Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, December 9, 2019

Buku: Mendorong Diri Sendiri : Ainon Mohd & Abdullah Hassan : PTS Millenia : 2002

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2019



No Perolehan : 02-01938
No Panggilan : 158.1 AIN
ISBN : 9833604722
Kategori : Dewasa

Ringkasan/ Ulasan :

Buku ini mengandungi idea dan strategi bagi membantu anda mendorong diri sendiri. Ia dipenuhi fakta dan hasil kajian pakar dalam pelbagai bidang. Buku ini juga akan mengubah persepsi anda terhadap definisi kejayaan dan kegagalan. Kejayaan bukan sekadar mendapat gred A, menjadi kaya ataupun memungut pingat emas.

Ia lebih daripada itu. Kegagalan pula bukanlah perkara yang memalukan, Ia suatu proses pembelajaran dalam kehidupan.Individu yang gagal lazimnya menyalahkan faktor di luar diri mereka sebagai punca yang menyebabkan mereka gagal.

Pelajar yang tidak lulus menyalahkan sekolah,guru dan soalan peperiksaan. Peniaga yang gagal menyalahkan pesaing, kerajaan dan lain-lain. Jarang sekali mereka menyalahkan diri sendiri. Orang yang berjaya ialah orang yang dapat melakukan sesuatu dengan sebaik-baik keupayaannya,di dalam aspek-aspek yang penting dalam kehidupannya. Dengan memfokuskan kepada perubahan persepsi dan sikap,mendorong diri sendiri memberi inspirasi kepada mereka yang ingin merealisasikan potensi diri.

Sesuai dibaca oleh mereka yang ingin berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan apa sahaja.

Judul : Mendorong Diri Sendiri
Pengarang : Ainon Mohd & Abdullah Hassan
Penerbit : PTS Millenia Sdn.Bhd
TahunTerbit : 2002
Harga : RM 14.00
Muka surat : 128
Rating: -

Disediakan Oleh :                              Disemak oleh :

Ruzimah Binti Muhamad                                                                    Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan     Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                           PAD Maran

No comments: