Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, August 1, 2017

BUKU Kaedah Menjadi Generasi Cemerlang OLEH Zuleikha Fereizya PENERBIT E1 Publication 2013

BUKU Kaedah Menjadi Generasi Cemerlang OLEH Zuleikha Fereizya PENERBIT E1 Publication 2013

Call No. : 158.1
ISBN : 978-967-5892-66-09(set)
ISBN :  978-967-5892-69-1      
Bahasa : Melayu
Kategori : Falsafah

Ulasan :
Kecemerlangan dalam kehidupan adalah impian setiap manuasia.Kecemerlangan tersebut bukanlah cemerlang dalam aspek material semata-mata tetapi cemerlang dalam aspek spiritual.Apabila cemerlang spiritual,maka seseorang itu dapat menjana kecemerlangan material yang diimpikan dengan lebih tersusun dan sistematik.
Penghasilan buku ini boleh berfungsi sebagai landasan yang menjadi pedoman para remaja untuk membina semangat dan ketahanan fizikal dan mental demi memburu kecemerlangan yang selama ini diimpikan.
Usaha-usaha meningkatkan kecemerlangan intelektual juga perlu bermula pada peringkat awal remaja agar mereka dapat menjurus ke arah membina kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan.
Buku ini boleh dijadikan  rujukan di samping menilai diri ditahap manakah pencapaian yang telah diperolehi setakat ini. Hakikatnya,kecemerlangan intelektual tidak dapat diperolehi dengan mudah tanpa adanya usaha dan kesungguhan yang berterusan.

Judul : Kaedah Menjadi Generasi Cemerlangan
Pengarang/Penyusun : Zuleikha Fereizya
Penerbit : E1 Publication Sdn.Bhd.
Tahun Terbit : 2013
Harga : RM 26.40
Muka surat : 129
Rating : 4/5

Disediakan  Oleh :
Kamariah Bt Omar
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Desa  Peramu Jaya 3

Disemak  Oleh    :
Rohaida binti Zainudin
Penolong Pustakawan
Perpustakaan Daerah Pekan

No comments: