Friday, August 21, 2015

Bubur Nasi Arab Masjid Lipis oleh En Zainuddin Azahari

Tarikh: 21.8.2015 (Jumaat)
Tempat Dewan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang

Sempena hari Jumaat yang mulia ini, telah diadakan majlis ringkas jamuan 'saja-saja' kutip-kutip duit bagi menambahkan kemerseraan sesama kakitangan. Tidak menyediakan apa-apa yang berlebihan. Cukup dengan seperiuk Bubur Nasi Arab Masjid Lipis oleh En Zainuddin Azahari, air teh o dan sebotol besar air mineral. Turut disediakan adalah plastik untuk membungkus.
 Sebenarnya banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan untuk mengeratkan perhubungan sesama kakitangan. Tetapi keadah makan bubur adalah salah satu keadah yang mudah dan ringkas.
 Antara cara lain adalah: 1. SALING BERTEGUR SAPA. Jika susah sangat, memadailah dengan senyuman ikhlas atau ucapan salam.
 2. MENGINGATI NAMA RAKAN SEKERJA. rajin-rajinkan menyebut nama mereka setiap kali bersua muka walaupun hanya
dengan nama gelaran.
 3. ELAK BERPRASANGKA BURUK. jadi jangan sama sekali melabelkan apatah lagi menghukum seseorang cuba kenali individu tersebut lebih rapat, mungkin ada persamaan 'chemistry'.
 4. RAJIN MENGHULURKAN BANTUAN. itu terpulang kepada kemampuan dan keikhlasan diri.
 5. SALING MENERIMA PENDAPAT. bertukar pendapat boleh mengeratkan hubungan... "apa yang penting? Kerjasama".
 6. MELAKUKAN AKTIVITI RIADAH BERSAMA. paling tidak pun, cuba menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan sekerja contohnya kenduri kendara.
 7. ELAK TUNJUK PANDAI BERLEBIHAN. mungkin berbeza pendapat, tapi amalkan 'saya betul tetapi dia mungkin betul juga, perlu ada give and take.
 8. SALING BERGURAU SENDA.tonjolkannya secara semulajadi jika anda memiliki sifat itu. Namun, USAH KETERLALUANterutamanya orang yang baru anda. Tetapi jangan terlalu memaksa diri. Kalau tidak pandai bergurau. Mungkin anda seorang yang tidak kreatif untuk bergurau, namun pasti akan ada yang masih boleh ketawa. Itu sudah cukup untuk satu permulaan yang baik. Bergurau senda mempunyai unsur 'silap mata' dalam merapatkan hubungan sesama manusia. [RUJUKAN: virtualfriends.net]
 Selain dari cara diatas ada lagi Cara Tambat Hati Rakan Dalam Pergaulan yang ditulis oleh Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D Artikel ini telah diterbitkan dalam majalah IBUBAPA, 2003. [.laman-map.com]
Caranya adalah:
 1. Menjadi Pendengar Yang Baik - Hikmah manusia dijadikan dengan dua telinga dan satu mulut ialah agar kita lebih mendengar dari bercakap.
 2. Memahami Sebelum Difahami - Orang lain tidak kisah apa yang kita tahu sehinggalah mereka tahu yang kita memang ambil kisah.
 3. Ingat Tarikh Lahirnya Ada juga yang akan seronok apabila orang lain ingat tarikh lahirnya dan seterusnya memberikan ucapan kepadanya
 4. Akrab Dengan Keluarganya - Untuk menambat hati rakan maka kenalilah ahli keluarga terdekatnya seperti ibu bapa, isteri, anak-anak dan adik beradiknya.
 5. Ketepikan Soal Remeh Temeh - Dalam pergaulan bersama rakan-rakan banyak perkara-perkara kecil yang berlaku setiap hari yang sepatutnya tidak perlu disimpan dalam dihati.
Ini adalah kereta yang digunakan oleh En Zainuddin Azahari bagi menghantar Bubur Nasi Arab Masjid Lipis
 6. Tegur Secara Membina Dan Berhemah - Untuk menambat hati rakan kita mestilah bersedia untuk menegurnya untuk kebaikan dirinya sendiri.
 Ini pula adalah sambal bubur hitam yang dibuat oleh Puan Ros IT
  7. Bersedia Memohon Maaf - Ada ketikanya kita melakukan kesilapan sama ada disengajakan atau tidak.
8. Ziarahi Rakan - Jadilah juga orang pertama dan terawal yang menziarahinya apabila sahaja kita dengar dia ditimpa musibah atau jatuh sakit.

No comments: