada yang satu. Namun, mampukah penyakit yang ditanggungnya itu membahagiakan si dia?

Kamarul…cita-citanya untuk memiliki gadis itu terlalu tinggi. Namun, tuntutan tugas dan keluarga menggamit kesabarannya. Dia masih mengenggam satu harapan untuk memastikan cintanya tetap mekar.

Faizal…punya karisma yang tinggi dalam kerjaya. Status ‘metrosexual guy’ yang dipegangnya memungkinkan dia mendapat apa sahaja yang diingini. Perangai anehnya merentap jiwa insan yang amat menyayanginya.

Iryanti...gadis seberang yang tabah mengharungi liku-liku perjalanan hidupnya. Mencintai dan dicintai itulah yang sangat diimpikan. Dia bersyukur masih ada yang sudi mengisi ruang di hatinya. Namun, mengapa saat-saat akhir hidupnya, baru dia merasai kebahagiaan itu?
“Cintailah dia yang menyayangi dirimu.”

Pencapaian :
1. Carta novel Melayu paling laris di MPH
- 2 Mac 2008 : Tempat ke – 7
- 16 Mac 2008 : Tempat ke – 7

2. Carta Top 10 (langganan pos Alaf21)
- 3 Mac 2008 : Tempat ke – 6 (Minggu sebelumnya tempat ke -9)
- 24 Mac 2008 : Tempat ke – 3
- 30 Mac 2008 : Tempat ke – 6
- 21 April 2008 : Tempat ke – 6

Sumber [http://azhan.wordpress.com/novel/]
15.6.2011

No comments: