Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, July 31, 2018

BUKU Haatus Sahabah 20 Kisah Sahabat PENULIS Ustaz Mohd Hazri Hashim Al Bindany PENERBIT Galeri Ilmu 2017 RM20

ULASAN BUKU MEI 2018
No Perolehan : ELUI001042
ISBN: 978-983-097-648-8
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan / Ulasan:
Buku ini memaparkan gambaran kehidupan para sahabat yang merupakan insan mulia yang dipilih Allah untuk menjadi sahabat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mereka adalah generasi pertama yang mendapat bimbingan langsung dari Nabi. Sehinggakan akhlak dan keperibadian sahabat ini begitu unggul dalam kehidupan mereka.

Dalam buku ini menceritakan 20 kisah para sahabat yang jarang diketahui kisah mereka. Antaranya, Anas bin MalikAl-Anshari, Sa’id bin Amir Al-Jumahi, Ath-thuffail Ibnu’Amr Ad-dausi dan lain-lain. Kisah kehidupan para sabahat ini jarang diceritakan.

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan kepada kita sebagai pembaca dan umat Islam supaya kembali mengimbau sejarah silam yang penuh dengan tauladan. Kisah sahabat Al-Barra’ Ibnu Malik Al-Anshari. Beliau seorang yang  berambut kusut.badannya berdebu kurus kering dan dipandang lemah orang yang melihatnya. Namun hakikatnya beliau seorang yang gagah dan mampu membunuh seratus orang musyrik seorang diri. Dialah pahlawan yang gagah berani.

Kepada penggemar sejarah Islam, buku ini amat menarik dibaca. Juga sesuai untuk dijadikan panduan kepada kita memahami dan mengenali peribadi para Sahabat Nabi Muhammad S.A.W.

Judul: Haatus Sahabah : 20 Kisah Sahabat
Pengarangn: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 20.00
Mukasurat: 188
Rating: -

Di sediakan oleh:
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

No comments: