Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, July 31, 2018

BUKU Ensiklopedia Herba Kegunaa dan Khasiat Perubatan Tradisi PENULIS Maznah Ismail 2007 RM49

BUKU Ensiklopedia Herba Kegunaa dan Khasiat Perubatan Tradisi PENULIS Maznah Ismail 2007 RM49
ULASAN BUKU JUN 2018
No Perolehan : 07-00111
No Panggilan : 615.3202 MAZ

ISBN: 9789830372174
Kategori: Dewasa
Ringkasan / Ulasan:
Penggunaan herba dalam perubatan semakin mendapat sambutan yang menggalakkan. Herba ialah sebahagian tumbuhan sama ada daun, buah, pucuk, putik, batang atau akar. Penggunaan herba ialah penggunaan sesuatu tanaman itu secara langsung tanpa mengekstrak bahan aktif atau bahan kimia daripada tanaman berkenaan. Penggunaan herba dibahagi kepada dua kategori sama ada berbentuk rempah atau bukan rempah.

Antara kegunaannya ialah sebagai bahan asas kepada minyak wangi, makanan, perisa, ubat pembasmi kuman dan juga sebagai mata ang. Secara umum, tamadun manusia telah mengiktiraf khasiat herba. Contohnya Tamadun Mesir Purba telah mengabungkan herba dan sihir dalam perawatan penyakit, manakala Tamadun Cina Purba telah menggunakan herba dengan cara yang lebih saintifik. Malaysia adalah Negara yang kaya dengan sumber asli herba.

Lebih 6000 sepsis herba dikenal pasti memiliki unsure perubatan. Namun hanya separuh sepsis sahaja yang digunakan dalam perubatan tradisional Melayu, India, dan Cina. Buku ensiklopedia herba membincangkan tentang pelbagai jenis pokok herba sama ada yang boleh dimakan sebagai ulam atau pun yang boleh digunakan dalam perubatan tradisional.
Pelbagai aspek tumbuhan herba dihuraikan seperti nama saintifik dan asal keluarga, asal-usul pokok, habitat semulaja dipokok, cara pembiakan dan penanaman pokok dan penggunaan pokok sebagai ubat tradisional. Disamping itu, gambar-gambar juga disertakan supaya para pembaca dapat mengenali sesuatu pokok dengan lebih jelas.

Judul: Ensiklopedia Herba Kegunaa & Khasiat Perubatan Tradisi
Pengarang: Maznah Ismail
Penerbit:
Tahun Terbit: 2007
Harga: RM 49.00
Mukasurat: 141
Rating: -

Disediakan oleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah
Pembantu Pustakawan 
PD Chenor                                                                                   

Disemak oleh :
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

No comments: