Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, July 30, 2018

NOVEL Kerana Bossku Mr Pupple Penulis Peppermint Noor Hayati Yasmin

ULASAN BUKU JULAI 2018
No Perolehan : ELUI000746
ISBN: 978067-12923-96
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/ Ulasan:
Novel ini menceritakan kisah kehidupan  seorang doktor di bahagian kecemasan. Dr. Azwa seorang  wanita yang cekal dan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang doktor pakar kecemasan.

Dia sanggup bekorban kasih untuk sambung belajar ke peringkat master untuk bergelar doktor pakar.
Kehidupan Dr.Azwa sentiasa sibuk sebagai pelajar dan dalam masa yang sama perlu bertugas sebagai seorang doktor.

Dia bahagia dengan kehidupanya itu, yang mana sentiasa sibuk dan dalam diam, dia meminati seorang doktor pakar yang juga bosnya. Bosnya itu juga merupakan pensyarah ketika di kelas. Dr.Azwa menggelarkan bosnya itu sebagai Mr.Pupple kerana Dr.Firas itu suka memakai kemeja berwarna ungu.

Dalam novel ini, secara keseluruhanya berkisar di dalam hospital bahagian kecemasan. Secara tidak langsung pembaca dibawa oleh penulis meneroka kesibukan situasi di bahagian kecemasan. Sentiasa ada pesakit baru yang pelbagai keadaanya.

Novel ini bukan berkisah tentang cinta semata. Ianya membawa pembaca berfikir  dan memahami kehidupan dan kesibukan sebagai seorang doktor.

Amat menarik untuk dibaca. Secara tidak langsung pembaca mendapat ilmu tentang dunia perubatan. Banyak istilah perubatan dalam novel ini seperti Central venous line (CVL), Defibrillation dan sebagainya.

Judul: Kerana Bossku Mr.pupple
Pengarang: Peppermint
Penerbit: Noor Hayati Yasmin
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 35.00
Mukasurat: 466
Rating: -

Disediakan oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

No comments: