Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, August 27, 2018

IFLA WLIC 2018 - Malaysia Negara Kelima di Asia

IFLA WLIC 2018
International Federation of Library Associations and Institutions (IFLA),
World Library and Information Congress (WLIC)

TARIKH: 24 – 30 Ogos 2018
LOKASI: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

IFLA (International Federation of Library Associations and Institutions) adalah Persekutuan Antarabangsa Persatuan Institusi Perpustakaan adalah badan antarabangsa yang mewakili perpustakaan, perkhidmatan maklumat, persatuan perpustakaan dan pengguna perpustakaan di seluruh dunia. IFLA adalah suara yang mewakili lebih 1,400 ahli di hampir 150 negara di dunia. IFLA adalah badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kepentingan akses sejagat dan saksama kepada maklumat sebagai satu cara untuk mempromosikan kesejahteraan sosial, pendidikan, budaya, demokratik dan ekonomi dan mempunyai misi untuk mempromosikan piawaian yang tinggi dalam penyediaan dan penyampaian perpustakaan dan perkhidmatan maklumat di seluruh dunia.

WLIC World Library and Information Congress (Kongres SeDunia Perpustakaan dan Maklumat) adalah persidangan tahunan yang dianjuran bulan Ogos. Ianya membincangkan bidang kepustakawanan  dan maklumat di peringkat antarabangsa. Peserta dapat meningkatkan ilmu pengetahuan, sebagai perkongsian dan kaloborasi di peringkat  antarabangsa dengan 3,000 ke 4,000 peserta daripada lebih 140 buah negara.

Pada tahun ini, kongres yang dianjurkan oleh IFLA, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya dan Biro Konvensyen & Pameran Malaysia (My CEB).

Peluang menganjurkan  IFLA WLIC adalah bukan mudah untuk diperolehi kerana ini adalah penganjuran kali ke 84.  Malaysia ialah negara ketiga di kalangan negara anggota  ASEAN  yang menjadi hos IFLA WLIC selepas Thailand pada tahun 1999 dan Singapura pada tahun 2013. Malaysia merupakan negara kelima di Asia setelah China, Thailand, Korea Selatan dan Singapura.

Sumber Rujukan:
beritappm

No comments: