Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, July 8, 2019

LATAR BELAKANG PENULIS CERITA ORANG PAHANG




BIODATA DIRI PENULIS
 Norafizah binti Abdul Razak dilahirkan di Kuala Lipis Pahang merupakan Guru Cemerlang Perpustakaan & Media Kementerian Pendidikan berkelulusan
 Ijazah Sarjana Muda pendidikan Melayu (sedang menyambung pengajian sarjana (Master Of Human Performance Strategy). Beliau telah berpengalaman sebagai Guru Perpustakaan dan Media selama 26 tahun dan sebagai guru selama 28 tahun. Beliau pernah mendapat  Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada  1999 ,2006 dan 2015 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ‘New Deal’: 2011 dan 2012.

Sebelum bertugas di Sekolah Kurang Murid Kg Baharu Jerantut Pahang mulai 2018. Beliau telah menabur bakti selama 20 tahun di Sekolah Berprestasi Tinggi SK Seri Biram Pekan Pahang sehingga melonjakkan Pusat Sumber Sekolah ini sehingga ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau pernah membantu sekolah ini memenangi  Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan 2004,2006 dan 2009. Anugerah NILAM Kebangsaan 2003, 2005 dan 2011.

Pemantapan kerjaya dalam bidang Pusat Sumber sekolah adalah sebagai Jurulatih Program NILAM Negeri Pahang.Fasilitator Pembangunan Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang. Jurulatih Program Tunas NILAM Negeri Pahang. Fasilitator  Research Learning(RBL) Peringkat  Kebangsaan.

Selain itu beliau pernah membentang  Kertas Kerja Peringkat kebangsaan dan antarabangsa iaitu di  Seminar Pendidikan Khas- UKM Peringkat Antarabangsa (2016),  Seminar Pendidikan Antarabangsa Pekan (2015), Seminar Pedagogi Peribumi Kebangsaan (2015), Seminar Pendidikan Khas Rantau Asia Tenggara (2015), Simposium Guru Penasihat Kelab Doktor Muda Kebangsaan (2014),Panel forum peringkat kebangsaan ( Simposium Kelab Doktor Muda Kebangsaan.
Panel Forum Perkongsian Amalan Terbaik PSS Peringkat Kebangsaan 2018. Seminar Teknologi Pendidikan Antarabangsa 2018.

Beliau juga penyumbang bahan dalam  Majalah KUNTUM terbitan STAR Publications (M) Berhad. ( 2012 – 2017 ). Kolumnis Majalah Pendidik mulai 2017 hingga sekarang.
Panel Penilai Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Negeri Pahang. AJK Persatuan Pusat Sumber Sekolah Negeri Pahang. Pembina Modul Kelab Doktor Muda Pendidikan Khas Integrasi Peringkat Kebangsaan. Ahli Persatuan Penulis-Penulis Pahang .

Bahan penulisan yang pernah diterbitkan;
  1. Siri Bacaan Buku Besar Tunas NILAM ( 2016)
  2. Buku Prosiding  Pekan International Education Conference 2015
  3. Buku Prosiding Seminar Pedagogi Kebangsaan 2015
  4. Buku Prosiding International Special Education Conference 2016
  5. Modul NILAM Merentasi Kurikulum (2016)
  6. Modul Program Eskplorasi Buku
  7. Majalah Pendidik.
  8. Modul KUNTUM Dalam Darjah (2016)
  9. Dari Subis ke Bologna : Guru Malaysia Mengubah Dunia (2018)
  10. E-book Modul Galakan membaca ( 2019)
  11. Buku Amalan Terbaik PSS (2019)
  12. Buku cerita kanak-kanak Sejarah Pahang. (2019)

Sepanjang kerjayanya beliau banyak menerima anugerah dalam kerjaya antaranya  Anugerah Perkidmatan Cemerlang pada tahun 1999, 2006, 2015. Anugerah PSS Cemerlang Kebangsaan 2004,2006 dan 2009. Anugerah Penyelaras PSS Terbaik 2010. Anugerah Khas Hari Guru 2006 dan 2015. Anugerah Guru Perpustakaan dan Media Terbilang  Negeri Pahang 2016 dan Finalis Ikon Guru sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2017 dan Top 5 Ikon Guru Perpustakaan & Media Kebangsaan 2018.

Kini mulai 2017, beliau banyak memberi latihan dan bimbingan kepada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia tentang Pengurusan Sumber Pendidikan dalam PDPc Alaf 21 dan Strategi PA21 dan Penerapan Elemen KBAT dalam Pdpc . Kini beliau aktif dalam memberi bimbingan kepada sekolah-sekolah dalam Pembelajaran Berasaskan Kajian dan Penyelidikan ( Research Based Learning ) satu strategi mengupayakan murid-murid terhadap pemahaman yang mendalam terhadap isi kandungan pelajaran.
Kini beliau menjadi rujukan kepada Guru Perpustakaan dan Media seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Pengalaman beliau selama 26 tahun dalam Pusat Sumber Sekolah banyak membantu beliau menjadi sumber rujukan kepada GPM baru seluruh Malaysia.

Beliau memohon untuk bertukar ke Sekolah Murid Dari Sekolah yang serba lengkap untuk mengupayakan SKM dan memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak di Sekolah Kurang Murid..


No comments: