Wednesday, July 27, 2011

Buku Popular: Memori Terluka


Novel Memori Terluka karya Eisya Sri Dewi adalah antara buku yang popular di pinjam oleh ahli perpustakaan di Pahang. Berdasarkan rekod sehingga 7.6.2011 novrl ini telah dipinjam sebanyak 30 kali.

Berikut adalah ringkasan novel ini yang dipetik dari [www.koupay.com]

Anehnya cinta, bila dua hati sudah bertaut, mekar dan nesta seumpama madu. Tidak peduli semangat setia kawan. Tiada mengenal jeritan pilu seorang ibu. Arif terlena dalam pelukan rindu kecintaannya. Segunung cinta dipupuk, selaut kasih dijejaki, namun zuriat yang ditagih semakin gersang. Arif kembali mengenal diri. Bersimpuh si anak mohon restu. Bangkit si ibu menuntut hak, kemelut Arif bertambah seru. Mampukah Nurdiana menegakkan tugu cintanya ? Adakah cinta Arif seampuh cinta Qais kepada Laila. Atau senipis cinta Raja Abdullah kepafa Puteri Saadong ?

Jika ada yang berminat untuk membacanya, anda boleh dapatkan di perpustakaan awam yang berhampiran. Klik DISINI untuk melihat senarai perpustakaan.

15.6.2011

No comments: