Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, November 9, 2018

Majlis Perasmian Bangunan Perpustakaan Awam Pahang

Disempurnakan oleh

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG

Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang

Pada 12 November 2018 (Isnin)
Bersamaan 4 Rabiúlawal 1440 Hijrah
Tempat Perpustakaan Awam Pahang

-BUKU ATURCARA
-LOKASI KAMI DARI GOOGLE MAP

Buku Senaman Popular Di Dunia Pengarang Ustaz Raflis Sabirin Penerbit Pustaka Sri Saujana 2018

Buku Senaman Popular Di Dunia Pengarang Ustaz Raflis Sabirin Penerbit  Pustaka Sri Saujana 2018

No Perolehan: 18-001362
ISBN: 978-967-2133-33-9
Kategori: 613.7

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini disajikan secara terperinci kepada pencinta kesihatan untuk diamalkan. Resipi senaman pernafasan yang terkandung di dalam buku ini bertujuan mengekalkan kesihatan minda dan tubuh yang secara tidak langsung membawa kita ke pintu rahmat Ilahi dan melatih diri supaya kita tidak alpa untuk sentiasa berzikir dan memuji  Allah swt pada segenap pergerakan senaman.

Penulis berharap buku ini dapat membantu umat islam yang sebelum ini  terpikat dengan kaedah senaman dari luar negara seperti yoga dan taichi, supaya  ianya dapat dimanfaatkan kerana mencakupi senaman jasmani dan rohani.

Judul: Senaman Popular Di dunia
Pengarang:  Ustaz Raflis Sabirin
Penerbit:  Pustaka Sri Saujana Sdn Bhd
Tahun Terbit:  2018
Harga: RM21.00
Muka surat: 167
Rating: 2

Ulasan oleh: 
Norzini binti Majid
PD Kerdau

Thursday, November 8, 2018

BUKU Soal jawab agama Akidah PENULIS Dr.Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi PENERBIT Fargoes Books 2017

ULASAN BUKU OGOS 2018
No Perolehan : ELUI0000908
ISBN: 978-967-459-472-5
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan / Ulasan:

Buku ini  membincangkan pelbagai masalah agama yang sering menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat kita. Buku ini menghimpunkan serba sedikit  permasalahan tersebut. Buku ini terbahagi kepada  beberapa  aspek  soal jawab seperti isu kekeluargaan, isu akidah, ibadah, isu politik dan masyarakat, dan juga perubatan Islam.

Setiap soalan dan permasalahan dijawab berdasarkan sumber hukum yang empat iaitu daripada Al-Quran, sunnah, ijma’Tarah ulama dan Qiyas.

Buku ini juga ada membincangkan  tentang kesempurnaan iman, saudara baru dalam Islam, Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Buku ini amat menarik untuk dibaca kerana banyak persoalan yang kita tidak tahu terkandung dalam buku ini. Sebagai contoh,apakah hukum bertaqlid?, apakah hukum menerima  gaji daripada hasil yang haram?.

Secara kesimpulannya, buku ini banyak merungkai  persoalan-persoalan yang kita  sebagai pembaca tidak tahu.

Judul: Soal jawab agama :Akidah
Pengarangn:Dr.Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi
Penerbit: Fargoes Books Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 3.90
Mukasurat: 61
Rating: -

Di sediakan oleh :
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan
Pembantu Perpustakaan
Perpustakaan Desa Luit

Disemakoleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

Wednesday, November 7, 2018

Buku Moving Out Pengarang Anie Alja Penerbit Must Read 2017

No Perolehan: 17 - 000934
ISBN: 978-967-2038-15-3
Kategori: 808.889 ANI

Ringkasan/ Ulasan
‘Saya mengakui, sejak lebih lapan tahun kami pulang dari luar negara, kami menjalani rutin hidup yang sama. Namun satu soalan daripada suami saya merungkai sebuah harapan untuk saya dan anak-anak.

Bertitik tolak daripada satu soalan itu, maka itulah detik permulaan perjalanan hijrah kami ke Australia.’

Kewujudan buku ini adalah satu usaha menjawab soalan yang sering ditanya oleh orang sekeliling kepada penulis. Sebuah soalan ringan tetang apa, tetapi jawapannya terarah kepada mengapa dan bagaimana penulis sekeluarga berhijrah ke Australia.

Segala jawapan dapat dirungkai didalam buku ini.

Judul: Moving Out
Pengarang: Anie-Alja
Penerbit: Must Read Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM26.00
Muka surat: 192
Rating: 4

Ulasan Oleh:
Puan Norjuliana Abdullah,
PD Jenderak Loop

Buku Sedapnya Donat Pengarang Ruzita Idias Ismail Penerbit Buku Krangkraf 2017

No Perolehan: DTEM 001301/17
ISBN: 978-967-86-0807-7
Kategori: 641.8653 RUZ

Ringkasan/ Ulasan

Sedapnya Donat buku ini menceritakan tentang bagaimana cara untuk mebuat donat yang lembut dan sedap. Ia juga menceritakan donat tidak semestinya bulat ditengah malah pelbagai bentuk boleh dibuat. Kini pelbagai variasi donat dengan deko yang catchy dan menarik.

Malah rasanya juga sudah pelbagai. Dulunya donat dinikmati sebagai sarapan pagi tetapi kini di jadikan hidangan dan cenderahti di majlis-majlis ulangtahun ataupun perkhawinan.

Donat tidak lagi dianggap sebagai makanan ringan semata kerana ia mempunyai aura tersendiri dalam merapatkan lagi hubungan sesama insan. Mengapa saya berkata begitu, kerana donat tidak hanya disukai oleh kanak-kanak malah setiap lapisan umur, bangsa, gender mahupun agama.
Lebih menarik, donat di setiap negara dalam dunia ini saling bersangkutan. Mungkin saja namanya lain, tetapi bentuk, rasa, intinya mungkin saja sama.

Buku ini sangat sesuai dibaca kepada golongan dewasa tidak kira lelaki mahupun perempuan. Andai sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih terperinci cara membuat donat bolehlah mencari atau membaca buku Sedapnya Donat.

Judul: Sedapnya Donat
Pengarang: Ruzita Idias Ismail
Penerbit: Buku Krangkraf Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 26.00
Muka surat: 159
Rating: 4

Ulasan Oleh:
Norasuryanti Binti Abdul Rapar,
PAD Temerloh

Tuesday, November 6, 2018

Buku Lasik untuk jiwa Pengarang Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad Penerbit Galeri Ilmu 2017

No Perolehan: 17 - 001048
ISBN: 978-983-097-643-3
Kategori: 153.8 MUH

Ringkasan/ Ulasan

Buku ini bukan sekadar perkongsian pengalaman sebagai seorang doktor bersama pesakit yang merawat pesakit dari segi fizikal sahaja tapi juga membantu menguatkan ‘dalaman’ (spiritual /kerohanian) mereka.

Antara lain ia memuatkan resipi mudah untuk kita menjaga kesihatan fizikal dan kesihatan minda demi menceriakan kehidupan kita.

Lasik Untuk Jiwa adalah pendekatan Prof Muhaya dalam membantu merawat penyakit rohani untuk panduan menjalani hidup kita.

Judul: ‘Lasik’ untuk Jiwa
Pengarang: Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM20.00
Muka surat: 160
Rating: 4
Ulasan oleh: Norjuliana Abdullah, PD Jenderak Loop

Monday, November 5, 2018

BUKU Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam Pengarang Abdul Latip Talib Penerbit PTS Millennia 2009

Ulasan Buku PD Felda Lurah Bilut 2018
BUKU Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam Pengarang Abdul Latip Talib
Penerbit PTS Millennia 2009

Umar Al-Khattab
No.Perolehan : ELUR 05304
Call No : 297.648 ALT
ISBN : 978-983-3603-32-9
Bahasa : Melayu
Kategori : Novel Sejarah Islam

Ulasan :
Buku ini mengisahkan tentang perjalanan hidup salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang disegani iaitu Umar Al-Khattab. Beliau dilahirkan pada 42 tahun sebelum Hijrah. Beliau berketurunan bani Adi.
Sebelum memeluk Islam, Umar merupakan individu yang keras menentangajaran Islam. Walaubagaimanapun,selepas memeluk agama Islam, beliau merupakan antara individu yang berani dan lantang bagi membela agamayg dibawa oleh Rasulullah S.A.W. Umar Al-Khattab juga banyak menyertai peperangan bersama RasulullahS.A.W antaranya Perang Badar, Perang Uhud dan Perang Khandaq. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W, Umartelah banyak membantu Saidina Abu Bakar dalam bidang pentadbiran. Beliau juga telah menjadi Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar wafat.
Antara sumbangan Umar Al-Khattab kepada umat Islam adalah, beliau berjaya meluaskan syiar Islam ke bumi takluk Rom dan Parsi. Selain itu, Umar juga telah membebaskan Baitulmaqdis dari cengkaman Rom.

Seterusnya Saidina Umar juga telah menghantar tentera yang dipimpin oleh Amru Al-As bagi menakluki Mesir. Beliau juga telah membentuk model negara Islam yang bersistematik sehingga dicontohi oleh negara-negara
barat pada ketika itu. Disamping itu, Umar juga telah memperkenalkan kalendar Hijrah untuk umat Islam dan menubuhkan jabatan-jabatan tertentu untuk melicinkan pentadbirannya. Tempoh pemerintahannya berlangsung
selama 10 tahun. Akhir sekali, Umar wafat ketika beliau berusia 63 tahun kerana ditikam oleh seorang lelaki majusi ketika mengimamkan solat subuh di Masjid Madinah.


Judul : Umar Al-Khattab Reformis Dunia Islam
Pengarang : Abdul Latip Talib
Penerbit : PTS Millennia
Tahun Terbit : 2009
Harga : RM 26.90
Muka Surat : 324
RATING :

Disediakan Oleh :
Sahidah Binti Abdul Gani
Pembantu Pustakawan PD Felda Lurah Bilut

BUKU Teknik Urus Wang Individu Berkesan Penulis ZULNAIDI YAACOB 2012

ULASAN BUKU OGOS 2018
BUKU Teknik Urus Wang Individu Berkesan Penulis ZULNAIDI YAACOB 2012

ISBN : 978-967-5426-34-6
Call No : 332.024 ZUL
Harga : RM 14.40
Penulis : ZULNAIDI YAACOB
Tahun Diterbitkan : 2012
Penerbit : MUST READ SDN BHD
Bahasa : Melayu

Buku “Teknik Urus Wang Individu Berkesan” adalah sebuah buku yang menceritakan tentang bagaimana mengurus wang masing-masing secara berkesan.Teknik ini mengajar kepada individu yang mempunyai wang yang banyak ataupun individu yang kekurangan wang.

Tidak semua orang tahu menguruskan wang yang berkesan.Bagaimana pentingnya untuk kita mengurus waktu yang terbatas dan usia yang terlalu bernilai,wang juga perlu diurus kerana bagaimana wang itu diperoleh,diurus dan akhirnya kemana dan bagaimana wang itu dibelanjakan,semuanya merupakan amanah yang akan diperhitungkan di hari kemudian.

Di dalam buku ini terdapat 7 teknik bagaimana mengurus wang yang betul daan berkesan.Melalui buku ini saya ingin mengajak anda memahami bahawa “wang” lebih dari sekadar alat untuk berbelanja.Saya berharap buku ini dapat memberi info tentang bagaimana wang bertingkahlaku.Wang adalah alat yang boleh diurus.Dengan adanya wang,kita boleh memilih sama ada untuk menggunakannya ke jalan yang baik atau jalan yang buruk.Untuk mencapai objektif agar wang dapat digunakan untuk kebaikan,maka wang perlu diurus dengan bijak.

Ulasan oleh,
SUZILAWANA BINTI JAMALUDIN
PERPUSTAKAAN DESA BENTA

Buku TAHFIZ TERBAKAR Pengarang Syasya Ali dan Rashiela Nurain Penerbit Blink Book 2018

Buku “TAHFIZ TERBAKAR” Pengarang  Syasya Ali & Rashiela Nurain
Penerbit Blink Book Sdn. Bhd.
No. Perolehan : 004911
ISBN 97896720400378
Bahasa : Bahasa Malaysia
Kategori  : Dewasa

Ringkasan / Ulasan

Buku  “ TAHFIZ TERBAKAR ” ini berkisahkan tentang suatu tragedi  sebuah pusat tahfiz  terbakar pada 2017. Insiden itu mengorbankan 23 mangsa termasuklah guru dan dan pelajar sekolah tahfiz. Paling mengejutkan didapti pesalah laku yang dituduh semuanya berusia 11 tahun – 17 tahun yang sangat mengemparkan Negara .

Tragedi tersebut bukan sahaja  menyayat hati , malah member kesan mendalam buat ramai pihak. Oleh itu  penulis menghasilkan rangka cerita dari inspirasi kisah tersebut dari perspektif guaman dan di tulis kisahnya dari segi fiksyen .

Kisah yang diceritakan ini mengenai Fareeq yang  tercicir dari persekolahan. Oleh sebab hubungan terlalu rapat dengan abang, dia terikut-ikut perangai salahnya. Tidak ke sekolah, berlepak hingga lewat malam , tidak pulang ke rumah dan paling dahsyat terlibat dengan najis dadah.

Bukan itu sahaja , rupa-rupanya mereka juga terlibat dalam kes kebakaran sekolah tahfiz yang melibatkan ramai insan tidak bersalah.
Tujuan kisah ini dibukukan adalah untuk mengingatkan pembaca apabila kita mula terlibat dengan perbuatan nakal, lama-kelamaan kita terbiasa melakukan kejahatan sehingga kita menjadi alpa akibat perbuatan kita. Anggaplah hukuman yang dialami oleh watak menjadi pedoman kepada kita dalam kehidupan.

Walau apa pun dugaan yang berlaku ingatlah Tuhan setia mendengar segala keluhan. Apabila dilukai, jangan terlalu marah hingga berdendam kerana semua manusia pun melakukan kesilapan. Maafkanlah kerana setiap manusia layak diberikan peluang sedangkan Allah Maha Pemaaf sifatnya
Semoga kita sama-sama belajar dari kisah ini.

Judul  : “TAHFIZ TERBAKAR”
Pengarang: SHASYA ALI
Penerbit: Blink Book Sdn. Bhd.
Tahun terbitan:  2018   
Harga: RM 10.00
Mukasurat: 132 ms           
Rating:

Disediakan Oleh :
HAIRIL NIZAM BIN ABDUL MALEK
(PEMBANTU PUSTAKAWAN S19)

Buku Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim Penerbit Darul Mughni

No Perolehan: ESAN 004671
ISBN: 978-967-0618-39-5
Kategori: 297.18K

Ringkasan/ Ulasan

Solat ialah rukun Islam yang kedua selepas mengucapkan dua kalimah syahadah, sebagai seorang Islam yang baligh dan berakal kita diwajibkan menunaikan solat sebanyak lima kali sehari. Agama Islam menyuruh kita mengajarkan solat kepada anak-anak seawall usia tujuh tahun dan jika telah berusia sepuluh tahun tetapi tidak solat lagi maka Islam mengajar kita supaya merotan anak-anak itu sebagai pengajaran.

Buku ‘Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim’ ini sessuai dijadikan panduan buat anak-anak kerana didalam buku ini terdapat panduan yang lengkap mengenai solat, bermula dari persiapan sebelum solat seperti berwuduk dengan sempurna, pergerakan dan bacaan didalam solat serta zikir dan doa selepas solat. Buku ini juga mengajar cara solat berjemaah, solat bagi orang sakit, solat jamak dan qasar serta solat sunat yang lain.

Buku ini sangat bermanfaat untuk pembaca khas untuk kanak-kanak. Selain isinya yang padat kulit buku ini juga menarik bersertakan ilustrasi yang berwarna-warni.

Judul: Panduan Lengkap Solat Untuk Anak Muslim
Pengarang:-
Penerbit: Darul Mughni Trading
Harga: RM 18.32
Muka surat: 97
Rating: 5

Ulasan oleh:
Puan Juwahi bt. Md Amin,
Perpustakaan Desa Siber Sanggang

Buku Amirul Budak Sudan Pengarang Roza Roslan Penerbit Galeri Ilmu 2017

No Perolehan: 17-001031
ISBN: 978 983-097-651-8
Kategori: 306.8743

Ringkasan/ Ulasan

Buku yang bertajuk Amirul Budak Sudan ini mengisahkan seorang anak yang berkelana jauh ke benua Afrika untuk menyambung pelajaran di Negara Sudan yang bahasa Arabnya merupakan bahasa Arab tinggi. Tetapi bersekolah di sekolah yang serba serbi kekurangan.

Namun anak Malaysia ini seorang remaja yang berhati cekal, ditinggalkan oleh orang tuanya di Sudan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah.

Tiga tahun menjadi anak dagang menjadikannya sebuah perjalanan yang mahal yang perlu dibayar untuk memenuhi impian mama dan ayahnya, sedangkan dia terpaksa memendam rasa dengan impaian dan cita-cita sendiri yang mahu digapainya.

Judul: Amirul Budak Sudan
Pengarang:  Roza Roslan
Penerbit:  Galeri Ilmu
Tahun Terbit:  2017
Harga: RM35.00
Muka surat: 308
Rating: 4
Ulasan oleh:  Norzini binti Majid PD Kerdau

Thursday, November 1, 2018

Buku Bencana Dari Sempadan: Fakta dan cerita kejatuhan Malaya Jilid 1 Pengarang WS Uzala Penerbit Latar Ilmu 2012

Buku Bencana Dari Sempadan: Fakta dan cerita kejatuhan Malaya Jilid 1 Pengarang WS Uzala Penerbit Latar Ilmu 2012
No Perolehan: 13-05715
ISBN: 978-967-0105-15-4
Kategori: 959.5

Ringkasan/ Ulasan

Sebuah buku yang mengisahkah cerita kejatuhan dan penjajahah Malaya kepada pihak Jepun pada tahun 1941-1945 semasa Perang Dunia Kedua.
     
Bermula penaklukkan Jepun ke atas Malaya dari utara apabila artileri darat,laut dan udara Jepun telah berjaya mendarat di Pantai Singora (sekarang Songkla) pada pukul 4.00 pagi di Pantai Singora (sekarang Singora).
     
Buku ini menceritakan serangan tentara Jepun di Perlis, Kedah dan Perak berdasarkan fakta daripada penduduk di negeri tersebut.
     
Kesimpulannya buku amat sesuai untuk rujukan pelajar sekolah rendah dan menengah bagi mengimbau bagaimana penyeksaan,cengkaman,kebuluran,pendaifan dan pejuangan tentera British dan Melayu mempertahankan tanah air dari tahun 1941-1945.

Judul: Bencana Dari Sempadan
Pengarang: W. S. Uzala
Penerbit: Penerbitan Latar Ilmu, Kuala Terengganu, Terengganu
Tahun Terbit: 2012
Harga: RM60.00
Muka surat: 68
Rating: 5

Ulasan Oleh: Lizune a/l Met
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh

BUKU Kembara Teladan Pengarang UCHOT Penerbit Humaira 2017

ULASAN BUKU OGOS 2018
No Perolehan: DMAR 18-005059
ISBN: 978-983-0714-3
Kategori: Kesihatan

Ringkasan/ Ulasan:
Buku ini memaparkan fokus utama terhadap penyakit kanser kolorektal. Pengalaman berharga yang ditimba dalam dunia pembedahan kolorektal memberikan inspirasi kepada para penulis untuk menterjemahkannya menjadi suatu bentuk bacaan yang boleh  menjadi sumber maklumat  dan ilmu buat masyarakat di luar sana.

tanpa disedari, kanser kolorektal telah menjadi antara kanser yang paling banyak menyebabkan kematian seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Bermula dari pengenalan kepada kanser kolorektal sehinggalah langkah pencegahan, setiap isi diulas dalam bahasa yang mudah dan ringkas.

Turut diselitkan bersama-sama ialah cerita pendek yang telah diadaptasi daripada pengalaman sebenar pesakit kanser kolorektal dengan harapan mampu menyuntikkan semangat kepada pesakit dan ahli keluarga untuk terus melawan penyakit kanser kolorektal ini.

Judul: Kembara Teladan
Pengarang: UCHOT
Penerbit: Humaira Publication Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM 12.00
Muka surat: 126
Rating: -

DISEDIAKAN OLEH DISEMAK OLEH
(ZAIWADI BIN AWANG) (ZULKEPLI BIN HARON)
PEMBANTU PUSTAKAWAN KETUA PERPUSTAKAAN
PAD MARAN DAERAH MARAN

BUKU Menyusu Si Permata Hati PENULIS Intan Nazrahayu Nasir PENERBIT PTS Millennia 2006 RM29

ULASAN BUKU OGOS 2018
No Perolehan : 06-07637
No Panggilan : 649.33 MEN
ISBN: 9833372392
Kategori: Dewasa

Ringkasan / Ulasan:
Buku ini terbahagi kepada sepuluh bahagian utama, setiap bahagian mengandungi beberapa bab yang merangkumi aspek-aspek berkaitan pengalaman penyusuan pada peringkat tertentu.

Dalam setiap bab terdapat pelbagai cerita ibu-ibu yang berpengalaman serta khidmat nasihat pakar. Buku ini mempunyai wawasan bagi memberikan gambaran positif kebaikan susu ibu lantas mempromosikan penyusuan susu ibu secara khusus atau eksklusif.

Selain daripada itu, diselitkan juga petua-petua tradisional dan perubatan moden bagi mengatasi cabaran dan masalah yang timbul semasa menyusu.

Sesuai dibaca oleh ibu-ibu yang bercadang membari atau pun meneruskan penyusuan badan secara eksklusif kepada permatahati. Buku ini boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pembaca.

BUKU Menyusu Si Permata Hati
Pengarang: Intan Nazrahayu Nasir
Penerbit: PTS Millennia Sdn.Bhd
TahunTerbit: 2006
Harga: RM 29.90
Mukasurat: 170
Rating: -

DisediakanOleh :                             Disemakoleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah                                                    Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan                                                                        Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                          PAD Maran

Tuesday, October 16, 2018

A2 KBR (Pengukuran Jadual Kerja Tahunan)

SEDANG DIKEMASKINI - untuk panduan awal

JANUARI
1 T1 Memeriksa Perancangan Kerja Tahunan (KPD/KPC) 5hb Jan 2019
2 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Jan 2019
3 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Jan 2019
4 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Jan 2019
5 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Jan 2019
6 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Jan 2019
7 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Jan 2019
8 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Jan 2019
9 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Jan 2019
10 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Jan 2019
FEBRUARI
11 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) KUANTAN
12 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Feb 2019
13 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Feb 2019
14 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Feb 2019
15 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Feb 2019
16 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Feb 2019
17 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Feb 2019
18 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Feb 2019
19 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Feb 2019
20 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Feb 2019
MAC
21 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Mac 2019
22 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -KUANTAN 5hb Mac 2019
23 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 5hb Mac 2019
24 T3 Lawatan Pemantauan KBR -Lepar Hilir 1 6hb Mac 2019
25 T3 Lawatan Pemantauan KBR -Seri Mahkota 6hb Mac 2019
26 T3 Lawatan Pemantauan KBR -Sungai Lembing 7hb Mac 2018
27 T3 Lawatan Pemantauan KBR -Balok 7hb Mac 2018
28 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Mac 2019
29 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -TEMERLOH 19hb Mac 2019
30 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 19hb Mac 2019
31 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Mac 2019
32 T3 Lawatan Pemantauan KBR -Jenderak 20hb Mac 2019
33 T3 Lawatan Pemantauan KBR -Kerdau 20hb Mac 2019
34 T3 Lawatan Pemantauan KBR -Sanggang 21hb Mac 2019
35 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -LANCHANG 21hb Mac 2019
36 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -BENTONG 26hb Mac 2019
37 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 26hb Mac 2019
38 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Jambu Rias 27hb Mac 2019
39 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Kemasul 27hb Mac 2019
40 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Simpang Pelangai 27hb Mac 2019
41 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Janda Baik 28hb Mac 2019
42 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Lurah Bilut 28hb Mac 2019
43 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) TEMERLOH Temerloh
44 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) LANCHANG Lanchang
45 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Mac 2019
46 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Mac 2019
47 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Mac 2019
48 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Mac 2019
49 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Mac 2019
50 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Mac 2019
APRIL
51 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Apr 2019
52 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -JERANTUT 9hb Apr 2019
53 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 9hb Apr 2019
54 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Pulau Tawar 10hb Apr 2019
55 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Damak 10hb Apr 2019
56 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Apr 2019
57 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Apr 2019
58 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -RAUB 23hb Apr 2019
59 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 23hb Apr 2019
60 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Bukit Fraser 24hb Apr 2019
61 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Ulu Gali 25hb Apr 2019
62 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Jeruas 25hb Apr 2019
63 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -CAMERON 26hb Apr 2019
64 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 26hb Apr 2019
65 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) BENTONG Bentong
66 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Apr 2019
67 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Apr 2019
68 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Apr 2019
69 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Apr 2019
70 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Apr 2019
71 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Apr 2019
72 T18 Analisa 19 Sheet Data Cloud PDK (33 lokasi) Bil 1/18
MEI
73 T6 Urusan KEW.PS11 PAD/PAC/PDN/PDK (Penghantaran) Bil 1/2019
74 T7 Urusan KEW.PA17  PAD/PAC/PDN (Lawatan) Bil 1/2019
75 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Mei 2019
76 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Mei 2019
77 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Mei 2019
78 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Mei 2019
79 T12 Mesyuarat Pengurusan Bersama (Setiausaha) Bil 1/2018
80 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Mei 2019
81 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Mei 2019
82 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Mei 2019
83 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Mei 2019
84 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Mei 2019
JUN
85 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -MARAN 18hb Jun 2019
86 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 18hb Jun 2019
87 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Luit 19hb Jun 2019
88 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Chenor 19hb Jun 2019
89 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -JENGKA 20hb Jun 2019
90 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 20hb Jun 2019
91 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) JERANTUT Jerantut
92 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Jun 2019
93 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Jun 2019
94 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Jun 2018
95 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Jun 2019
96 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Jun 2019
97 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Jun 2019
98 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Jun 2019
99 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Jun 2019
100 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Jun 2019
JULAI
101 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -PEKAN 2hb Jul 2019
102 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 2hb Jul 2019
103 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Paloh Hinai 3hb Jul 2019
104 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Peramu Jaya 3hb Jul 2019
105 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -LIPIS 16hb Jul 2019
106 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 16hb Jul 2019
107 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Merapoh 17hb Jul 2019
108 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Gua 17hb Jul 2019
109 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Benta 18hb Jul 2019
110 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -ROMPIN 30hb Jul 2019
111 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 30hb Jul 2019
112 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Leban Chondong 31hb Jul 2019
113 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Bukit Ibam 31hb Jul 2019
114 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Muadzam 31hb Jul 2019
115 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) RAUB Raub
116 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) CAMERON Raub
117 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Jul 2019
118 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Jul 2019
119 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Jul 2019
120 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Jul 2019
121 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Jul 2019
122 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Jul 2019
123 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Jul 2019
124 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Jul 2019
125 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Jul 2019
OGOS
126 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi) -BERA 6hb Ogo 2019
127 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP 6hb Ogo 2019
128 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Bandar 32 7hb Ogo 2019
129 T3 Lawatan Pemantauan KBR - Mengkarak 7hb Ogo 2019
130 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) MARAN Maran
131 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) JENGKA Jengka
132 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Ogo 2019
133 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Ogo 2019
134 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Ogo 2019
135 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Ogo 2019
136 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Ogo 2019
137 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Ogo 2019
138 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Ogo 2019
139 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Ogo 2019
140 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Ogo 2019
141 T18 Analisa 19 Sheet Data Cloud PDK (33 lokasi) Bil 2/18
SEPT
141 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) PEKAN Pekan
142 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Sep 2019
143 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Sep 2019
144 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Sep 2019
145 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Sep 2019
146 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Sep 2019
147 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Sep 2019
148 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Sep 2019
149 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Sep 2019
150 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Sep 2019
OKTOBER
151 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) LIPIS Lipis
152 T6 Urusan KEW.PS11 PAD/PAC/PDN/PDK (Penghantaran) Bil 2/2019
153 T7 Urusan KEW.PA17  PAD/PAC/PDN (Lawatan) Bil 2/2019
154 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Okt 2019
155 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Okt 2019
156 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Okt 2019
157 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Okt 2019
158 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Okt 2019
159 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Okt 2019
160 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Okt 2019
161 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Okt 2019
162 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Okt 2019
NOVEMBER
162 T4 Mesyuarat JKP (Hadir) ROMPIN Rompin
163 T5 Mesyuarat JKP (Hadir) BERA Bera
164 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Nov 2019
165 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Nov 2019
166 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Nov 2019
167 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Nov 2019
168 T12 Mesyuarat Pengurusan Bersama (Setiausaha) Bil 2/2019
169 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Nov 2019
170 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Nov 2019
171 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Nov 2019
172 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Nov 2019
173 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Nov 2019
DISEMBER
174 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi) 5hb Dis 2019
175 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi) 15hb Dis 2019
176 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja 20hb Dis 2019
177 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan) 30hb Dis 2019
178 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan) 30hb Dis 2019
179 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN 30hb Dis 2019
180 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC 30hb Dis 2019
181 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan 30hb Dis 2019
182 T17 Menerbitkan Ulasan Buku dalam Blog  PPAP 30hb Dis 2019
183 T18 Analisa 19 Sheet Data Cloud PDK (33 lokasi) 30hb Dis 2019

Tugas KBR

BIL KOD SENARAI TUGAS
SASARAN TEMPOH CATATAN

1 T1 Memeriksa Perancangan Kerja Tahunan (KPD/KPC)
5hb Jan Setiap tahun

2 T2 Mesyuarat Bersama KBR (Pengerusi)
13 lokasi Setahun Ikut Jadual

3 T3 Lawatan Pemantauan KBR
40 lokasi Setahun Ikut Jadual

4 T4 Bangkel /Latihan Dalaman BRP
40 lokasi Setahun Ikut Jadual

5 T5 Mesyuarat JKP (Hadir)
13 lokasi Setahun Ikut Jadual

6 T6 Urusan KEW.PS11 PAD/PAC/PDN/PDK (Penghantaran)
2 kali Setahun Mei dan Okt

7 T7 Urusan KEW.PA17  PAD/PAC/PDN (Lawatan)
2 kali Setahun Mei dan Okt

8 T8 Analisa Pencapaian Jadual Aktiviti (40 lokasi)
30hb Setiap bulan Mei dan Okt

9 T9 Analisa 19 Sheet Data Cloud PAD/PAC/PDN (40 lokasi)
20hb Setiap bulan

10 T10 Analisa Pencapaian Jadual Kerja
15hb Setiap bulan

11 T11 Urusan KEW.PA9  PAD/PAC/PDN/PDK (Laporan)
5hb Setiap bulan

12 T12 Mesyuarat Pengurusan Bersama (Setiausaha)
2 kali Setahun Jun dan Nov

13 T13 Memantau Lawatan KPD (Tindakan Pembetulan)
30hb Setiap bulan Ada Jadual

14 T14 Memantau Mesyuarat JKP PAD/PAC/PDN
30hb Setiap bulan Ada Jadual

15 T15 Memantau Mesyuarat Pengurusan PAD/PAC
30hb Setiap bulan Ada Jadual

16 T16 Memantau Penjenamaan Semula Papan Kenyataan
30hb Setiap bulan Ada Jadual

17 T17 Memeriksa Ulasan Buku
25hb Setiap bulan

18 T18 Analisa 19 Sheet Data Cloud PDK (33 lokasi)
3 kali Setahun Apr, Ogo, Dis

Wednesday, October 10, 2018

Jadual Lawatan Pemeriksa Aset Tahun 2018

SIAP
PD Seri Mahkota KUANTAN 22/5/2018
PAD Maran 6/6/2018
PAD Bera 6/6/2018
PAD Temerloh 9/10/2018
PD Jenderak TEMERLOH 4/10/2018
PD Kerdau Temerloh 4/10/2018
PD Sanggang 4/10/2018

BELUM
PD Jambu Rias Bentong 11/10/2018
PD Simpang Pelangai Bentong 11/10/2018
PAD Raub 16/10/2018
PD Jeruas Raub 16/10/2018
PAD Pekan 9/10/2018
PAD Rompin 23/10/2018
PD Leban Chondong Rompin 23/10/2018

Cuti Umum Pahang 2019

Tarikh Hari Cuti
1 Jan Selasa Tahun Baru

5 Feb Selasa Tahun Baru Cina
6 Feb Rabu Tahun Baru Cina

1 Mei Rabu Hari Pekerja
Mula Puasa
7 Mei Selasa Hari Hol Pahang
19 Mei Ahad Hari Wesak
20 Mei Isnin Cuti Hari Wesak
22 Mei Rabu Hari Nuzul Al-Quran

5 Jun Rabu Hari Raya Aidilfitri
6 Jun Khamis Hari Raya Aidilfitri

11 Ogos Ahad Hari Raya Haji
12 Ogos Isnin Hari Raya Haji
31 Ogos Sabtu Hari Kebangsaan

1 Sep Ahad Awal Muharram
2 Sep Isnin Cuti Awal Muharram
9 Sep Isnin Hari Keputeraan YDP Agong
16 Sep Isnin Hari Malaysia

24 Okt Khamis Hari Keputeraan Sultan Pahang
27 Okt Ahad Hari Deepavali
28 Okt Isnin Cuti Hari Deepavali

9 Nov Sabtu Maulidur Rasul

25 Dis Rabu Hari Krismas

rujukan
publicholidays.com.my

Monday, October 8, 2018

TUGAS BAHAGIAN RANGKAIAN PERPUSTAKAAN AWAM PAHANG

FUNGSI
Bahagian Rangkaian
Unit Rangkaian
Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Cawangan
Perpustakaan Desa

TUGAS BAGI FUNGSI BAHAGIAN/UNIT
Bahagian Rangkaian
Unit Rangkaian
Perpustakaan Daerah
Perpustakaan Cawangan
Perpustakaan Desa

SENARAI TUGAS BAGI PENGUKURAN JADUAL
KBR dan A1KBR2019 A2KBR2019
KPD dan A1KPD2019 A2KPD
KPC dan A1KPC2019 A2KPC

Tugas Bagi Fungsi Perpustakaan Desa

--------------------------------------------- -
[G] Tugas Bagi Fungsi Bahagian/Unit
Perpustakaan Desa
--------------------------------------------- -
HARIAN
1. Memastikan perpustakaan dibuka ikut waktu bekerja.
- Membuka kunci pagar dan pintu (rujuk daftar kunci)
- Memastikan keadaan keselamatan keliling bangunan
- Membuka suis peralatan pejabat
- Merekodkan kedatangan

2. Membuat kerja mencuci dan membersih ikut Jadual Kerja Membersih Tahunan.
- Menyapu sampah
- Buang sampah
- Buang habuk
- Cuci longkang
- Kemaskini susunan kaunter

3. Menyusun buku, akhbar dan majalah
- Membuat statistik buku atas meja
- Menyusun buku, majalah dan akhbar
- Memastikan tiada habuk pada buku dan rak
- Mengambil akhbar dari kedai langganan

4. Memproses buku baru/lama berdasarkan sasaran
- Buku baru yang belum siap proses
- Buku lama yang belum siap proses

5. Merekodkan buku lama/rosak dalam KEW.PA17
- Mengumpul
- Merekodkan
- Menyerahkan kepada daerah untuk disemak
- Menyerahkan kepada BRP

6. Menjalankan urusan kaunter
- Pinjaman dan pemulangan buku
- Mendaftar ahli baru
- Mencatatkan statistik

MINGGUAN
7. Merekodkan data dalam sistem statistik berpusat
- Mengumpul data untuk 19 sheet
- Merekodkan dalam system pengumpulan statistik desa

8. Menjalankan aktiviti mingguan 4/5 x seminggu
- Aktiviti Literasi
- Aktiviti ICT

9. Urusan daftar surat keluar masuk

10. Urusan fail keluar masuk

BULANAN

11. Menghantar Laporan Kerja Bulanan (B1) 1 x sebulan

12. Membuat permohonan bekalan pejabat (KEW.PS11) sebelum bulan April dan September.

13. Membuat aduan kerosakan (KEW.PA9) dan mendapatkan anggaran kos pembaikan.

14. Merekodkan borang pemeriksaan aset (KEW.PA17) sebelum bulan April dan September.

15. Membuat pemeriksaan kebersihan 1 x sebulan M1

16. Membuat pemeriksaan keceriaan  1 x sebulan M2

17. Membuat pemeriksaan Keselamatan  1 x sebulan M3

18. Membuat pemeriksaan kerosakan  1 x sebulan M4

19. Merekodkan tindakan pembetulan 3 kali setahun

20. Menghantar laporan dalam Sistem Pengumpulan Statistik Berpusat Daerah sebelum 2hb

21. Menghantar Laporan Bulanan Kakitangan (B1).

TAHUNAN

22. Menjalankan promosi perpustakaan 6 x setahun

23. Kemaskini Profile Perpustakaan Desa 1 x setahun

24. Kemaskini Profile Pelanggan Perpustakaan Desa 1 x setahun

25. Menyediakan Jadual Kerja Tahunan (JKT) - A1 1 x setahun

26. Menyediakan Pengukuran JKT- A2 1 x setahun

27. Menyediakan Pengukuran Jadual Aktiviti Tahunan – A3 1 x setahun

28. Menjalankan program utama PPAP 4 x setahun
- Jom Baca
- Jom Mengaji
- Hari Kanak-kanak

29. Menghadiri Mesyuarat Bersama KBR 1 kali setahun

30. Menghadiri Mesyuarat Pengurusan Daerah 3 kali setahun

31. Mengadakan Mesyuarat JK Penasihat 2 kali setahun.
- Jan - Jun
- Jul - Dis

32. Menyediakan Jadual Kerja Membersih Tahunan.

Tugas Bagi Fungsi Perpustakaan Cawangan

--------------------------------------------- -
[F] Tugas Bagi Fungsi Bahagian/Unit
Perpustakaan Cawangan dan Daerah Cameron
--------------------------------------------- -
1. Merekodkan data statistik berpusat termasuk:
- Memastikan semua data dimasukkan sebelum 5hb
- Memberi ingatan kepada kakitangan yang belum memasukkan data.
- Memastikan ketepatan data
- Memastikan semua data-data baru dan lama disimpan

2. Memastikan kakitangan hadir dan balik ikut waktu operasi termasuk:
- Memastikan perpustakaan dibuka dan ditutup ikut waktu
- Memastikan kedatangan direkodkan
- Memastikan rekod pergerakan kakitangan
- Menyokong cuti rehat kakitangan
- Membincangkan pengganti bagi cuti bersalin

3. Memastikan kerja kewangan mengikut prosedur yang betul.

4. Memastikan kerja asset mengikut prosedur yang betul.

5. Memastikan kerja stok mengikut prosedur yang betul.

6. Memastikan aktiviti perpustakaan berjalan ikut jadual iaitu:
- Aktiviti peringkat negeri
- Aktiviti peringkat daerah
- Aktiviti peringkat desa

7. Menjalankan promosi perpustakaan termasuk:
- Menyediakan jadual promosi
- Menyediakan risalah promosi
- Menyediakan profile perpustakaan
- Menyediakan profile pelanggan perpustakaan
-- Jabatan kerajaan dan swasta
-- NGO, persatuan dan JKKK
-- Sekolah menengah dan IPT
-- Sekolah rendah dan tadika.

8. Menjalankan kerja proses buku ikut jadual termasuk:
- Buku baru/lama yang belum siap proses
- Buku rosak untuk dibaiki
- Buku rosak/lama untuk lupus

9. Membuat permohonan bekalan pejabat (KEW.PS11):
- Menyerahkan kepada BRP sebelum bulan April dan September termasuk
- Mendapatkan maklumbalas pada bulan Mei dan Oktober.

10. Menyediakan borang aduan kerosakan (KEW.PA9) termasuk
- Mendapatkan sebutharga atau anggaran kos
- Menyerahkan kepada BRP
- Mendapatkan kelulusan pembaikan (14 hari)
- Memantau kerja semasa pembaikan
- Membantu dalam pemeriksaan siap kerja

11. Menyiapkan borang pemeriksaan asset (KEW.PA17) termasuk:
- Merekodkan bahan sebelum bulan April dan September.
- Menyerahkan kepada BRP sebelum bulan April dan September.
- Mendapatkan maklumbalas pada bulan Mei dan Oktober.

12. Membincangkan masalah semasa melalui mesyuarat termasuk:
- Mesyuarat Bersama KBR 1 kali setahun
- Mesyuarat Pengurusan Cawangan 3 kali setahun
- Mesyuarat JK Penasihat PAD 2 kali setahun

13. Membuat Lawatan Pemantauan Berjadual terhadap perpustakaan kelompok.

14. Menjalankan kerja pemeriksaan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan kerosakan (4K) dilakukan berjadual termasuk:
- Menyediakan jadual kerja
- Menyediakan rekod kerja
- Memperakui kerja

15. Menjalankan urusan perkhidmatan kaunter daerah termasuk:
- Mempunyai jadual giliran bertugas
- Urusan pinjaman dan pemulangan
- Urusan pendaftaran ahli

16. Membuat penetapan bagi perancangan kerja tahunan.
- Jadual Kerja Tahunan (A1)
- Pengukuran Jadual Kerja Tahunan (A2)
- Pengukuran Jadual Aktiviti Tahunan (A3)

17. Merekodkan dan melaporkan pencapaian kerja bulanan yang melibatkan:
- Laporan Bulanan Kakitangan (B1)
- Laporan Bulanan Kakitangan (B2)
- Laporan Tahunan Kakitangan (B3)

Tugas Bagi Fungsi Perpustakaan Daerah

--------------------------------------------- -
[E] Tugas Bagi Fungsi Bahagian/Unit
Perpustakaan Daerah
--------------------------------------------- -
1. Menyemak data statistik berpusat termasuk:
- Memastikan semua lokasi seliaan telah memasukkan data sebelum 5hb
- Memberi ingatan kepada lokasi seliaan yang belum memasukkan data.
- Memeriksa ketepatan data
- Memastikan semua data-data baru dan lama disimpan

2. Memastikan kakitangan hadir dan balik ikut waktu operasi termasuk:
- Memastikan perpustakaan dibuka dan ditutup ikut waktu
- Memeriksa dan mengesahkan rekod kedatangan
- Memeriksa dan mengesahkan rekod pergerakan kakitangan
- Memeriksa dan mengesahkan cuti rehat kakitangan
- Merancang pengganti bagi cuti bersalin

3. Memastikan kerja kewangan mengikut prosedur yang betul.

4. Memastikan kerja asset mengikut prosedur yang betul.

5. Memastikan kerja stok mengikut prosedur yang betul.

6. Menyelaraskan aktiviti perpustakaan supaya berjalan ikut jadual iaitu:
- Aktiviti peringkat negeri
- Aktiviti peringkat daerah
- Aktiviti peringkat desa

7. Memantau promosi perpustakaan termasuk:
- Menyediakan jadual promosi
- Menyediakan risalah promosi
- Menyediakan profile perpustakaan
- Menyediakan profile pelanggan perpustakaan
-- Jabatan kerajaan dan swasta
-- NGO, persatuan dan JKKK
-- Sekolah menengah dan IPT
-- Sekolah rendah dan tadika.

8. Memastikan kerja proses buku ikut jadual termasuk:
- Buku baru/lama yang belum siap proses
- Buku rosak untuk dibaiki
- Buku rosak/lama untuk lupus

9. Menyelaraskan permohonan bekalan pejabat (KEW.PS11) termasuk:
- Menyerahkan kepada BRP sebelum bulan April dan September
- Mendapatkan maklumbalas pada bulan Mei dan Oktober.

10. Menyediakan borang aduan kerosakan (KEW.PA9) termasuk
- Mendapatkan sebutharga atau anggaran kos
- Menyerahkan kepada BRP
- Mendapatkan kelulusan pembaikan (14 hari)
- Memantau kerja semasa pembaikan
- Membantu dalam pemeriksaan siap kerja

11. Menyelaraskan borang pemeriksaan asset (KEW.PA17) termasuk:
- Merekodkan bahan sebelum bulan April dan September.
- Menyerahkan kepada BRP sebelum bulan April dan September.
- Mendapatkan maklumbalas pada bulan Mei dan Oktober.

12. Membincangkan masalah semasa melalui mesyuarat termasuk:
- Mesyuarat Bersama KBR 1 kali setahun
- Mesyuarat Pengurusan Daerah 3 kali setahun
- Mesyuarat JK Penasihat PAD 2 kali setahun
- Mesyuarat JK Penasihat PD 2 kali setahun bagi setiap lokasi
(Perlu disediakan jadual mesyuarat tersebut)

13. Membuat Lawatan Pemantauan Berjadual terhadap PDN :
- Merekodkan Tindakan Pembetulan
- Menghadiri Mesyuarat JK Penasihat
- Menyemak Purata Sasaran Kerja - C2
(Perlu disediakan jadual lawatan tersebut)

14. Menetapkan kerja pemeriksaan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan kerosakan (4K) dilakukan berjadual termasuk:
- Menyemak jadual kerja
- Memeriksa rekod kerja
- Memperakui kerja

15. Menjalankan urusan perkhidmatan kaunter daerah termasuk:
- Mempunyai jadual giliran bertugas
- Urusan pinjaman dan pemulangan
- Urusan pendaftaran ahli

16. Membuat penetapan bagi perancangan kerja tahunan.
- Jadual Kerja Tahunan (A1)
- Pengukuran Jadual Kerja Tahunan (A2)
- Pengukuran Jadual Aktiviti Tahunan (A3)

17. Merekodkan dan melaporkan pencapaian kerja bulanan yang melibatkan:
- Laporan Bulanan Kakitangan (B1)
- Laporan Bulanan Kakitangan (B2)
- Laporan Tahunan Kakitangan (B3)

Tugas Bagi Fungsi Unit Rangkaian

--------------------------------------------- -
[D] Tugas Bagi Fungsi Bahagian/Unit
Unit Rangkaian
--------------------------------------------- -
1. Menyelaraskan keperluan bagi lawatan pemantauan KBR
- Mendapatkan maklumbalas dari lokasi yang akan dilawat
- Menyediakan data yang perlu diperiksa semasa lawatan
- Menyediakan KEW.PA9 yang perlu diperiksa semasa lawatan

2. Menyemak data statistik berpusat termasuk:
- Memastikan semua lokasi telah memasukkan data sebelum 5hb
- Memberi ingatan kepada lokasi yang belum memasukkan data.
- Memeriksa ketepatan data
- Menyelanggara system cloud tempat simpanan data

3. Menyelaras keperluan untuk KBR menghadiri
- Mesyuarat JK Penasihat PAD/C bagi 13 lokasi
- Mesyuarat Bersama KBR PD Kuantan 1 lokasi

4. Merekodkan penerimaan borang bekalan pejabat (KEW.PS11) pada bulan April dan September termasuk:
- Memberi nombor daftar bagi setiap borang
- Menyerahkan kepada pentadbiran untuk kelulusan dan pembelian
- Menghantar bekalan pejabat tersebut ke pemohon pada bulan Mei dan Oktober.

5. Merekodkan penerimaan borang aduan kerosakan (KEW.PA9) termasuk:
- Memberi nombor daftar bagi setiap borang
- Memastikan ada sebut harga atau anggaran kos pembaikan
- Menyerahkan kepada pentadbiran dalam tempoh 7 hari
- Mendapatkan maklumbalas pentadbiran dalam tempoh 14
- Menyerahkan maklumbalas tersebut kepada pemohon dalam tempoh 14 hari.
- Mengatur lawatan pemeriksaan siap kerja.

6. Memperakui penerimaan borang pemeriksaan aset (KEW.PA17) pada bulan April dan September.
- Memberi nombor daftar bagi setiap dokument
- Memastikan jumlah dan kos aset
- Memaklumkan kepada pentadbiran pada bulan April dan September.
- Menyediakan jadual lawatan pemeriksa asset pada bulan Mei dan Oktober
- Menyerahkan dokument kepada pentadbiran pada bulan Jun dan November.

7. Menyokong dan meluluskan permohonan cuti rehat termasuk:
- Merekodkan permohonan cuti rehat dalam Gweb
- Merekodkan penerimaan borang cuti rehat sebelum 15hb
- Memberi ingatan kepada lokasi yang belum hantar
- Mendapatkan sokongan dan kelulusan KBR pada 15hb
- Menyerahkan borang cuti kepada pentadbiran pada 16hb

8. Meneliti keperluan mereka yang akan cuti bersalin termasuk:
- Mendapatkan makluman awal kakitangan yang terlibat (6 bulan sebelum tarikh)
- Menyemak jadual kerja (3 bulan sebelum tarikh)
- Menyemak jadual tugas pengganti (1 bulan sebelum tarikh)
- Menyemak senarai tugas pengganti (1 bulan sebelum tarikh)

9. Memastikan semua buku baru berjaya diproses sebelum tahun berikutnya termasuk:
- Memantau penerimaan buku
- Memantau jumlah buku yang tidak siap proses

10. Memberikan latihan dalaman peringkat negeri atau daerah
- Mengenalpasti keperluan latihan berdasarkan 9 perkara diatas
- Memilih perkara yang perlu dikongsikan semasa latihan
- Memastikan keperluan latihan disediakan

11. Membuat Lawatan Pemantauan Berjadual terhadap PDN di Kuantan termasuk:
- Mempengerusikan Mesyuarat PD Kuantan
- Menghadiri Mesyuarat JK Penasihat
- Membuat tindakan pembetulan

Tugas Bagi Fungsi Di Bahagian Rangkaian

[C] Tugas Bagi Fungsi Bahagian/Unit
Bahagian Rangkaian
--------------------------------------------- -
1. Menyediakan Jadual Lawatan Pemantauan bagi 40 lokasi untuk tahun semasa.

2. Mempengerusikan Mesyuarat Bersama KBR di 13 lokasi

3. Meneliti Tindakan Pembetulan yang direkodkan di 40 lokasi.

4. Mengendalikan Bangkel Latihan Dalaman BRP di 13 lokasi.

5. Menganalisa data statistik berpusat yang:
- Mengandungi 19 perkara/sheet data bagi satu lokasi
- Melibatkan 40 lokasi PAD/PAC/PD PPAP
- Melibatkan 34 lokasi PD PNM

6. Menghadiri Mesyuarat JK Penasihat
- Bagi PAD/C (13 lokasi)
- Bagi PD PPAP (28 lokasi) - lokasi terpilih dan jika perlu.

7. Memperakui penerimaan borang bekalan pejabat (KEW.PS11) pada bulan April dan September.

8. Memperakui penerimaan borang aduan kerosakan (KEW.PA9) termasuk membuat pemeriksaan apabila siap kerja.

9. Memperakui penerimaan borang pelupusan asset (KEW.PA17) pada bulan April dan September.

10. Menyokong dan meluluskan permohonan cuti rehat bagi kakitangan.
- Sokong bagi 13 lokasi
- Lulus bagi 40 lokasi

11. Meneliti keperluan mereka yang akan cuti bersalin bagi tempoh 6 bulan sebelum bersalin.
- Semakan semula Jadual Kerja Tahunan
- Semakan semula Jadual Aktiviti Tahunan
- Membuat cadangan petugas ganti.

12. Memeriksa kerja memproses buku baru dan memastikan semua buku baru berjaya diproses pada tahun semasa.

13. Memastikan kerja pemeriksaan kebersihan, keceriaan, keselamatan dan kerosakan dilakukan berjadual.

14. Memeriksa Jadual Kerja Tahunan (A1), Pengukuran Jadual Kerja Tahunan (A2) dan Pengukuran Jadual Aktiviti Tahunan (A#).

Fungsi Perpustakaan Desa

1. Merekodkan data berpusat bagi dijadikan bahan rujukan peringkat daerah dan negeri.

2. Menyediakan tempat yang selesa dan mesra pelanggan bagi menarik minat penduduk sekitar menjadi ahli perpustakaan.

3. Melaksanakan aktiviti dan promosi perpustakaan bagi menarik minat kepimpinan tempatan dan masyarakat setempat berkunjung ke perpustakaan.

4. Melaksanakan kerja memproses dan menyusun bahan bacaan supaya memudahkan pengguna mendaptkannya bagi menarik minat ahli untuk meminjam.

Fungsi Perpustakaan Cawangan

1. Merekodkan data berpusat bagi dijadikan bahan rujukan peringkat negeri.

2. Melaksanakan kawalan/penerimaan terhadap kakitangan, kewangan, aset dan stok  bagi memastikan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa bersedia dengan lawatan mengejut/audit oleh pihak pentadbiran.

3. Melaksanakan aktiviti dan promosi perpustakaan bagi menarik minat kepimpinan tempatan dan masyarakat setempat berkunjung ke perpustakaan.

4. Melaksanakan kerja memproses dan menyusun bahan bacaan supaya memudahkan pengguna mendaptkannya bagi menarik minat ahli untuk meminjam.

Fungsi Perpustakaan Daerah

1. Mengemaskini data berpusat bagi dijadikan bahan rujukan peringkat negeri.

2. Meneliti keadah kawalan/penerimaan terhadap kakitangan, kewangan, aset dan stok  terhadap lokasi seliaan bagi memastikan mereka sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sentiasa bersedia dengan lawatan mengejut/audit oleh pihak pentadbiran.

3. Menyelaraskan aktiviti dan promosi perpustakaan bagi menarik minat kepimpinan tempatan dan masyarakat setempat berkunjung ke perpustakaan.

4. Memantau kerja memproses dan  menyusun bahan bacaan supaya memudahkan pengguna mendaptkannya bagi menarik minat ahli untuk meminjam.


Fungsi Unit Rangkaian

1. Menyemak Data berpusat untuk menyediakan statistik negeri bagi kegunaan jabatan.

2. Menyelaras keperluan Bekalan Pejabat (KEW.PS11), Aduan Kerosakan (KEW.PA9), Pemeriksaan Aset Alih (KEW.PA17) dan Tempoh Cuti Bersalin terhadap PAD/PAC/PDN bagi memastikan penyampaian perkhidmatan berada pada tahap terbaik.

3. Merangka dan melaksanakan latihan dalaman untuk kakitangan di PAD/PAC/PDN bagi memastikan mereka bersedia menyampaikan perkhidmatan yang terbaik.

4. Melaksanaan pemeriksaan berjadual ke PDN seliaan bagi mengesan dan mengarahkan tindakan pembetulan yang perlu dilakukan.

Fungsi Bahagian Rangkaian

1. Merancang
pemantauan terhadap PAD/PAC/PDN melalui keadah:
(1)Lawatan pemantauan,
(2)Data berpusat dan
(3)Jawatankuasa Penasihat
bagi memastikan tindakan pembetulan boleh dilakukan seterusnya meningkatkan minat masyarakat untuk menjadi ahli.

2. Merancang
penyelarasan keperluan terhadap PAD/PAC/PDN berkaitan
Bekalan Pejabat (KEW.PS11),
Aduan Kerosakan (KEW.PA9),
Pemeriksaan Aset Alih (KEW.PA17) dan
Cuti Rehat/Bersalin
bagi menyediakan tempat yang selesa kepada pengguna.

3. Merancang
perlaksanaan latihan dalaman untuk kakitangan termasuk kecekapan memproses bahan perpustakaan di PAD/PAC/PDN
bagi memastikan pengguna mudah mencari dan meminjam buku.