Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Friday, December 13, 2019

Buku Hijab : Aida Adia : Buku Prima 2019

ULASAN BUKU PAD BENTONG – Bil. 11/2019
Buku Hijab : Aida Adia : Buku Prima 2019

No. Perolehan    : DBEN 001312
Call No        : F AID
ISBN        : 9789674463397
Bahasa        : Melayu
Kategori    : NOVEL SERAM

Ulasan : “HIJAB” sebuah kisah seram pada abad ini. Watak utama iaitu Annisa Faiha yang pada mulanya taat perintah Alllah telah alpa setelah kematian ibu serta adiknya. Keluarga Annisa sering dianiaya oleh pengamal ilmu hitam,dan disebabkan itu jugalah punca kematian ibu serta adiknya. Annisa Faiha nekad untuk membalas dendam.

Apabila jiwa kosong dan telah dikuasai oleh dendam yang mendalam Annisa tidak dapat membezakan antara baik dan jahat. Lalu jiwanya dikuasai oleh syaitan. Kelebihannya yang dimiliki telah membuatkan dia lupa diri dan riak setelah mengetahui bahawa dia dibuka hijab pancaindera.

Annisa telah menggunakan kuasa itu untuk membalas dendam kematian dua insan tersayang. Setelah dendam terbalas Annisa telah diculik oleh makhluk ghaib. Persoalannya adakah Annisa Faiha dapat kembali ke dunia nyata atau sebaliknya.

Marilah kita sama-sama habiskan membaca novel seram “HIJAB”.       

Nama Fail        : Ulasan Buku PAD Bentong bil. 11/2019
Judul            : Hijab
Pengarang        : Aida Adia
Penerbit        : Buku Prima
Tahun Terbit    : 2017
Harga            : RM 24.00
Muka Surat        : 370
RATING        : 5/5

Disediakan Oleh    :
Norazmah Binti Abdul Rani
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

No comments: