Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, December 13, 2019

Buku HEAD WITH SERBAN 2 : NAJMI NAWAWI : 2017

PD JAMBU RIAS BENTONG – BIL 11/2019
Buku HEAD WITH SERBAN 2 : NAJMI NAWAWI : 2017

TAJUK BUKU    :  HEAD WITH SERBAN 2
NOMBOR PEROLEHAN:  EJAM000915
NOMBOR PANGGILAN:  297.74
ISBN        :  -
BAHASA        :  MALAYSIA
KATEGORI    :  AGAMA
ULASAN        :

Mukadimah buku ini sangat menarik dengan untaian mutiara kata ‘Kalau dunia ini indah, sudah pasti kita tidak berhajat untuk ke Syurga’. Disusuli pula dengan penerangan setiap certia dan mukasurat.  Terdapat 36 kisah yang dinukilkan.  Ini bermakna pembaca boleh memilih untuk membaca mengikut turutan atau memilih tajuk mengikut minat.  Setiap cerita diselang dengan kata pengingatan secara sinis atau kiasan untuk memberi impak kepada pembaca. 

Setiap cerita membawa maksud yang tersendiri.  Cerita ikanologi misalnya memberi fokus kepada konsep istiqomah.  Bagaimana seekor ikan yang mengekalkan rasa manis isinya wlau tinggal dilautan penuh garam.

Teguran terhadap drama dan tajuk serta cerita novel dalam karya buku-buku dambaan remaja juga turut diselitkan.  Bagaimana certai-cerita yang tidak memberi pengajaran moral malah menghayalkan begitu mendapat sambutan.  Bagaimana kehidupan dan minda boleh berubah sendangkan setiap satu yang disajikan menjurus kepada kealpaan dan tidak membina minda positif.   Betapa siaran television menyajikan cerita-cerita telenovela yang mengkisahkan tentang kehidupan dalam dunia orang kaya-raya dan menjalankan bisnes seolah-olah kehidupan di sekitar dipenuhi oleh jutawan belaka. Jadi bagaimana untuk membentuk pemikiran positif jauh sekali membentuk umat yang menginsafi diri.  Tidak ketinggalan cerita-cerita hantu.

Kesemua cerita yang ditrampilkan dalam buku ini memupuk rasa rendah diri, menginsafi dan tidak bangga atau ego.  Membentuk keperibadian mulia dalam mencari keredhaan Allah.  Buku ini menggunakan saiz teks 8,  tidak membantu proses pembacaan dengan selesa untuk warga emas.

Pengarang        :  NAJMI NAWAWI
Tahun Terbit        :  2017
Mukasurat        :  119
Rating            :  7/10

Disediakan oleh    : 
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Desa Jambu Rias

No comments: