ULASAN BUKU OGOS 2018
No Perolehan: DMAR 18-005059
ISBN: 978-983-0714-3
Kategori: Kesihatan
Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini memaparkan fokus utama terhadap penyakit kanser kolorektal. Pengalaman berharga yang ditimba dalam dunia pembedahan kolorektal memberikan inspirasi kepada para penulis untuk menterjemahkannya menjadi suatu bentuk bacaan yang boleh menjadi sumber maklumat dan ilmu buat masyarakat di luar sana.
tanpa disedari, kanser kolorektal telah menjadi antara kanser yang paling banyak menyebabkan kematian seluruh dunia termasuklah Malaysia.
Bermula dari pengenalan kepada kanser kolorektal sehinggalah langkah pencegahan, setiap isi diulas dalam bahasa yang mudah dan ringkas.
Turut diselitkan bersama-sama ialah cerita pendek yang telah diadaptasi daripada pengalaman sebenar pesakit kanser kolorektal dengan harapan mampu menyuntikkan semangat kepada pesakit dan ahli keluarga untuk terus melawan penyakit kanser kolorektal ini.
Judul: Kembara Teladan
Pengarang: UCHOT
Penerbit: Humaira Publication Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 12.00
Muka surat: 126
Rating: -
DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH
(ZAIWADI BIN AWANG) (ZULKEPLI BIN HARON)
PEMBANTU PUSTAKAWAN KETUA PERPUSTAKAAN
PAD MARAN DAERAH MARAN
No comments:
Post a Comment