Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Saturday, August 19, 2017

BUKU Sahabat dijanjikan syurga PENULIS Alieff Mukhlis PENERBIT Darul Mughni Trading Judul: Sahabat dijanjikan syurga

ULASAN BUKU JULAI  2017
BUKU Sahabat dijanjikan syurga PENULIS Alieff Mukhlis PENERBIT Darul Mughni Trading
Judul:  Sahabat dijanjikan syurga
No Perolehan: 14-004697
ISBN: 978-967-0414-69-0
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan/ Ulasan:
Buku yang berjudul sahabat yang dijanjikan syurga ini merupakan sebuah buku yang menarik. Ianya menceritakan fakta, peribadi dan ketokohan enam orang sahabat Nabi Muhammad S.A.W.  Enam orang tokoh tersebuat ialah Sayidina Abu Bakar As-Siddiq, Sayidina Umar Al-Khattab, Sayidina Uthman Bin Affan,Sayidina Ali Bin  Abi Talib, Zubir Al-Awwam dan Saad Bin Abi Waqqas.
Menariknya buku ini, ianya menceritakan kehidupan peribadi tokoh dan personalitinya. Serta jalan penceritaanya yang ringkas dan padat serta mudah difahami pembaca. Ianya sesuai untuk semua peringkat umur terutamnya kanak-kanak. Membaca  buku ini mudah kita fahami sejarah ketamadunan orang Islam di Zaman para sahabat Nabi.
Buku ini dihasilkan adalah untuk memberi maklumat dan pemahaman serta penghayatan kita sebagai pembaca agar dapat mencontohi kebijaksanaan serta keperibadian tokoh-tokoh ini dalam kehidupan seharian.
Bacaan yang bermutu ini amat sesuai dijadikan panduan kepada anak-anak agar  dapat membantu pembentukan pemikiran anak-anak. Seterusnya ,menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti.

Pengarang: Alieff Mukhlis
Penerbit: Darul Mughni Trading
Tahun Terbit: 2011
Harga: RM 10.32
Muka surat: 154
Rating: -

Disediakan Oleh : Disemak oleh :



Nurulain binti Mahidin @ Mahasan                              Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                                                Ketua Perpustakaan Daerah
PD Luit                                                                         PAD Maran


No comments: