Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Wednesday, July 31, 2019

BUKU: SEEK THE SIGNS OF ALLAH

Tak kenal maka tak cinta, itulah ungkapan yang boleh disamakan bagi merujuk kandungan yang ingin disampaikan oleh penulisnya dalam buku ini. Kandungan yang dimaksudkan adalah mengenali dan mendalami bukti-bukti dan kebenaran wujudnya Allah SWT.

Sebagai insan, adakalanya kita tertanya-tanya macam mana untuk memperkukuhkan lagi kebenaran wujudnya Allah SWT walaupun kita memperakui kewujudan-NYA. Namun, bagaimana kalau kita ditanya oleh anak-anak kecil atau kaum-kaum dari agama lain yang inginkan penjelasan akan tanda wujudnya Allah, pasti kita tidak dapat menjelaskannya jika kita sendiri tidak begitu mengenali Allah SWT.

Melalui buku ‘Seek The Signs of Allah’ ini, penulisnya Dr Nasiroh Omar telah mengumpul beberapa elemen penting akan bukti kewujudan dan kehebatan Allah yang melangkaui segala bentuk elemen yang dicipta oleh manusia.

Segala bentuk ciptaan dan penemuan manusia tidak sama sekali boleh menandingi kekuasaan dan kehebatan Allah SWT. Melalui elemen-elemen ini, penulis menghuraikan dengan membuat perbandingan terhadnya keupayaan manusia dan bertapa hebatnya kekuasaan Allah berbuktikan kepada kandungan Al-Quran.

Penulis: Dr Nasiroh Omar
Penerbit: Dakwah Corner Publications Sdn. Bhd.
No Panggilan: 297.5
Harga: RM25.00

Disediakan oleh:
Nur Diana Binti Abdullah
PD Bukit Ibam

No comments: