BUKU Panduan Memborong di Vietnam PENGARANG MUHAMMAD NIZAR JAMALUDIN PENERBIT PTP Professional Publishing 2012
JUDUL BUKU : Panduan Memborong di Vietnam.
PENGARANG : MUHAMMAD NIZAR JAMALUDIN
NO. PANGGILAN : 381.2 MUH
ISBN : 978-967-369-168-2
PENERBIT : PTP Professional Publishing Sdn.Bhd
TARIKH / TAHUN : 2012
EDISI BAHASA : Bahasa Melayu
HARGA : RM17.00
ULASAN :
Buku ini menyediakan panduan lengkap untuk para usahawan mengaut keuntungnan berganda dan memborong pelbagai barangan berkualiti pada harga yang murah.
Produk buatan Vietnam mempunyai permintaan dan pasaran tinggi di Malaysia.Produk-produknya berkualiti,memenuhi cita rasa tempatan dan ditawarkan pada harga yang berpatutan.Buku ini menyenaraikan plaza-plaza borong yang membekalkan barangan berkualiti pada harga termurah.
Orang yang tersesat di padang pasir sekalipun dapat hidup, inikan pula usahawan yang pergi memborong di Vietnam.Makanan yang halal, hotel yang murah,pengangkutan terbaik,teknik tawar menawar,teknik mengesan penipuan dan panduan memborong dihuraikan secara terperinci dalam buku ini.
Panduan memborong dalam buku ini lengkap dengan lokasi plaza borong,lokasi restoran halal,panduan keselamatan,tip survival dan strategi memborong bagi mendapatkan keuntungan yang maksimum.
DISEDIKAN OLEH : Norizan Bt zahari
No comments:
Post a Comment