Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, July 28, 2011

Buku Popular: Khilaf Kasih


Novel Khilaf Kasih adalah novel yang popular dipinjam oleh ahli perpustakaan awam di Pahang. Novel Khilaf Kasih karya ZULAILA ZAKARIA telah dipinjam sebanyak 29 kali oleh ahli perpustakaan di Pahang. Jika ada yang berminat untuk membacanya, bolehlah dapatkan novel ini di perpustakaan berhampiran. Untuk melihat snarai perpustakaan yang berhampiran klik DISINI.

Berikut adalah ringkasan cerita yang dipetik dari [koishiemerah.blogspot.com]

TAJUK : Khilaf Kasih
KARYA : Zulaila Zakaria
PENERBIT : Buku Prima Sdn Bhd
HALAMAN : 405 Muka Surat
HARGA : RM16.90

“Semua orang ada sejarah silam tersendiri. Tanpa sejarah masa silam, barangkali kita tidak sebegini teguh untuk terus mengharungi segala macam pancaroba hidup. Bukankah kisah semalam itu akan mematangkan kita dalam membuat pilihan hidup di hari kemudian. Maka kerana itu, kita tidak akan mempertikaikan apa-apa lagi tentang sejarah lalu yang telah pun lama berlalu pergi…”

Petikan dari [datinella.multiply.com]
Category: Books
Genre: Romance
Author: Zulaila Zakaria
Dhiya Dylela Damiya punya sejarah hidup yang tragis. Selama enam tahun dia membawa rasa gundah gelana yang kian melara menghimpit resah kecewa.

Selama itu juga rentetan peristiwa yang menyayat riwayat hidupnya tidak pernah terluput dalam lipatan ingatan. Pertemuan semula dengan Zarief Annas mengembalikan segala kisah suka duka menjadi satu halangan untuk memenuhi segala keinginan dalam mengecap nikmat bahagia pada masa depan dek kehidupannya di masa lalu penuh jalan berliku.

" Cinta adalah satu perasaan yang tidak boleh diberi penjelasan" Luah Zarief Anas perlahan seperti berbisik pada diri sendiri.

Petikan dari [hasani.com.my]

Tajuk: Khilaf Kasih
Penulis: ZULAILA ZAKARIA
Harga: RM 16.90

"Dhiya Dylela Damiya punya sejarah hidup yang tragis. Pertemuan semula dengan Zarief Annas mengembalikan segala kisah suka dan duka."

Petikan dari [mforum.cari.com.my]

Zulaila Zakaria : Khilaf Kasih.

Dhiya Dylela menarik nafas dalam-dalam.Huh, kenapa aku jd begini. Mensiakan waktu dan kesempatan yang datang dalam perjalanan hidupku yang masih panjang hanya kerana sebuah kisah silam yang hitam? Peristiwa yang mengelam seluruh pandangan.Terhijap seluruh impian.

Sesungguhnya dia bukan mudah jatuh hati. Apatah lg berpatah hati disebabkan seorg lelaki. Ramai lg yg bakal ditemui kemudian hari, Lebih baik, lebih tampan dan lebih memahami nasibnya. mungkin segala apa yg ada dr lelaki itu.

"Cinta adalah satu perasaan yg tidak boleh diberi penjelasan' 'Luah Zarief Anas.

Semua orang ada sejarah silam tersendiri. Tanpa sejarah silam barangkali kita tidak sebegini teguh utk terus mengharungi segala macam pancaroba hidup. Bukankah kisah semalam itu akan mematangkan kita dlm membuat pilihan hidup di kemudian hari. maka kerana itu kita tidak akn mempertikaikn apa apa lg ttg sejarah lalu.

'Perlukah rasa cinta itu Dhiya". Dhiya terpana, perlukah dia membls?mengulas?

15.6.2011

No comments: