Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, December 9, 2019

Buku Perisai Buat Wanita : AIROL IRWAN LIMIN : 2013 : UTUSAN PUBLICATIONS

ULASAN BUKU OKTOBER 2019 PERPUSTAKAAN DESA BENTA
Buku Perisai Buat Wanita : AIROL IRWAN LIMIN : 2013 : UTUSAN PUBLICATIONS

ISBN            : 978-967-61-2606-1
Call No            : 305.42 AIR
Harga            : RM 28.00
Penulis            : AIROL IRWAN LIMIN
Tahun Diterbitkan    : 2013
Penerbit        : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN BHD
Bahasa            : Melayu

Buku “Perisai Buat Wanita” adalah sebuah buku yang menceritakan tentang bagaimana kehidupan golongan wanita dan remaja perempuan yang melibatkan mangsa wanita dan lelaki perosak.Buku ini mengajar dan mendidik bagaimana untuk melayari perhubungan cinta sesama manusia agar tidak mudah terjerat ke kancah permainan lelaki perosak.

Golongan wanita telah diberi panduan tentang bagaimana untuk mengenali dan menilai lelaki samaada melalui tutur kata,,pandangan mata mahupun sentuhan pertama mereka.Selain itu ia juga menitikberatkan tentang pembawaan watak selaku seorang isteri terhadap suami agar si suami tidak mudah beralih arah.

Kadar percintaan dan keutamaan meletakkan percintaan juga dibangkitkan sebagai pembuka hati dan perasaan agar tidak sekali-kali mendambakan cinta sesama manusia melampaui cinta ilahi.
Buku ini menyentuh mengenai perhubungan yang terjalin dalam kalangan remaja dari peringkat sekolah,pengajian tinggi dan golongan wanita.Buku ini juga tidak terhad kepada yang bekerjaya sahaja.Ia juga menyentuh perihal pasangan suami isteri tentang hak dan tanggungjawab masing-masing.

Buku ini bukan sahaja sesuai kepada pembaca beragama islam tetapi boleh dijadikan panduan kepada pelbagai bangsa dan agama.Buku ini seharusnya dimiliki oleh setiap rumah,pusat sumber,sekolah,institusi pengajian tinggi,badan-badan kerajaan dan swasta serta semua golongan wanita.

Ulasan oleh,
SUZILAWANA BINTI JAMALUDIN
PERPUSTAKAAN DESA BENTA

No comments: