Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, December 13, 2019

Buku 89 Pesan Dan Cinta Allah Untuk Orang Mukmin :Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin : Casamas Resources : 2017

Buku PD Simpang Pelangai  Bil. 10/2019
Buku 89 Pesan Dan Cinta Allah Untuk Orang Mukmin :Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin : Casamas Resources : 2017

No. Perolehan                :    EPEL 000807
Call No                    :    297.1226  (MQA)
ISBN                    :    9789675994548
Bahasa                    :    Melayu
Kategori                :    Keagamaan

Ulasan    :   

Buku Bertajuk  89 Pesan Cinta Allah Untuk Orang Mukmin  adalah sebuah buku keagamaan yang mengupas tentang  bagaimana untuk menjadi mukmin yang sejati dan mendapatkan kecintaan Allah SWT berdasarkan 89 petikan ayat Al-Quran Nul Karim yang disenaraikan.

Penulis menitipkan juga langkah-langkah menuju kepada Allah SWT menurut Imam Ibnu Qayyim seperti membaca Al Quran, menjalani ibadah Sunnah selain ibadah fardhu berzikir kepada Allah dan beberapa lagi amalan-amalan baik yang diperintahkan oleh Allah SWT.

Himpunan 89 ayat yang dikumpulkan ini adalah sangat baik dijadikan panduan dn rujukan serta diamalkan agar keimanan dan kecintaan kita terhadap Allah SWT menjadi teguh dan kekal didalam diri kita.
Penulis juga  mengupas secara terperinci setiap ayat-ayat dan makna agar dapat difahami secara mendalam oleh pembaca.

Oleh yang demikian, adalah sangat disarankan agar setiap pembaca tidak terlepas peluang menghayati isi kandungan buku ini dan mengamalkannya agar diri kita memperolehi keimanan yang teguh dan benar.

Judul    :    89 Pesan Dan Cinta Allah Untuk Orang Mukmin.
Pengarang    :    Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Penerbit    :    Casamas Resources Sdn. Bhd.
Tahun Terbit    :    2017
Harga    :    RM 21.00
Muka Surat    :    133 ms
Rating    :    7/10

Disediakan Oleh    :   
Liza binti Che Omar
Perpustakaan Desa
Simpang Pelangai

No comments: