Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, July 8, 2019

Cerita Orang Pahang

Judul Buku : Cerita Orang Pahang
Pengarang : Norafizah binti Abdul Razak ( Feeza Noor)
Penerbit : Literasi Resources Kuala Lumpur
Tahun terbitan : 2019
Harga : RM 25.00

Buku cerita orang Pahang menghimpunkan 6 cerita kanak-kanak berkisar kepada  warisan rakyat Pahang. Ia menyentuh tentang kepahlawanan,makanan,metos dan tokoh. Gulai Asam Rong dan Sambal Hitam merupakan jenama makanan Pahang yang sangat terkenal. Keenakan makanan ini menjadikan Pahang terkenal dalam kalendar pelancongan negara. Masakan ini berjaya menarik orang luar datang ke Pahang untuk menikmatinya. Gua Kota Gelanggi dan Walinong Sari merupakan metos terkenal berkaitan dengan sejarah tempat pelancongan terkenal di Daerah Jerantut. Gua Kota Gelanggi sering dikaitkan dengan sumpahan Sang Kelembai manakala Puteri Walinong Sari dikaitkan dengan Puncak Gunung Tahan. Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Selain sering dikaitkan dengan metos kejadian. Gua Kota Gelanggi dan Gunung Tahan menjadi tarikan besar kepada para pelancung luar dan dalam negara. Kegagahan pahlawan Mat Kilau telah terukir kukuh dalam sejarah negara sebagai pahlawan penentang penjajahan. Beliau antara pejuang bangsa dari Pahang yang banyak menabur bakti dan jasa mempertahankan negara dari belenggu penjajah. Lagenda Pawang Nong merupakan kisah seorang tokoh yang terkenal sebagai Pawang Diraja pada masa dulu. Beliau mempunyai ilmu yang tinggi dalam perubatan tradisi dan persilatan dan menjadi lagenda kebanggaan rakyat Pahang dan penduduk Ulu Cheka Jerantut. Adalah diharapkan buku ini menjadi sumber rujukan secara didik hibur berunsur sejarah kepada kanak-kanak. Di samping dapat menanamkan nilai-nilai patriotisme dalam kalangan kanak-kanak.




No comments: