Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, December 9, 2019

Buku Jejak Seorang Pemimpin. Sejarah lisan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali : MPH Group Publishing : 2014

Buku Jejak Seorang Pemimpin. Sejarah lisan Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali : MPH Group Publishing : 2014


No Perolehan: DMAR 19-008425
ISBN: 978-967-415-242-0
Kategori: Biografi
Ringkasan/ Ulasan:

Tun Dr Siti Hasmah telah dilahirkan di Kampung Jawa, Klang pada tahun 1926. Ayah beliau berkerja sebagai kerani di Pejabat Kesihatan Klang. Itulah penglibatan terdekat ayah beliau dalam bidang kesihatan dan akhirnya beliau menjadi pegawai kesihatan.

Tun Dr Siti Hasmah adalah salah seorang wanita Melayu yang terawal yang menjadi doktor perubatan di Malaysia.

Dengan profesion tersebut, beliau telah berjaya mencapai kejayaannya yang tersendiri dan telah mencipta pengalaman-pengalaman luas sebagai pegawai perubatan kerajaan yang bermula sejak pertengahan tahun 1950an.

Beliau berkahwin dengan Tun Dr Mahathir Mohamed pada Ogos 1956.Pada tahun 1979 Tun Dr Mahathir Mohamed telah dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.Sebagai isteri kepada seorang Timbalan Perdana Menteri ,Tun Dr Siti Hasmah sedar betapa penting tugas suaminya dan betapa pentingnya tugas beliau sebagai seorang isteri untuk sentiasa berada di sisi suaminya.

Sebagai seorang isteri kepada Timbalan Perdana Menteri yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun, Tun Dr Siti Hasmah telah memainkan peranannya sebagai seorang isteri yang sentiasa berada selangkah dibelakang suaminya.Penglibatannya yang bersahaja telah membuatkan beliau dihormati dan disayangi.

Judul: JEJAK SEORANG PEMIMPIN
Pengarang: -
Penerbit: MPH Group Publishing Sdn Bhd
Tahun Terbit: 2014
Harga: RM 20.00
Muka surat: 179
Rating :

No comments: