BUKU Khasiat Hijau Untuk Perubatan Tradisional II PENGARANG Fauziah AR PENERBIT Pekan Ilmu 2008
No Perolehan: 08-48708
ISBN: 978-697-5106-19
Kategori: 615.321 FAU
Ringkasan/ Ulasan
Buku ini adalah kesinambungan daripada buku siri i: Khasiat tumbuhan hijau untuk perubatan tradisional.banyak maklumat yang boleh dijadikan rujukan oleh para pelajar,guru-guru,golongan masyarakat dan semua pembaca mengenai khasiat dan kegunaan tumbuhan hijau sebagai alternatif perubatan tradisional yang terdapat di persekitaran mereka. Tumbuhan hijau sebagai perubatan tradisional sebenarnya sering digunakan oleh nenek moyang kita sebagai ubat sejak zaman berzaman sebagai contoh mempelas digunakan sebagai ubat untuk meredakan selesma.
Masyarakat masa kini mungkin tidak mengetahui bahawa tumbuhan hijau yang terdapat di persekitaran mereka boleh dijadikan ubat bagi merawat penyakit sama ada luaran atau dalaman. Apabila membaca buku ini dapatlah kita mengenali tumbuhan hijau di persekitaran kita yang boleh digunakan sebagai perubatan tradisional. Memang tidak dinafikan tumbuhan hijau sering kali digunakan oleh masyarakat kampung dan pendalaman sebagai rawatan untuk menyembuhkan penyakit walaupun kajian secara saintifik masih belum dilakukan.
Terdapat 78 jenis tumbuhan hijau terdapat dalam buku ini yang dipaparkan sebagai perubatan tradisional.bagi menjana minda pembaca, buku ini sememangnya amat sesuai bagi para pelajar kolej ataupun universiti terutamanya bidang perubatan bagi tujuan kajian terhadap tumbuhan hijau sebagai herba rawatan penyakit.
Judul: Khasiat Hijau Untuk Perubatan Tradisional II
Pengarang: Fauziah AR
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn.Bhd
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM39.90
Muka surat: 209
Rating: 3
No comments:
Post a Comment