Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, August 29, 2017

BUKU Buntat Mengembara ke Makkah PENULIS Yahaya Awang PENERBIT Utusan Publications 2009

ULASAN BUKU APRIL 2017
BUKU Buntat Mengembara ke Makkah PENULIS Yahaya Awang PENERBIT Utusan Publications 2009

No Perolehan: 09- 001206
ISBN: 978-967-61-2119-3
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan/ Ulasan:

Buku ini mengisahkan pengembaraan Buntat ke Makkah. Buntat merupakan seorang kanak-kanak yang kehilangan kasih sayang ibu bapanya. Dia kerap dimarah, dirotan dan dipukul menyebabkan hatinya menjadi keras, degil dan berani. Apabila berumur 10 tahun, dia sudah mula hidup berdikari.
Suatu hari dia menyelinap masuk ke dalam kapal haji di Pulau Pinang. Kapal itu belayar ke Jeddah Arab Saudi. Dia menyeludup masuk ke Makkah. Buntat nampak ratusan ribu manusia berpakaian putih bersih memohon keampunan dan keredaan Allah.
Buntat mulai insaf.Dia mula merindui ibu bapanya. Tiap-tiap hari dia berdoa depan Kaabah. Allah makbulkan doanya. Seorang lelaki tua kaya mengambilnya sebagai cucu angkat. Buntat mula  mendapat kenikmatan layanan kasih sayang.
Buntat berdamping dengan seorang guru agama dan ustaz yang tinggal di bangunan yang sama di Makkah dan Madinah. Berkat kasih sayang dan pimpinan  datuk angkatnya, guru serta ustaz, Buntat akhirnya menjadi seorang budak yang baik.Haji kecil yang mabrur.
Hampir empat bulan Buntat merantau. Akhirnya dia sampai ke kampong halamanya. Buntat menjadi anak yang berguna. Ikuti kisah Buntat yang penuh dengan nasihat dan tauladan. Penggembaraan kanak-kanak dalam mencari erti hidup dan kasih sayang.

Judul:  Buntat :Mengembara ke Makkah
Pengarang:  Yahaya Awang
Penerbit:  Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2009
Harga: RM 23.50
Muka surat: 428
Rating: -

Disediakan Oleh :           Disemak oleh :
Nurulain binti Mahidin @ Mahasan                             Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                               Ketua Perpustakaan Daerah
PD Luit                                                                        PAD Maran

No comments: