ULASAN BUKU MEI 20 17
BUKU Padanya ada bahagia : Bahagia mendidik, mendidik bahagia PENULIS Dr.Robiah K.Hamzah PENERBIT PTS Litera Utama
No Perolehan: 14-004807
ISBN: 978-967-408-232-1
Kategori: Bahasa Melayu
Ringkasan/ Ulasan:
Buku tulisan Dr. Robiah K.Hamzah ini sangat bagus dalam mendidik anak-anak terutama anak yang meningkat remaja. Mendidik bukan sahaja memerlukan ilmu yang tepat. Malah lebih kepada pengalaman yang mampu meningkatkan keperihatinan kita dalam proses mendidik.
Jikalau pendidik bahagia mendidik, hasilnya juga pasti melahirkan anak yang bahagia. Ini kerana, mereka dididik supaya berasa bahagia dalam menjalani kehidupan.
Dalam buku ini banyak tip-tip dan manual diberi supaya kita sebagai pembaca dapat praktikkan dalam mendidik anak-anak. Buku ini menceritakan kelakuan anak-anak di sekolah menengah. Penceritaan yang ringkas dan padat ini mudah difahami.
Juga seronok di baca. Di berikan panduan dan tip yang boleh diikuti.
Buku ini boleh dijadikan panduan sebagai pendidik bagimembantu ibubapa menambah kekuatan sebagai pendidik anak-anak. Sama-sama kita membiuna karektor anak-anak sehingga mereka merasai sentuhan kita sebagai ibu bapa yang sekali gus adalah guru pertama mereka.
Judul: Padanya ada bahagia : Bahagia mendidik, mendidik bahagia
Pengarang: Dr.Robiah K.Hamzah
Penerbit: PTS Litera Utama
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 9.60
Muka surat: 113
Rating: -
Disediakan Oleh :
Nurulain binti Mahidin @ Mahasan
Pembantu Pustakawan
PD Luit
Disemak oleh :
Norkamila binti Mahmud
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran
No comments:
Post a Comment