ULASAN BUKU BULAN MEI 2019 PD KEMASUL
Judul : Kesalahn Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak
Pengarang : Raisya Maula Ibnu Rusyd
Penerbit : Al- Hidayah House Of Publishers Sdn Bhd
Harga : RM 14.00
Muka surat : 201
ISBN : 9789670267500
Mendidik anak-anak adalah perkara yang sering memeningkan kepala ramai ibu bapa. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar menjadi orang gagal dan bermasalah.
Sebagai ibu bapa, kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan dibentuk sebaik-baiknya. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih yang sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna tertentu.
Dalam membesarkan anak-anak, pelbagai kesilapan dilakukan tanpa kita sedari. Kesilapan ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan mengenai aspek keibubapaan.
Dalam mendidik, anak-anak perlu diingatkan, didikan bukan melalui paksaan tetapi teladan. Anak-anak lebih percaya dengan apa yang dilihat daripada apa yang didengar.
Jika kita menyuruh anak-anak menguruskan masa dengan baik sedangkan kita sendiri sentiasa tidak menepati waktu dan sering tertangguh, maka mereka lebih mudah terikut-ikut dengan apa yang mereka lihat kita lakukan.
Maka, wajarlah dalam mendidik anak-anak, kita juga mendidik diri kita sendiri.
Membesarkan anak bukan perkara yang singkat ianya satu proses yang panjang dan memerlukan kita memberi perhatian yang penuh dalam membentuk anak-anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Apabila kita mati, hanya tiga perkara sahaja yang dibawa bersama iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaat dan anak-anak soleh yang mendoakan kita.
Disediakan oleh;
Armah binti Abas,
Pembantu Pustakawan Desa Kemasul
No comments:
Post a Comment