Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, July 10, 2018

Buku Jom Makan Untuk Sihat Penulis Haryati Mat Deris Penerbit Alaf 21 2011 RM13

ULASAN BUKU MEI 2018
Buku Jom Makan Untuk Sihat Penulis Haryati Mat Deris Penerbit Alaf 21 2011 RM13

No Perolehan : 12-02917
No Panggilan : 641.563 JOM

ISBN: 9789831246542
Kategori: Dewasa
Ringkasan/ Ulasan:
Buku yang memberi panduan kepada kita untuk menyediakan menu masakan yang lebih berkhasiat kepada keluarga. Dibahagikan enam bab dengan resepi pilihan terbaik. Antara pengisiannya ialah ramuan alternative sihat, menu seimbangkan berat badan, tambah darah elakan emia, sihat seperti si vegetarian, menu ala hospital dan anti oksidan dalam makanan.

Buku ini membantu kita mengubah cara masakan kepada gaya pemakanan yang lebih baik. Terdapat juga info-info berguna dalam setiap masakan sebagai panduan pemakanan makanan yang sihat masih boleh kekal lazat sekiranya kreatif mencipta resepi. Paling penting sejauh mana pengetahuan kita dalam soal pemilihan makanan kerana yang dimakan itulah menjadi punca kondisi tubuh.

Ramai yang tidak sedar bahawa dalam kekayaan makanan yang wujud sekarang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Penggunaan herba bagi menggantikan bahan perasa seperti MSG yang mana ia masih mampu mengekalkan keenakan masakan, hanya perlu tambahkan sedikit garam dan rasai kehebatannya. Pengetahuan mengenai pemakanan dikalangan masyarakat dapat membantu dalam memupuk tabiat makan yang betul.

Pepatah ‘mencegah lebih baik dari merawat’ ada kebenarannya, Sayangilah badan kita dan cegah penyakit sebelum ia menyerang. Amalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang berkhasiat.

Judul: Jom Makan Untuk Sihat
Pengarang: Haryati Mat Deris
Penerbit: Alaf 21 Grup Buku Karangkraf Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2011
Harga: RM 13.00
Mukasurat: 124
Rating: -

Disediakan Oleh : Disemak oleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah                                                    Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan                                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                          PAD Maran

No comments: