Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Sunday, August 27, 2017

BUKU Kekal sihat pilihan anda PENERBIT Utusan Publications 2010

ULASAN BUKU MEI 2017
BUKU Kekal sihat pilihan anda PENERBIT Utusan Publications 2010

No Perolehan: 11-03003
ISBN: 978-967612369-5
Kategori: Bahasa Melayu

Ringkasan/Ulasan:
Buku ini adalah satu panduan untuk lelaki dan mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan lelaki.Panduan kesihatan ini bukan bermaksud untuk menyediakan maklumat perubatan yang lengkap dan terperinci, sebaliknya hanya memaparkan masalah kesihatan lelaki yang lazim menjejaskan kaum lelaki di Malaysia.

Terdapat rujukan dan pautan web pada penghujung setiap bab sekiranya pembaca ingin mengetahui lebih lanjut tentang sesuatu topik.

Dua bab terakhir tentang “Bagaimana untuk kekal sihat sehingga usia 100 tahun dan “Langkah Seterusnya-Bertindaklah Sekarang” adalah nasihat praktik untuk lelaki supaya mengawal kesihatan mereka agar mereka dapat hiduplebih lama dan lebih sihat.

Judul: Kekal sihat pilihan anda
Pengarang:
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Tahun terbit: 2010
Harga: RM 18.00
Muka surat: 76
Rating:

Disediakan Oleh :
Nor Hailah binti Baharom
Pembantu Operasi
PAD Maran

Disemak oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

No comments: