Friday, August 7, 2015

Kursus Kemahiran Berfikir di UMP Gambang Pahang

Pada 29 hingga 30 Julai 2015, telah diadakan Kursus Kemahiran Berfikir di Dewan Tun Fatimah Universiti Malaysia Pahang cawangan Gambang. Kursus ini dihadiri oleh pensyarah UMP, kakitangan UMP, Kakitangan kewangan Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang.

Apa yang ditulis disini bukanlah sepenuhnya disampaikan oleh penceramah. Tetapi skop yang disampaikan oleh penceramah cuba diperluaskan disini.
Gambar 1
Kadang-kadang kita semua telah tempoh dan tahu banyak perkara. Tetapi semua perkara tersebut masih boleh berterusan berkembang jika kita 'mengasah' pemikiran kita supaya sentiasa 'tajam'. Kita tidak boleh tertipu dengan 'pisau' yang berkilat tetapi tidak tajam. Kita tidak boleh tertipu dengan pisau yang berkarat tetapi amat tajam dan berbisa.
Gambar2
Kursus Kemahiran Berfikir di Dewan Tun Fatimah Universiti Malaysia Pahang cawangan Gambang ini cuba membawa peserta kepada satu ruang lingkup untuk peserta 'menajamkan' pemikiran masing-masing. Intreaksi dengan penceramah dan kawan-kawan dapat membuka ruang lingkup ini mungkin kepada suatu dimensi yang unik.
Gambar3
Perkara paling paling penting adalah untuk kita kenal satu-satu masalah atau perkara melalui konsep 'Big Picture' atau gambaran besar. Adalah amat penting dalam satu-satu keadaan kita mengatahui atau mendapatkan maklumat mengenainya melalui konsep 'Big Picture' ini. Tanpa mendapat gambaran menyeluruh atau gambaran sebenar, kita MUNGKIN menyelesaikan sebahagian sahaja masalah.
Gambar 4
Setelah mendapat maklumat secara 'Big Picture' barulah kita akan dapat 'Bigger Picture' atau gambaran keseluruhan atau gambaran sebenarnya atau gambaran lebih jelas. Jika tidak, kita mungkin terlepas beberapa maklumat yang tidak sampai atau terlindung atau yang sengaja disembunyikan.
Gambar 5
Terlalu ramai dikalangan kita yang tidak boleh atau tidak menyedari bahawa membuat keputusan atau mengeluarkan pendapat dengan hanya melihat 'Small Picture' atau mereka hanya 'zooming in' sahaja. Akhirnya mereka tidak faham apa tugas orang lain dan apa tugas mereka. Semua tugas orang dirasakan tugas mereka dan semua tugas mereka orang lain kena faham.
Gambar 6
Tidak dinafikan bahawa ada individu yang tidak mempunyai kemampuan untuk berfikir secara 'zooming in - zooming out' dan secara 'zooming out - zooming in'. Ada individu yang sediaasalnya terikat dengan cara berfikir sehala sahaja iaitu 'Bullet Thingking' sahaja. Mereka tiada keupayaan untuk berfikir secara 'Echo Thingking'.
Gambar7
Tetapi kita semua sentiasa ada ruang untuk terus belajar apa-apa kemahiran 'berfikir' Adalah sangat menarik sebenarnya jika kita melihat satu-satu dari sudut yang kita jarang-jarang atau tidak pernah terfikir.Tetapi tidak berterusan menggunakan kemahiran 'berfikir cara berlainan' akan menyebabkan kita sukar berubah.
 Penceramah hanya menyiapkan tugasan menyampai dan kawan-kawan kursus hanya menyampaikan 'pengalaman' masing-masing. Setelah tamat kursus dua hari, peserta perlu melatih minda untuk berkerja dangan gaya yang berlainan.
Gambar8
Kita kembali semula kepada keupayaan berfikir secara 'Big Picture'. Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk menjadikan kita boleh 'zooming out' bagi melihat 'Big Picture'.
Gambar 9
Semasa kursus ini kami diajar beberapa proses dan berfikir. Iaitu Big Picture-Idea Spray-Mind Charting-Smart Mirroring-Pattern Breaker-Clean Paper-Idea Webbing. Tetapi diruangan ini, akan ditumpukan kepada konsep 'Big Picture' sahaja.
 Gambar 10
Ada ketikanya bermanafaat untuk kita  'zoom in' bagi mendapatkan maklumat detail. Tetapi ada ketikanya kita 'cannot see the wood for the trees' atau kenal kayu tapi tak kenal pokoknya. Maka masa inilah kita kena guna pendekatan 'Big Picture' supaya kita melangkan keluar pemikiran asal untuk mendapatkan gambaran keseluruhan.
Gambar 11
Ada lima keadah yang boleh digunakan:
1. time line,
2. the outsider,
3. turntable,
4. as if,
5. metaphor map.
Gambar 12
TIME LINE: seeing time by walking through it
Kita mengkaji dan melihat bagaimana satu-satu perkara atau masalah berubah mengikut peredaran masa.

THE OUTSIDER: seeing through the eyes of an outsider
Kita bertukar kepada seorang individu yang kita pilih dan berfikir selaku watak tersebut.
Conton individu adalah: best friend, boss, teacher, potential employer, competitor, sponsor, customer, a participant in 5 year's time,a 5 year old child, a reporter from a particular newspaper.

TURNTABLE: seeing issues from unfamiliar perspectives
Kita memilih 3 atau 4 sudut pandangan dan berfikir dalam semua sudut pandangan tersebut secara bergilir.
Pilihan1:
Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats
Pilihan 2:
Customers, Creative Thinking, Time Constraints, Past Success
Pilihan 3:
Amat setuju, Kurang setuju, Tidak setuju, Amat tidak setuju

Gambar 13
AS IF: experiencing different perspectives
Kita cuba bayangkan kita berada dalam satu situasi atau zaman yang berlainan dengan keadaan sekarang. Cuba buat bayangan atau gambaran bagi penyelesaian bagi masalah yang dihadapi.

Gambar 14
METAPHOR MAP: a fresh perspective on past and future
 Kita membuat peta imaginasi bagi satu-satu perkara supaya kita nampak suatu gambaran yang lebih besar iaitu 'Big Picture'. Kita boleh membuat peta imaginasi tersebut berdasarkan: 
Sea of Possibilities, 
Safe Haven, 
Mountains of Work, 
Pool of Relaxation, 
Stretch Zone, 
Swampland, 
Play Area, 
Road to Nowhere, 
Stream of Ideas, 
Point of No Return, 
Terra Incognita, 
Short Cut, 
Black Hole, 
Site of Antiquity, 
Stadium of Light, 
Great Wall, 
Greener Grass,
 Fountain of Knowledge, 
Bridge Under Construction

Adakalanya kemahiran berfikir bergantung pula terhadap kefahaman kita terhadap "Big Picture" mengenai peranan otak kanan dan otak kiri. Kemampuan kita memahami fungsi otak kanan dan otak kiri ini tidak membolahkan kita untuk menguasi kedua-dua fungsinya. Fungsinya boleh disebut sebagai:

LEFT BRAIN FUNCTIONS
uses logic
detail oriented
facts rule
words and language
present and past
math and science
can comprehend
knowing
acknowledges
order/pattern perception
knows object name
reality based
forms strategies
practical
safe

RIGHT BRAIN FUNCTIONS
uses feeling
“big picture” oriented
imagination rules
symbols and images
present and future
philosophy & religion
can “get it” (i.e. meaning)
believes
appreciates
spatial perception
knows object function
fantasy based
presents possibilities
impetuous
risk taking 

Penamatnya bukan disini, tidak semua ini kita boleh dapat capai dengan mudah. Marilah kita sama-sama terus berusaha supaya diri kita, keluarga kita, masyarakat kita, negeri kita, negara kita dan dunia ini menjadikan kita bermanafaat sebagai manusia.

Rujukan: http://reviewing.co.uk/articles/big-picture-reviewing.htm
Rujukan lanjut: http://lateralaction.com/articles/left-brain-or-right/

No comments: