Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, July 31, 2018

Buku Solat Sunat Pengarang Abdul Rahman Mohamed Penerbit Telaga Biru 2007

ULASAN BUKU JULAI 2018
No Perolehan : 08-00447
No Panggilan : 297.382 ARM
ISBN: 9833494870
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan:
Dalam banyak-banyak amalan, solat merupakan antara amalan yang sama sekali tidak boleh direka-reka. Ibadah solat adalah ibadah besar dan penting dalam islam.

Hanya Allah dan RasulNya sahaja yang boleh mensyariatkan ibadah solat. Didalam buku ini menerangkan fadilat dan tatacara solat-solat sunat yang ada dalam islam.

Dilengkapi dengan paparan situasi masalah masyarakat yang ada jalan penyelesaiannya dengan melaksanakan solat sunat tertentu. Buku ini juga dilengkapi dengan gambar-gambar cara melaksanakan solat sunat supaya lebih mudah difahami dan praktikal.

Kemusykilan atau kes-kes contoh disertakan dengan jawapan untuk pembaca. Tuntutan dalam niat, lafaz niat yang akan dilafazkan dalam hatidi susun berdasarkan kesedaran, pengetahuan dan keikhlasan, Solat sunat dan solat fardhu sama dari segi syarat dan rukunnya.

Tidak ada perbezaan solat antara solat lelaki dan perempuan, anak-anak dan orang dewasa, dari segi Rukun dan bacaannya, Cuma terdapat sedikit perbezaan dari sudut aurat dan beberapa cara pelaksaannya serta perbezaan kedudukan imam dan makmum juga kenyaringan bacaan.

Semua solat yang boleh dilakukan secara berjemaah boleh dilakukan secara sendiri tetapi tidak semua solat yang boleh dilakukan sendiri boleh dilalukan secara berjemaah. Doa-doa cadangan sebagaia malan disediakan seperti doa hajat , doa taubat dan do istikharah.

Buku ini member manfaat kepada kita dan adanya solat sunat yang ditetapkan dalam agama islam tidak boleh disangsikan kerana dalilnya yang banyak dan sangat jelas.

Judul: Solat Sunat
Pengarang: Abdul Rahman Mohamed
Penerbit: TelagaBiru
TahunTerbit: 2007
Harga: RM 29.90
Mukasurat: 170
Rating: -

Disediakan oleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah
Pembantu Pustakawan
PD Chenor
                                             
Disemak oleh :
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

No comments: