Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, December 13, 2019

BUKU Khalifah Zuhud Bin Abdul Aziz : Muhammad Nurudin Marbu Al-banjari Al-Makki

BUKU Khalifah Zuhud Bin Abdul Aziz : Muhammad Nurudin Marbu Al-banjari Al-Makki

JUDUL BUKU    :    Khalifah Zuhud Bin Abdul Aziz   
N0.PENGKELASAN    :    297.61 BAN   
ISBN         :    978-967-10713-1-1
PENGARANG    :    Muhammad Nurudin Marbu Al-banjari Al-Makki
TARIKH / TAHUN     :    2002    2012
EDISI BAHASA     :   Bahasa Malaysia
HARGA         :   RM 22.00

ULASAN        :
Selepas kewafatan Rasulullah SAW, muncul beberapa orang pemimpin terpuji demi menyambung legasi sebagai khalifah Allah di muka bumi. Umar bin Abdul Aziz, salah seorang tokoh pemimpin agung yang Allah kurniakan keperibadian yang luar biasa.
   
Kepimpinan serta corak pemerintahannya menjadi modul dan ikon bagi pemimpin sepanjang zaman hingga bergelar Mujaddid Kurun Pertama.
   
Buku ini membincangkan sejarah dan rantaian perjalanan hidup Khalifah Umar selain memaparkan corak pemerintahan beliau pada zamannya.
   
Selain itu, buku ini turut merungkai kepekaan beliau terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Keadilan dan kejujuran Khalifah Umar yang berlandaskan iman dan takwa menjadi tunjang pemerintahan beliau.
   
Oleh itu, buku ini wajar dimiliki oleh semua individu dalam usaha untuk memahami dan mempelajari ciri-ciri kepimpinan terpuji yang sewajarnya ada bagi seorang pemimpin terbaik di dunia dan di akhirat.

DISEDIAKAN OLEH     :   
PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI

No comments: