Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, December 9, 2019

Buku: Nak Tak Berhenti Merokok? : Dr Norman M Norawi : TrueWealth Sdn Bhd : 2009

ULASAN BUKU OGOS 2019
Buku: Nak Tak Berhenti Merokok? : Dr Norman M Norawi : TrueWealth Sdn Bhd : 2009

No Perolehan : 09-01732
No Panggilan : 616.86506 NOR
ISBN :
Kategori : Dewasa

Ulasan :
Merokok adalah satu perbuatan menyedut atau menghisap asap bahan yang dibakar iaitu biasanya daun tembakau kering. Pembakaran tembakau ini melepaskan bahan aktif nikotin yang diserap ke dalam tubuh manusia melalui paru-paru

Rokok adalah satu tabiat kurang sihat yang amat biasa kita lihat sekarang. Mengikut statistik terkini ,50 peratus lelaki dan 13 peratus wanita di Malaysia adalah perokok.

Sememangnya ramai yang tahu bahawa merokok boleh  menyebabkan kanser,sakit jantung, darah tinggi, sakit urat dan pelbagai penyakit lagi. Malangnya jumlah perokok semakin bertambah dari masa ke masa. Kempen yang dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan tidak menampakkan hasil yang berkesan. Buku ini bertujuan memberitahu tentang bahaya merokok ,serba sedikit tentang penyakit dan kaedah rawatan untuk berhenti merokok. Kesan daripada merokok boleh memudaratkan orang lain, mencemarkan udara dan merosakkan baka keturunan serta pelbagai lagi. Buku ini juga menceritakan kesan fisiologi merokok agar pembaca dapat memahami keadah rawatan berhenti merokok.

Keputusan Majlis Fatwa dan Pihak berkuasa Islam telah memutuskan bahawa amalan merokok Itu hukumnya adalah haram menurut pandangan Islam. Namun fatwa ini kurang mendapat publisiti. Manakala untuk rawatan berhenti merokok terdapat banyak kaedah yang boleh dicuba, pertama dengan kaedah ubat-ubatan, terapi gentian nikotin, akupuntur, spiritual dan keagamaan dan. Banyak lagi. Terdapat juga orang atau organisasi yang mempunyai cara-cara tertentu yang boleh membantu berhenti merokok.

Jika para perokok ingin mencuba haruslah memastikan bahawa cara yang dicadangkan mempunyai kajian secara saintifik tentang keberkesanannya. Gegala yang biasa dialami oleh perokok apabila berhenti merokok seperti keresahan, kemurungan sakit kepala, sembelit ,kebas-kebas dan pelbagai lagi. Tetapi ini adalah gangguan sementara sahaja.Ianya tidak semestinya akan berlaku pada semua orang. Dengan mengambil rawatan dengan ubat Varennicline,gejala ini lebih terkawal dan tidak begitu menggangu.

Kesimpulannya perokok haruslah yakin bahawa anda mampu untuk berhenti merokok. Ia adalah satu pencapaian peribadi yang amat tinggi. Untuk berhenti merokok,perokok memerlukan motivasi tinggi, keazaman dan daya usaha yang gigih.

Judul : Nak Tak Berhenti Merokok?
Pengarang : Dr Norman M Norawi
Penerbit : TrueWealth Sdn Bhd
TahunTerbit : 2009
Harga : RM 29.90
Muka surat : 128
Rating: -


Disediakan oleh :                              Disemak oleh :


Ruzimah binti Muhamad                                                                     Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan     Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                           PAD Maran

No comments: