JUDUL: DERITA PERPISAHAN
PENGARANG: AIDA SHAHIRA
PENERBIT: PUSTAKA ILHAM
TAHUN TERBIT: 2014
HARGA: RM14.80
JUMLAH MUKA SURAT: 86
NO. PEROLEHAN: 14-004292
ISBN: 978-983-898-282-5
BAHASA: BAHASA MELAYU
KATEGORI: FIKSYEN MELAYU KANAK-KANAK
ULASAN : Buku cerita ini berjudul Derita Perpisahan. Cerita ini mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan yang susah telah ditimpa musibah pergaduhan dan pertumpahan darah akibat daripada pertelagahan politik yang berlaku di kawasan mereka.
Dalam sebuah keluarga yang mempunyai 3 orang anak lelaki yang bernama Zaman, Zuhan, dan Zahim. Mereka bertiga tinggal bersama ibu mereka setelah berpisah dengan bapanya yang hilang dalam pertempuran dan terpaksa ditinggalkan.
Kehidupan keluarga ini amat susah setelah ketiadaan bapa mereka dirumah. Ibunya seorang diri bekerja untuk menyara kehidupan. Mereka bertiga hanya bergantung hidup kepada ibunya. Mereka masih tidak tahu apa akan nasib yang menimpa bapanya.
Pada suatu hari, abang sulung mereka Zaman sedang membaiki basikalnya di kedai tayar sambil sedang memerhati kearah luar. Tiba-tiba, dia terlihat kelibat seorang lelaki tua yang berbaju lusuh serta berjambang lalu dihadapan kedai tersebut. Lantas,fikirannya terus teringat akan bapanya kerana lelaki tua tersebut seakan-akan iras bapanya. Setelah pulang ke rumah, kelibat lelaki tua tersebut sentiasa bermain difikiran Zaman sehinggakan dia sukar untuk melelapkan mata, Zaman seolah-olah merasakan bahawa hatinya mengatakan lelaki tua tersebuat adalah bapanya yang hilang itu.
Setelah 5 tahun mereka berpindah ke Negara jiran, mereka berusaha untuk menyatukan kembali keluarga yang telah terpisah. Zaman mengajak adiknya Zuhan untuk mengekori dan mengenal pasti lelaki tua berbaju lusuh itu. Mereka menunggu sehingga lelaki tersebut lalu di kawasan itu.
Tiba-tiba, sedang mereka asyik mememerhati muncul kelibat lelaki tua itu. Dalam keadaan yang berjambang dan berbaju lusuh lelaki tua tersebut memandang ke arah mereka dan lantas menyebut nama anak-anaknya. Mereka berpelukan erat dan menitiskan airmata. Rupanya bapanya terselamat dalam pertempuran itu dan mencari mereka di merata-rata tempat. Zaman mengajak bapanya pulang untuk bertemu dengan ibunya. Setiba dirumah, Zaman membuat kejutan untuk ibunya akan kepulangan bapanya. Ibunya tergamam dan menangis teresak-esak serta memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana berakhirlah derita perpisahan yang dialami oleh mereka sekeluarga.
No comments:
Post a Comment