Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, November 7, 2019

Dah Gemuklah! /Tunku Halim /MPH Group Printing (M) Sdn Bhd /2018

ULASAN BUKU OGOS 2019
No Perolehan        :EPAL 18/001691
ISBN            : 978-967-415-454-7
Kategori        :Teknologi

Ringkasan / Umum    :
Buku “DahGemuklah!” ini merumuskan “20 Rahsia Untuk Perut Kempis?” “5 Makanan Yang Harus Dielakkan?”.

Ianya mungkin tidak akan membantu anda.
Tetapi tidak mustahil jika mengikut 30 langkah yang sempurna!.

Sukar untuk hilang lebihan berat badan untuk rakyat Malaysia kerana didedahkan kepada makanan yang enak di keliling kita. Buku ini cukup komprehensif, dihidangkan secara santai walaupun adakalanya serius, menjelaskan kepada anda apa yang harus diketahui untuk menghapuskan berat berlebihan.

Andaakan sedar betapa selama ini maklumat yang diperoleh tidak tepat.

Justeru pembacaan ini akan menjelaskan dengan mudah istilah sains dan nutrisi yang relevan di sebalik penurunan berat badan.

Tiga puluh cara sempurna ini boleh membantu dengan berkesan, sangat fleksibel dan praktikal, jadi anda ada pilihan yang mana satu sesuai dengan gaya hidup anda.
Dengan buku ini, anda kini boleh mencapai hasil yang sihat sepanjang hayat bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga keluarga dan mereka yang disayangi.

Selamat membaca!!!

Judul            :     “Dah Gemuklah!”
Pengarang        :    Tunku Halim
Penerbit        :     MPH Group Printing (M)Sdn Bhd
TahunTerbit        :     2018
Harga            :     RM 25.00
Mukasurat        :    171
Rating            :-

DisediakanOleh:                        DisemakOleh :
Noraziah Binti Abd. Razak                    Norkamila Binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                    Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai                            PAD Pekan

Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis /Sidek Mohd Noah /Universiti Putra Malaysia /2018

ULASAN BUKU OGOS 2019
Buku Ringkasan Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis
Penerbit Universiti Putra Malaysia
No Perolehan: DPEK 18- 005987
Isbn: 978-983-237-338-4

Ringkasan / Umum
PENYELIDIKAN merupakan suatu proses saintifik.

Seorang penyelidik wajar sedar tentang beberapa peringkat di dalam penyelidikan dan perlu menguasai kemahiran melaksanakan proses penyelidikannya pada peringkat yang berkenaan. Penyelidik yang tekun dan beriltizam dalam tugasnya akan dapat merasakan kepuasan apabila hasil kajiannya dapat disempurnakan.

Buku ini memberi panduan kepada penyelidik yang baru berjinak-jinak dengan dunia penyelidikan.

Selain itu, menariknya buku ini kerana ia turut mengemukakan beberapa petua kepada penyelidik tentang cara memudahkan analisis data dalam usaha menulis laporan kajian.
Pengarang turut membimbing penyelidik tentang cara mengatasi masalah yang sering berlaku dalam penyelidikann sains sosial terapan berhubung kejituan dapatan kajian.

Tumpuan juga dititikberatkan pada penetuan jenis persempelan apabila ujian statistik diguna bagi memastikan kejituan analisis data dalam menjalankan penyelidikan.

Aspek cara memperoleh kebolehpercayaan yang tinggi dalam penggubalan soal selidik juga diberi tumpuan.

Di samping itu, pengarang mengemukakan pentingnya etika penyelidikan dipatuhi oleh para penyelidik.

Judul: Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis
Pengarang: Sidek Mohd Noah
Penerbit: Universiti Putra Malaysia
Tahun Terbit : 2018
Harga: Rm 40.00
Muka Surat: 265
Rating:-

Disediakan Oleh:                        Di semak Oleh :
Isham bin Hamzah                          Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                    Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan                            PAD Pekan

Ulam dan Sayuran Tempatan /Rukayah Aman /Dewan Bahasa dan Pustaka /2018

No Perolehan :  DMAR 18-006827
ISBN: 978-983-617219
Kategori: Sains Tulen

Ringkasan / Umum :Sains Tumbuhan
Buku Ulam dan Sayuran tempatan Semenanjung Malaysia Edisi Kedua menerangkan ciri morfologi, kegunaan dan khasiat 119 spesies dengan bantuan gambar-gambar agar dapat dikenal pasti oleh sesiapa sahaja terutama generasi muda. Selain untuk bacaan umum.

Buku ini berguna sebagai bahan rujukan pelajar sekolah serta mereka yang meminati alam tumbuhan.

Judul: Ulam dan Sayuran tempatan
Pengarang: Rukayah Aman
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2018
Harga: Rm 50.00
Muka surat: 316
Rating:-

Disediakan Oleh:
Ruzimah Binti Muhamad
Pembantu Pustakawan
PAD Maran

Disemak oleh:
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Maran

Padanya Ada Hikmah /Muhaya Mohamad Bahruddin Bekri /PTS Litera Utama Sdn.Bhd /2012

No Perolehan : 12-01083
No Panggilan : 153.8 MUH
ISBN : 9789674081072
Kategori : Dewasa



Ringkasan/ Ulasan :
Kadangkala hati menyangka, kisah yang terjadi kepada kita tidak ada kesenangan padanya.

Kadangkala hati juga bertanya, mengapa Tuhan memberikan kisah yang tidak ada manisnya.

Mungkin kita lupa,Tuhan itu Maha penyayang lagi Maha Pengasih.
Lalu pada setiap kisah yang diberikan kepada manusia,
Dia menyisipkan kasihNya.

Semua itu disembunyikan pada kata yang bernama hikmah.

Inilah 35 kisah penuh hikmah,
yang terinspirasi daripada pengalaman
Prof. Dr. Muhaya.

Dalam buku ini banyak watak yang di wujud.
Semuanya demi menghidupkan inti pati
daripada kisah beliau.

Semoga teladan daripada buku ini ,
kita semua mendapat panduan berguna dan
rahmat daripada Allah s.w.t.

Judul : Padanya Ada Hikmah
Pengarang : Muhaya Mohamad Bahruddin Bekri
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn.Bhd
TahunTerbit : 2012
Harga : RM 13.00
Muka surat : 120
Rating: -

Disediakan Oleh :                            Disemak oleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah                                                     Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan     Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                           PAD Maran

Jom Melukis Figura Manusia /Hazwan Zai Ibrahim /Yamani Angle Sdn.Bhd /2012

No Perolehan :12-00634
No Panggilan :743.4 HAZ
ISBN :
Kategori : Dewasa


Ringkasan/ Ulasan :
Melukis figura adalah salah satu kemahiran asas yang penting kepada seseorang
untuk merealisasikan sesuatu hasil seni.

Kemahiran ini boleh digunakan dalam pelbagai aspek sama ada dalam kerjaya atau pun kehidupan seharian.

Buku ini ditulis untuk berkongsi bakat dan pengetahuan asas yang berkaitan. Buku ini terbahagi kepada empat bab yang perlu dihayati dan perlu dipraktikkan oleh anda dan anak-anak.

Contoh-contoh lakaran diberikan untuk memudahkan para pembaca menghayati isi kandungan buku ini dengan lebih baik dan berkesan.

Selain itu, ia juga dapat memudahkan pembaca membuat amali untuk menguasai kemahiran melukis atau melakar figura.

Dengan perkongsian pengetahuan ini kemahiran melukis figura dapat dikuasai dengan mudah dan baik.

Kemahiran ini perlu supaya semua orang boleh memanfaatkannya dalam berinteraksi dengan siapa sahaja dan dalam apa jua keadaan.

Judul : Jom Melukis Figura Manusia
Pengarang : Hazwan Zai Ibrahim
Penerbit : Yamani Angle Sdn.Bhd
TahunTerbit : 2012
Harga : RM 17.00
Mukasurat : 97
Rating: -

Disediakan oleh :                            Disemak oleh :
Mohd Jefri Amri Bin Awang Ngah                                                   Zulkepli Bin Haron
Pembantu Pustakawan                                                                       Ketua Perpustakaan Daerah
PD Chenor                                                                                         PAD Maran

Amalan ibu mengandung. Siti Norbahyah Mahamood. Telaga Biru Sdn. Bhd. 2017

No Perolehan : ELUI000719
No. Panggilan :
ISBN: 978-967-388-288-5
Kategori: Dewasa

Ringkasan/ Ulasan:
Wanita atau ibu yang sedang mengandung sentiasa memikirkan masa depan anak yang bakal lahir. Sesungguhnya perasaan ibu semuanya sama iaitui ngin anak yang sihat, baik dan cemerlang.  Oleh itu, apakah usaha ibubapa untuk membentuk sifat baik dalam diri anaknya sejak di dalam kandungan lagi.

Sudah tentulah dengan berpandukan Al-Quran  yang merupakan sumber ilmu dan ketenangan.

Buku ini mengandungi amalan dan petua yang amat berguna kepada mereka yang bakal bergela ibu. Buku ini mengandungi 25 bab. Bab pertama adalah asal kejadian manusia sehinggalah bab ke 25 iaitu kasih teruji.

Buku ini amat menarik kerana penuh dengan gambar, lukisan, carta, jadual dan infografik untuk menerangkan kaedah yang paling tepat supaya mudah difahami pembaca.

Judul: Amalan ibu mengandung
Pengarangn: Siti Norbahyah Mahamood
Penerbit: Telaga Biru Sdn. Bhd
TahunTerbit: 2017
Harga: RM 25.00
Mukasurat: 223
Rating: -

Disediakan oleh :                       
Nurulain Bt Mahidin @ Mahasan                       
Pembantu Perpustakaan                   
Perpustakaan Desa Luit

Disemak oleh:                           
Zulkepli Bin Haron
Ketua Perpustakaan Daerah Maran

Monday, November 4, 2019

Buku: Aku Bukan Ustaz “Usaha Dakwahku”

ULASAN BUKU OKTOBER 2019
Buku: Aku Bukan Ustaz “Usaha Dakwahku”

No Perolehan        :EPAL 18/001895
ISBN            : 978-967-13754-0-2
Kategori        :Agama

Ringkasan / Umum    :

Buku Aku Bukan Ustaz “Usaha Dakwahku” ini merumuskan banyak kejadian  yang menimpa diri beliau dan pelbagai ragam manusia beliau temui sewaktu menjalani kehidupan, ada yang indahdanada yang mendukacitakan.

Itulah Allah yang sentiasa saying dan kasihkan hamba-Nya, Cuma kita sahaja yang perlu menzahirkan kasih saying kita kepada  Allah. Tepuk dada anda dan Tanya iman anda, yang baik semuanya datang daripada Allah hanya kita sahaja perlu petik dan ambil kebaikan yang Allah berikan kepada kita.

Begitu kehidupan yang akan kita tempuhi pada akan datang. Setiap yang ada di dalam buku ini, beliau sebagai penulis menyenaraikan amalan-amalan yang basic.

Dimana ia memang sudahada di dalam diri kita yang Islam ini. So…!!
Masih dibuai mimpi indah ke…??

Tidak mengapa awak-awak semua.
Kita mimpi indah dengan Allah yer…lagi best…!!

Dulu bonda selalu pesan,
“Pergi sekolah belajar rajin-rajin.
Dah besar boleh jadi orang berjaya…”

Di situ beliau simpulkan bahawa jadi orang berjaya adalah berjaya dunia dan akhirat.

Semoga kita menjumpai apa yang dicarikan selama ini. Selamat membaca!!!

Judul            :     Aku Bukan Ustaz “Usaha Dakwahku”
Pengarang        :    Zulkifli Suliaman
Penerbit        :     Miril Brother Enterprise
TahunTerbit        :     2016
Harga            :     RM 10.00
Mukasurat        :    158
Rating            :-

DisediakanOleh:                        DisemakOleh :
NoraziahBintiAbd.Razak                    NorkamilaBinti Mahmud
PembantuPustakawan                    KetuaPerpustakaan Daerah
PD PalohHinai                            PAD Pekan

Buku: Sebuah kajian: Ilmiah Ahli sihir ke tali gantung. Buku paling ditakuti ahli sihir kini sudah tiba.

ULASAN BUKU OKTOBER 2019
Buku: Sebuah kajian: Ilmiah Ahli sihir ke tali gantung. Buku paling ditakuti ahli sihir kini sudah tiba.

No Perolehan :EPER 19-001773
ISBN: 978-967-0142-47-0
Kategori: Agama

Ringkasan / Umum :
Buku Ahli Sihir ke tali gantung tulisan Mahyuddin Ismail ini dapat membantu pembaca dengan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan penulisan fakta, pengumuman dan nota sebagai rujukan dan mudah difahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh pencarian info pengurusan.

Buku Ahli Sihir ke tali gantung merupakan koleksi buku yang  sangat diperlukan oleh masyarakat Malaysia bagi mengetahui kegiatan jahat ahli sihir.

Buku ini memberikan pengetahuan kepada pembaca tentang kes-kes yang dilakukan oleh ahli sihir, buku ahli sihir ke tali gantung bukan buku biasa, ini adalah olahan tesis Ph.D dalam bidang undang – undang.

Bukan sahaja padat dan lengkap, bahkan kini bahsa dan isinya dipermudahkan. Ahli sihir ke tali gantung menawarkan kita proses menangkap si penyihir saat akhir dia tersungkur di tali pengadilan.

Judul: Ahli sihir ke tali gantung
Pengarang: Mahyuddin Ismail Ph.D.
Penerbit: PTS Millennia sdn. bhd
TahunTerbit: 2011
Harga: Rm 25.00
Mukasurat: 366
Rating:-

Disediakan Oleh:                        Di semak Oleh :
Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah        Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                    KetuaPerpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3    PAD Pekan

Buku: Apa Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Darah Manusia oleh Zefarina Zulkafli

OKTOBER 2019
Buku: Apa Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Darah Manusia oleh Zefarina Zulkafli

No Perolehan :  DPEK 18 - 005062
ISBN: 978 -  983– 49– 1355– 7
Kategori:  Perubatan

Ringkasan / Umum :   Buku ini berkisar tentang darah manusia . Darah yang sebagaimana di ketahuai adalah cecair di dalam tubuh  badan manusia yang sentiasa mengalir di dalam salur darah.

Ia terdiri daripada plasma dan sel darah. Sel darah manusia terdiri daripada 3 jenis sel darah, iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

Darah mempunyai fungsi yang penting dalam tubuh kita,iaitu membekalkan oksigen dan nutrisi,mengawal atur suhu badan manusia,mengangkut zat-zat kimia seperti hormon, menyirkirkan bahan toksin, mengangkut gas karbon dioksida dan sistem pertahanan badan daripada jangkitan kuman.

Kandungan buku ini menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci tentang kandungan, struktur, fungsi dan penyakit berkaitan darah manusia.

Buku ini juga disertai  dengan gambar berwarna dan ditulis dengan bahasa yang mudah supaya pembaca mendapat gambaran yang jelas tentang darah manusia Akhirnya  diharap dapat menambah dan memantapkan lagi ilmu pengetahuan serta dapat manfaat oleh semua lapisan masyarakat

Buku: Apa Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Darah Manusia
Pengarang:  Zefarina Zulkafli
Penerbit: Dwan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM24.00
Muka surat: 141
Rating:-

Disediakan Oleh:                        Di semak Oleh :
Kamariah Bt Omar                          Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                    Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan                            PAD Pekan

BUKU: Destar Alam Melayu oleh Johan Iskandar

NO. PEROLEHAN :DBER 19-008431
CALL NO. : R 391.430 JOH
ISBN : 978-967-16572-0-1
BAHASA :BAHASA MELAYU
KATEGORI : Sains Kemasyarakatan

ULASAN:
Pemakaian dan Perhiasan Kepala Bagi Masyarakat Melayu terdahulu dikenali sebagai Destar.  Pelbagai bentuk dalam pemakaian destar seperti Tanjak, Tengkolok Lelaki, Tengkolok Perempuan, Getam, Songkok dan Semutar. Pelbagai  rekaan destar mempunyai maksud yang tersendiri dan tidak dipakai sebarangan.

Desatar  juga menyimpan sejarah yang tersurat dan tersirat serta  rahsia asal-usul pada zaman dahulu. Kebanyakan destar warisan Melayu yang asli telah hampir pupus digantikan dengan rekaan baru yang tidak mempunyai sejarah dan asal-usul.

Destar juga digunakan dalam aktiviti harian dan juga untuk adat-isitiadat. Pemakaian destra sekarang semakin popular dari hari ke hari termasukalah sambutan hari kebesaran umat islam hari Raya Adilidfitri dan Sambuatan Kemerdekaan Tanah Melayu.

JUDUL : Destar Alam Melayu
PENGARANG : Johan Iskandar
PENERBIT : Akademi Seni Tradisional Warisan Melayu
TAHUN TERBIT :2018
HARGA :RM162.50
MUKA SURAT :138
RATING :5/5

Buku: Bidadari oleh Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail

ULASAN BUKUSEPTEMBER 2019

No Perolehan        :EPAL 18/001833
ISBN            : 978-967-86-0847-3
Kategori        :Agama

Ringkasan / Umum    :
Buku  Bidadari ini merumuskan ciri-ciri yang telah digarap secara tidak langsung dalam bentuk amalan kehidupan seharian, sama ada sebagai ibu, isteri mahu pun seorang anak.

Buku ini telah diolah dengan bahasa perbualan yang santai serta mudah difahami serta mengandungi tips  dan panduan bagi mencapa ihasrat wnita berperibadi mulia.

Diharap dengan gaya penulisan yang mesra pembaca ini membolehkan mesejnya menyentuh ke dalam hati dan fikiran para membaca seterusnya giat meneruskan kehidupan seharian dengan iltizam dan cara yang menjadikan kita berperibadi mulia untuk mencapai sejahtera.

Moga Hasrat ini diperhitungkan oleh Ilahi kelak.Selamat membaca!!!

Judul            :     Bidadari
Pengarang    :    Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail
Penerbit        :     GroupBukuKarangkrafSdnBhd
TahunTerbit  :     2018
Harga            :     RM 25.00
Mukasurat     :    176
Rating           :-

DisediakanOleh:                        DisemakOleh :
Noraziah Binti Abd.Razak                    Norkamila Binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                    Ketua Perpustakaan Daerah
PD PalohHinai                            PAD Pekan

Buku: Oh! Mudahnya Jahit Baju Melayu Langkah demi langkah oleh Noriss Nur

ULASAN BUKU SEPTEMBER 2019
Buku: Oh! Mudahnya Jahit Baju Melayu Langkah demi langkah

No Perolehan :EPER 18-001821
ISBN: 978-967-86-0859-6
Kategori: Teknologi
Ringkasan / Umum :

Buku Oh! Mudahnya jahit baju melayu tulisan Noriss Nur ini dapat membantu pembaca dengan tip-tip dan olahan terperinci pada setiap bab serta memuatkan contoh-contohpenulisan, pengumuman dan gambar sebagai rujukan ringkas dan mudah di fahami serta sesuai dijadikan sebagai contoh teknik rujukan.

Oh! Mudahnya jahit baju melayu merupakan koleksi buku yang memberi contoh tulisan teknik jahitan dangar is panduan ukuran jahitan, buku ini menampilkan cara-cara menjahit baju melayu cekak musang dan teluk belanga.Bermula daripada membuat pola sehingga menjahit, ditunjukan didalam langkah demi langkah yang mudah difahami. Bagi yang ingin mencari buku menjahit baju melayu, boleh jadikan buku ini sebagai rujukan.

Judul: Oh! Mudahnya Jahit Baju Melayu Langkah demi langkah
Pengarang: Noriss Nur
Penerbit:Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd
TahunTerbit: 2018
Harga: RM 45.00
Mukasurat: 83
Rating:-

DisediakanOleh:                        Di semakOleh :
MuhamadNurSyukran Bin MuhamadHanafiah        Norkamilabinti Mahmud
PembantuPustakawan                    KetuaPerpustakaan Daerah
PD Peramu Jaya 3    PAD Pekan

Buku: Penduduk Bumi Sebelum Kita.

SEPTEMBER 2019

No Perolehan :  DPEK-004777
ISBN: 978-967-5391-35-4
Kategori: Agama
Ringkasan / Umum :
Para ilmuan berpendapat,Bahawa bumi ini telah wujud lebih dari 1000 juta tahun yang lalu.Sebahagian besar rangkaian hidup masa yang lalu yang hidup dan menguasia planat ini.Kehidupan manusia di katakana wujud selepas kebinasaan makhluk yang terdahulu.

Hasil pertemuan daripada kubur-kubur,artifak.serta batu bertulis beserta gambar menambahkan bukti bahawa kehidupan masa lalu sebenarnya pernah menghuni bumi di mana kita berpijak zaman sekarang.Malangnya semua itu seperti tenggelam dan lenyap untuk tatapan dan rujukan generasi kita sekarang.Jadi Siapakah Penghuni bumi sebelum manusia.Surah (al-Hijr ayat 26-27)

Judul: Penduduk Bumi Sebelum Kita.
Pengarang: Muhammad Isa Dawud.
Penerbit: Hijjaz Records Publishing.
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM 27.90
Muka surat: 230
Rating:-

Disediakan Oleh:                        Di semak Oleh :
Mohammad Humaizi Hamzah      Norkamila binti Mahmud
Pembantu Operasi                        Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan                            PAD Pekan

Buku: I’m Not A Monster oleh Sara Aisha

No Perolehan: DTEM 007599
ISBN: 978-967-2102-52-6
Kategori: F SAR
Ringkasan/ Ulasan

I’m Not A Monster mengisahkan tentang sisi gelap Ishikawa Ryu. Dimatanya kosong dan tiada perasaan. Bergelut dengan segala macam kejahatan dan dosa. Sehingga suatu hari Ishikawa Ryu bertemu dengan Maya.

Maya seorang gadis bisu yang dipenjarakan di rumahnya. Bila-bila masa boleh melarikan diri dari Ryu, tetapi Maya terus tinggal di situ tidak mahu pergi.

Sehingga suatu hari yang gelap Rex datang dan pelarian Ryu dan Maya bermula.  Ketahui kisah aksi dan cinta Ryu dan Maya dengan membaca buku ini.

Semoga anda terhibur.

Judul: I’m Not A Monster
Pengarang: Sara Aisha
Penerbit: Penulisan2u
Tahun Terbit: 2018   
Harga: RM29.00
Muka surat: 662
Rating: 5

Ulasan Oleh :
Puan Zulaiha Ahmad,
PAD Temerloh

Buku: Solitude oleh Dr. Farhan Hadi


No Perolehan: ESAN 002080
ISBN: 978-967-13375-8-5
Kategori: D 297.382 FAR
Ringkasan/ Ulasan

Hati  yang tenang adalah suatu yang membahagiakan, sebagai seorang mukmin kita diingatkan supaya sentiasa berzikir kepadaNya. Latihlah lidah dan hati agar sentiasa berzikir tanda kita merinduiNya. Zikir satu ibadah yang mudah, tiada batas waktu.

Oleh itu jangan dibiarkan hati kita kosong kerana jika ia kosong tempatnya nanti akan diisi oleh benda-benda yang tidak baik seterusnya hati akan menjadi hitam. Perbanykkanlah berzikir agar hati kita sentiasa tenang.

Judul: Solitude
Pengarang: Dr. Farhan Hadi
Penerbit: Sebarkan Bahagia Sdn Bhd.
Harga: RM 17.00
Muka surat: 71
Rating: 4
Ulasan oleh :

Puan Juwahi Md Amin,
Pembantu Pustakawan,
PD Siber Sanggang

Buku: Tab Tee Laa oleh Dr Farhan Hadi

No Perolehan: 002083
ISBN: 978-967-13375-5-4
Kategori: 297.57
Ringkasan/ Ulasan

Buku TAB TEE LAA buku ini adalah mengisahkan tentang bagaimana mempunyai kehidupan yang diredhai dan dirahmati oleh Allah S.W.T. Di dalam buku ini juga mengajar kita cara bagaimana menghargai sebuah kehidupan.

Buku ini banyak mengajar erti bersyukur,redha dan mengawal nafsu dari digoda oleh syaitan.

Kepada yang suka atau ingin belajar atau mengetahui tentang sebuah kehidupan yang harmoni atau ingin berubah mejadi lebih baik  boleh membaca buku ini sebagai bahan rujukan untuk dijadikan panduan.

Semoga buku ini dapat memberikan kita inspirasi untuk mengamalkan perkara-perkara yang boleh menafaatkan kehidupan dengan  penuh berkat.

Judul: Tab Tee Laa
Pengarang: Dr Farhan Hadi
Penerbit: Sebarkan Bahagia Sdn. Bhd.
Tahun Terbit:  2016
Harga: RM 23.00
Muka surat: 329
Rating: 4

Ulasan oleh:
Norasuryanti Binti Abdul Rapar,
Pembantu Pustakawan PD Kerdau

Buku: 50 Tanda-Tanda Orang Munafik

Buku: 50 Tanda-Tanda Orang Munafik
No Perolehan: EJEN002006
ISBN: 978-967-511-507-3
Kategori: 297.57
Ringkasan/ Ulasan

Buku yang bertajuk 50 Tanda-Tanda Orang Munafik ini untuk kita mengenal musuh dalam selimut yang seringkali strateginya membuatkan umat islam terpedaya dan tewas.

Sejarah membuktikan Islam bangkit bukan dengan jalan yang mudah sejak dari zaman Rasulullah s.a.w hingga ke hari ini tidak terlepas daripada dakyah dan propaganda orang-orang munafik yang amat jahat dan busuk hati terhadap kebenaran dan kejayaan islam.
   
Buku ini dapat menjadi peringatan dan pengajaran bagi umat islam dalam mengenal pasti  musuh Allah ini melalui sifat dan sikap mereka sebagaimana yang tercatat di dalam Al Quran dan Sunnah.

Judul: 50 Tanda-Tanda Orang Munafik
Pengarang:  DRS Hanafi Mohamad
Penerbit: Al Hidayah
Tahun Terbit:  2019   
Harga: RM6.00
Muka surat: 253
Rating: 3

Ulasan oleh: 
Norzini binti Majid,
Pembantu Pustakawan
PD Jenderak Loop

Buku: DARURAT 1948-1960 Keadaan Sosial Di Tanah Melayu

No Perolehan: DTEM 008544/19
ISBN: 978-983-100-229-6
Kategori: 959.5 HOH
Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengisahkan keadaan sosial di Tanah Melayu pada zaman Darurat
(1948-1960). Buku ini  memberikan penekanan kepada masalah, kesusahan dan penderitaan
penduduk Tanah Melayu semasa zaman darurat.Keadaan ini berlaku akibat keganasan komunis dan tindakan kerajaan dalam menangani komunis.

Pengaruh Darurat dan komunis ke atas hubungan kaum di Tanah Melayu juga diberikan penekanan dan perkembangan yang berlaku pada zaman Darurat yang menyebabkan meningkatnya ketegangan hubungan antara kaum di Tanah Melayu, khasnya di antara orang Melayu dan orang Cina.
   
Darurat yang berlangsung selama 12 tahun itu banyak menyaksikan kemusnahan dan
pergorbanan. Berharap buku ini boleh memberi manfaat kepada semua orang untuk lebih menghargai perjuangan orang zaman dahulu.
                                   
Judul: DARURAT 1948-1960 Keadaan Sosial Di Tanah Melayu
Pengarang: Ho Hui Ling
Penerbit: Universiti Malaya
Tahun Terbit: 2016   
Harga: RM 45.00
Muka surat: 337
Rating: 4

Ulasan oleh:
Farah Naz Alia binti Rosli,
Pembantu Pustakawan PAD Temerloh

Buku: MENCARI ISLAM DI CINA

JUDUL BUKU:             Mencari Islam Di Cina
N0.PENGKELASAN:    297.0951  ANN   
ISBN:    978-967-5426 -30-8
PENGARANG:    Ann Wan Seng
TARIKH / TAHUN:    2010   
EDISI BAHASA:    Bahasa Malaysia
HARGA:    RM 23.00
ULASAN:

Negara China seringkali dikagumi sebagai sebuah negara yang kaya dengan tradisi, tamadun dan peradaban yang tinggi. Negara itu mempunyai sejarah yang cukup panjang. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam turut memberi sumbangan yang penting di sebalik kejayaan China sebagai sebuah empayar yang dihormati selama berabad lamanya.


Kehadiran Islam di China dikesan sejak abad ke-7 dengan kehadiran beberapa orang sahabat nabi yang diutus untuk menyampaikan risalah Islam ke negara yang terkenal dengan tembok besarnya. Malahan sebelum kedatangan Islam, penduduk China sudah menjalinkan hubungan yang cukup rapat dengan para pedagang Arab.

Hasil dan kesan hubungan itu masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan tinggalan dari warisan Islam masih dipertahankan oleh penduduk Islam di China. Selain daripada cara hidup yang berlandaskan kepada al-Quran dan sunnah, bukti kegemilangan Islam di China dapat dilihat melalui berbagai-bagai monumen seperti masjid, makam para sahabat serta ulama dan lain-lain.

   
Buku ini bukan sekadar usaha untuk menjejaki tapak-tapak Islam di China tapi ia juga memberika gambaran kepada kita semua tentang potensi yang ada pada negara itu untuk menjadi medan dan wasilah kepada kebangkitan semula Islam pada akhir zaman. Pencarian Islam di China adalah sejajar dengan sebuah hadis nabi yang bermaksud bahawa Islam akan bangkit semula dari arah sebelah Timur.

DISEDIAKAN OLEH :
PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI

BUKU: DARI SULTAN HINGGA ATATURK TURKI

PERPUSTAKAAN AWAM DAERAH BENTONG
ULASAN BUKU BIL 9/2019                        
                                                              
JUDUL BUKU:   DARI SULTAN HINGGA ATATURK TURKI           
ISBN:     9789671-441855
PENGARANG:    ANDREW MANGO
TARIKH / TAHUN:              2017
EDISI BAHASA:              BAHASA MALAYSIA
HARGA:              RM 29.00
ULASAN:      

Buku ini menceritakan tentang pembentukan sebuah negara Turki moden yang penuh  berliku menerusi rundingan-rundingan dalam perjanjian damai di Paris. Ia merangkumi peristiwa, rundingan dan kepentingan politik dan ekonomi.

Pada tahun-tahun akhir pemerintahan Kesultanan Uthmaniah Turki dan tahun-tahun awal Turki moden semua berubah. Empayar Turki Uthmaniyah berakhir pada tahun 1923, apabila ia telah dibubarkan oleh Dewan Perhimpunan Kebangsaan dibawah Mustafa Kemal Ataturk. Pada tahun 1923, Turki di isytiharkan sebagai Republik dan Mustafa Kemal telah dilantik sebagai Presiden Turki yang pertama.

Dibawah Pemerintahan Mustafa Kemal Ataturk, Turki mengubah dasar berpaksi kepada islam kepada pemerintahan Sekular. Mustafa Kemal Ataturk telah mengubah identiti rakyat Turki kepada cara hidup barat dimana segala undang-undang islam dihapuskan dan digantikan undang-undan g barat serta kebudayaan masyarakat Turki.

DISEDIAKAN :
AZHARANI A. AZIZ   
PEMBANTU PUSTAKAWAN DAERAH BENTONG                   

Buku: BIOGRAFI TUN ABD RAZAK NEGARAWAN DAN PATRIOT

JUDUL BUKU    :     BIOGRAFI TUN ABD RAZAK NEGARAWAN DAN PATRIOT
N0.PENGKELASAN    :    R 923.2595 NIK                                    
ISBN         :    976-967-942-948-0
PENGARANG    :    Nik Anuar Nik Mahmud
TARIKH / TAHUN     :    2012   
EDISI BAHASA     :    Bahasa Malaysia
HARGA         :    RM 150.00
ULASAN        :

Ia mengisahkan kehidupan Perdana Menteri ke 2 Tun Abd Razak Hussein yang digelar “Bapa Pembagunan”. Tun Abd Razak dilahirkan di Pulau Keladi Pekan Pahang pada 11 Mac 1922. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kampung Jambu Mukim Langgar Pekan Pahang.

Tun Abd Razak melanjutkan pelajaran ke London pada tahun 1947 dalam bidang undang-undang di Lincoln Inn diLondon, semasa diLondon beliau bertemu dengan Tunku Abd Rahman dan  menjalinkan hubungan persahabatan.
                
Kegiatan Politik Tun Abd Razak bermula apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang dan menjadi Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1949. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tun Abd Razak Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran disamping Tunku Abd Rahman sebagai Perdana Menteri Yang pertama.

Pada Tahun 1970, Tun Abd Razak dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke 2 menggantikan Tunku Abd Rahman. Dibawah kepimpinan Tun Abd Razak, beliau memperkenalkan “Dasar Ekonomi baru”, Dasar buku hijau, Rancangan Kelapa Sawit.
              
Tun Abd Razak Hussein Meninggal Dunia akibat penyakit Leukimia pada  14 Januari 1976 di London dan dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

DISEDIAKAN OLEH     :   
HALID BIN ZAINAL
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

BUKU Nota Ajal Seorang Mukmin

SEPTEMBER  2019 PD KEMASUL

Tajuk : Nota Ajal Seorang Mukmin
Penulis     :Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Kategori    : 297.23 AHM
ISBN         : 978-967-86-0772-8
Halaman    : 272 m.s
Harga        : RM 26

Buku ini mengisahkan  mengenai hakikat kematian, kehidupan kita selepas kematian, keadaan roh, sifat malaikat maut, serta keadaan-keadaan di dalam kubur, fitnah kubur dan seksaannya. Semua isu yang terkandung di dalam buku ini disampaikan dengan menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami. Paling penting ia bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih.

Apabila tiba masanya, Malaikat Izrail pasti datang ‘melamar. Kita bakal ‘dikahwinkan’  dengan kematian dan ‘bercerai’ dengan dunia. Soalnya cukupkah bekalan yang dibawa?. Jangan sampai kita bergelap di barzakh, dan bertemu di neraka! Petikan kata daripada Ustaz Ahmad Dasuki bin Abd Rani.

Berbagai persoalan dapat dijawab dengan membaca buku ini seperti benarkah kubur bersuara, kisah kubur orang beriman yang berbau wangi,  Rasulullah menangis demi umatnya dan sakaratul maut mengambil nyawa kita, bersediakah kita semua menghadapinya Mengingatkan dan tegur menegur antara sama lain adalah sikap terbaik kerana kita manusia yang tidak pernah sunyi daripada kesalahan.

Dengan membaca buku ini boleh dijadikan panduan untuk kita mendapat bekalan akhirat yang lebih baik dan sempurna.

Disediakan oleh,
(ARMAH BINTI ABAS)
PERPUSTAKAAN DESA  F.KEMASUL

BUKU Ramadan, maaf, Kami Masih Sibuk

TAJUK BUKU        :  Ramadan, maaf, Kami Masih Sibuk.
PENGARANG        :  AHMAD RIFA’I RIF’AN
NOMBOR PANGGILAN:  297.362
BAHASA        :  MALAYSIA
KATEGORI        :  AGAMA
ULASAN
Mukadimah buku ini begitu menarik, berkias namun membekas.  Memberi ingatan sebelum terlambat dan sesal di kemudian hari.  Sesuai dengan gelaran bulan seribu berkah.  Bagi mengupas persoalan atau pencernaan yang lebih baik setiap satu perkara di letak di bawah tajuk renungan dari nombor satu hinggalah renungan terakhir di bawah tajuk Menang dari Hong Kong.

Buku ini menyentuh adat dan budaya masyarakat Indonesia iaitu Mudik. Budaya pulang ke kampung halaman sebagai suatu motivasi diri.  Dalam buku Ramadan di Jawa, Andre Moller memberi komen dan dilihat sebagai fenomena unik di seluruh Indonesia bagi menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri. 

Dan membandingkan dengan tanah Arab yang menjadi tempat asal usul agama Islam.  Disertakan beberapa bait puisi Mudik Jiwanya.  ‘Titisan air hina, Tidak lebih daripada itu asalmu. Disertakan petikan dari Surah al-Nahl, ayat 4.:- “Dia menciptakan manusia daripada air benih, tiba-tiba menjadialah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya”

Sedangkan Tuhan tidak pernah peduli dengan itu semua.  Tuhan tidak peduli dengan keindahan fizikalmu.  Tuhan tidak peduli dengan jumlah hartamu.  Tuhan tidak peduli dengan takhtamu.  Engkau bukan siapa-siapa.  Engkau bukan apa-apa.  Jikalau dalam dadamu taka da sedikitpun Takwa.

Secara metafora, al-Quran mengungkapkan tradisi mudik ini sebagai saat kepulangan manusia ke asal usul penciptaannya, iaitu kembali kepada fitrah dan penyucian diri.

Disertakan beberapa kisah dizaman Rasulullah untuk menjadi panduan.  Kisah Talhah bin Ubaidillah yang membawa wang 100 ribu dirham.  Isterinya mendapati raut wajah Talhah murung.

Apabila ditanya oleh Isterinya Talhah menjawab  “Harta yang banyak begini, aku berasa takut apabila bertemu dengan Allah kelak, aku akan ditanya demi satu dirham”  Harta tersebut kemudian diinfakkan.

Banyak perkara yang disentuh dengan harapan seusai membacanya kesedaran timbul dalam sanubari dan pembaca menginsafi diri dengan melakukan kebaikan bukan saja dalam bulan Ramdan tetapi bulan-bulan seterusnya.

Pengarang        :  AHMAD RIFA’I RIF’AN
Tahun Terbit        :  2017
Mukasurat        :  146
Rating            :  7/10

Disediakan oleh    : 
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Desa Jambu Rias

BUKU Muzik adalah harta

PAD BENTONG – Bil. 9/2019

No. Perolehan    : DBEN 000125
Call No        : 780.23 / MAN
ISBN        : 9789671431405
Bahasa        : Melayu
Kategori    : MUZIK

Ulasan        : Buku ini merupakan cerita berlandaskan pengalaman
     pemuzik terkenal tanahair iaitu “ MANAN NGAH”.
     Pengalaman beliau dalam bidang muzik selama 33 tahun
     diceritakan secara ringkas dan padat untuk dijadikan rujukan
     khususnya kepada penuntut-penuntut institut pengajian
     tinggi terutamanya penggiat seni. Kepada pengemar muzik
     bolehla membaca buku ini untuk mengetahui lebih lanjut
     mengenai muzik yang diceritakan oleh pemuzik terkenal
      tanahair.

Judul        : Muzik adalah harta
Pengarang    : Manan Ngah
Penerbit    : Impak Teroka Sdn Bhd
Tahun Terbit    : 2017
Harga        : RM 50.00
Muka Surat    : 203
RATING        : 4/5

Disediakan Oleh    :
Norazmah Binti Abdul Rani
Pembantu Pustakawan Perpustakaan Awam Daerah Bentong.

BUKU Waktumu Hanya Seketika. Pengarang A.K Penerbit Rimbunan Islamik Media Sdn.Bhd. Tahun Terbit 2019

‎PAD BENTONG – Bil. 9/2019 BUKU Waktumu Hanya Seketika. Pengarang A.K Penerbit Rimbunan Islamik Media Sdn.Bhd. Tahun Terbit 2019

No. Perolehan    : EJAN002195
Call No        : 297.57/A.K
ISBN        : 978-967-16085-6-2
Bahasa        : Melayu
Kategori    : Agama

Ulasan    : ‘ Waktumu Hanya Seketika ‘ mengingatkan semula tujuan
hidup kita di dunia ini dalam menuju kehidupan yang hakiki   
di akhirat nanti. Hidup kita di dunia ini hanya sekali sahaja.   
Lakukanlah amalan yang baik selama hidup di dunia ini.   
Bertaubatlah selagi sempat. Tiada manusia di dunia ini yang   
bebas daripada kesalahan dan dosa.    
   
Setiap anak Adam pasti melakukan dosa, dan sebaik-baik   
orang yang melakukan dosa adalah orang yang bertaubat.   
   
Buku ini amat menarik minat saya untuk membacanya    
kerana banyak peringatan yang Allah berikan kepada kita   
sebagai manusia di atas muka bumi ini.   
   
Dapatkan buku ini di perpustakaan yang berdekatan dengan anda.   
             
Judul            : Waktumu Hanya Seketika
Pengarang        : A.K
Penerbit        : Rimbunan Islamik Media Sdn.Bhd.
Tahun Terbit    : 2019
Harga            : RM 23.90
Muka Surat        : 181
RATING        : 4/5

Disediakan Oleh    :
Yusniza Mohamad Arris
Pembantu Pustakawan
Perpustakaan Desa Kampung Janda Baik

Friday, November 1, 2019

Senarai Lokasi Perpustakaan Yang Berhampiran Dengan Klinik Kesihatan

Daerah Lipis   
Perpustakaan Awam Daerah Lipis   
Encik Muhamad Radzi Bin Ibrahim   
Jarak: 1km    Pejabat Kesihatan Kuala Lipis

Daerah Lipis   
Perpustakaan Desa Gua   
Puan Norlaila Binti Ahmad   
Jarak: 5.3 Km    Pusat Kesihatan Padang Tengku

Daerah Lipis   
Perpustakaan Desa Benta   
Puan Suzilawana    bt Jamaludin
Jarak: 1km    Pusat Kesihatan Benta

Daerah Maran   
Perpustakaan Awam Daerah Maran   
Encik Zulkepli B Haron   
Jarak: 600 Meter   
Klinik Kesihatan Maran

Daerah Maran   
Perpustakaan Desa Chenor   
Puan Ruzimah Bt Muhamad   
Jarak: 6 Kilometer    Klinik Kesihatan Chenor

Daerah Maran   
Perpustakaan Desa Luit   
Puan Rapizah Bt Abd Kadir   
Jarak: 8 Kilometer    Klinik Kesihatan Srijaya
               
Daerah Bera   
Perpustakaan Desa Bandar 32    
Puan Norsuaida Binti Jamaluddin    
Jarak: 500 Meter     Klinik Kesihatan Bandar 32
               
Daerah Temerloh   
Perpustakaan Awam Cawangan Lanchang   
Puan Nor Fahizah Ab Aziz   
Jarak: 110 Meter    Klinik Kesihatan Lanchang

Daerah Pekan   
Perpustakaan Awam Daerah Pekan   
Puan Norkamila Binti Mahmud   
Jarak: 100 M    Klinik Kesihatan Bandar Pekan

Daerah Pekan   
Perpustakaan Desa Peramu Jaya    
Encik Muhamad Nur Syukran Bin Muhamad Hanafiah   
Jarak: 3 Km    Klinik Kesihatan Peramu Jaya

Daerah Pekan   
Perpustakaan Desa Paloh Hinai    
Puan Noraziah Binti Abd. Razak    
Jarak: 10 Km    Klinik Kesihatan Padang Rumbia
               
Daerah Kuantan   
Perpustakaan Desa Balok   
Puan Lilidalila Binti Ropa   
Jarak: 1km    Klinik Kesihatan Balok

Daerah Kuantan   
Perpustakaan Desa Sg Lembing   
Puan Siti Nur Hasmah Binti Tahir   
Jarak: 6.43 Km    Klinik Kesihatan Sg Lembing

Daerah Kuantan   
Perpustakaan Desa Kg Seri Mahkota   
Puan Irena Binti Hassan   
Jarak: 5 Km    Klinik Kesihatan Jaya Gading

Daerah Kuantan   
Perpustakaan Desa Lepar Hilir 1   
Puan Mahani Binti Abdullah   
Jarak: 0.5 Km    Klinik Desa Lepar Hilir O1
               
Daerah Temerloh   
Perpustakaan Awam Daerah Temerloh   
Puan Zulaiha Binti Ahmad   
Jarak: 1 Km    Klinik Kesihatan Temerloh

Daerah Temerloh   
Perpustakaan Desa Siber Sanggang   
Puan Juwahi Binti Md.Amin   
Jarak: 150 Meter    Klinik Kesihatan Sanggang
               
Daerah Raub   
Perpustakaan Desa Jeruas   
Puan Salizan Binti Sidek   
Jarak: 300m    Klinik Kesihatan Jeruas

Daerah Raub   
Perpustakaan Desa Ulu Gali   
Puan Kamisah Binti Ali   
Jarak: 2.4 Km    Klinik Kesihatan Ulu Gali

Daerah Raub   
Perpustakaan Desa Bukit Fraser   
Puan Farhana Binti Zulkifly   
Jarak: 81 Meter    Klinik Kesihatan Bukit Fraser
               
Daerah Jerantut   
Perpustakaan Awam Daerah  Jerantut   
Puan Norizan Abdullah   
Jarak: 80 Meter    Klinik Kesihatan Daerah Jerantut

Daerah Jerantut   
Perpustakaan Desa Damak   
Encik Hamidi Bin Majid   
Jarak: 25 Meter    Klinik Kesihatan Damak
               
Daerah Bentong   
Perpustakaan Desa Kemasul   
Puan Armah Bt Abas   
Jarak: 8 Km    Klinik Kesihatan Chemomoi

Daerah Bentong   
Perpustakaan Desa Simpang Pelangai   
Puan Liza Bt Che Omar   
Jarak: 5 Km    Klinik Kesihatan Pelangai

Daerah Bentong   
Perpustakaan Desa Jambu Rias   
Cik Juriah Bt Mohamed   
Jarak: 0.5 Km    Klinik Kesihatan Jambu Rias

Daerah Rompin   
Perpustakaan Awam Daerah Rompin   
Cik Norhidayah Binti Salleh   
Jarak: 1 Km    Klinik Kesihatan Rompin

Daerah Rompin   
Perpustakaan Desa Leban Chondong   
Encik Mohd Khalib Bin Abdul Manaf   
Jarak: 160 Meter    Klinik Kesihatan Leban Chondong

Daerah Rompin   
Perpustakaan Desa Bukit Ibam   
Puan Nur Diana Binti Abdullah   
Jarak: 1 Kilometer    Klinik Kesihatan Bukit Ibam

Daerah Rompin   
Perpustakaan Desa Muadzam Shah   
Cik Norbaizura Binti Zainal   
Jarak: 1.4 Kilometer    Klinik Kesihatan Muadzam Shah

* Bagi perpustakaan seliaan PPAP sahaja.

Monday, October 14, 2019

Pageviews by Countries 14.10.2019

Malaysia 320,456

United States 42,003
Russia 28,660
Indonesia 8,105
Germany 6,711
Singapore 4,268
India 2,975
Ukraine 2,803
France 2,113
Brunei 1,945

JUMLAH: 420,039


This Month
Malaysia 2223
United States 463
Russia 149
Indonesia 68
France 58
United Kingdom 31
Unknown Region 29
Ukraine 26
Germany 21
Singapore 21

This Week
Malaysia 743
United States 156
United Kingdom 9
Unknown Region 7
Germany 7
Russia 6
Singapore 5
Indonesia 3
Ireland 3
United Arab Emirates 2

This Day
Malaysia 332
United States 29
Singapore 3
Unknown Region 1
United Arab Emirates 1
United Kingdom 1
Indonesia 1

Himpunan Contoh dan Tajuk Karangan Pendek Untuk Pelajar Sekolah

KANDUNGAN
1. KARANGAN PANDEK : CONTOH KARANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH
2. KARANGAN PENDEK: CONTOH KARANGAN SPM
3. KARANGAN PANDEK : LAGI CONTOH KARANGAN SPM
4. KARANGAN PANDEK: CONTOH ISI-ISI PENTING
5. KARANGAN PENDEK : SENARAI TAJUK STPM
6. KARANGAN PANDEK : LAGI SENARAI TAJUK STPM
------------------------------------------------------------------------
1. KARANGAN PANDEK : CONTOH KARANGAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

-Aku Sebuah Basikal
-Aku sebuah Kereta
-Aku Sebuah Komputer
-Aku Sebuah Taman Permainan
-Aku Sepasang Kasut
-Biografi
-Biografi Seorang Doktor
-Cerita Seorang Doktor
-Ceritakan aktiviti yang dilakukan pada Hari Bergotong-royong
-Contoh Karangan Aku sebuah Komputer
-Controh karangan Aku sebuah kereta
-Faedah menonton Televisyen

SUMBER:
http://contoh-karangan-sekolah-rendah.blogspot.com/
------------------------------------------------------------------------
2. KARANGAN PENDEK: CONTOH KARANGAN SPM

-Kepentingan Riadah Atau Bersukan
-Usaha-Usaha Meningkatkan Penggunaan Kemudahan Pusat Sumber Sekolah
-Kepentingan Sektor Industri Pelancongan
-Berjimat Cermat Amalan Mulia
-Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha Memupuk Semangat Kejiranan Dalam Kalangan Masyarakat.
-Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat.
-Peranan Ibu Bapa Untuk Mengawal Penggunaan Internet Dalam Kalangan
Anak-Anak.

SUMBER:
https://cikguramsulbmspm.blogspot.com/2017/11/contoh-karangan-yang-boleh-menjadi.html

3. KARANGAN PANDEK : LAGI CONTOH KARANGAN SPM


1. Cara-Cara Anda Mengatasi Tekanan Atau Stres
2. Cara-Cara Menangani Kenaikan Harga Barang
3. Cara-Cara Menghargai Jasa Guru
4. Cara-Cara Menghargai Warga Tua
5. Ciri-Ciri Remaja Berwawasan
6. Ciri-Ciri Pelajar Berwawasan
7. Disiplin Teras Kejayaan
8. Faedah-Faedah Belajar Menggunakan Komputer
9. Faedah-Faedah Melawat Ke Luar Negara
10. Faedah-Faedah Menggunakan Perpustakaan
11. Kebaikan Menguasai Pelbagai Bahasa
12. Kecuaian Pengguna Merupakan Faktor Kemalangan Jalanraya
13. Keluarga Impian Saya
14. Kepentingan Aktiviti Rekreasi Kepada Masyarakat
15. Kepentingan Industri Kecil Dan Sederhana (Iks)
16. Kepentingan Memulihara Bangunan Bersejarah
17. Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan
18. Kepentingan Pemakanan Seimbang
19. Kepentingan Semangat Kejiranan Kepada Masyarakat
20. Langkah-Langkah Membantu Orang Kelainan Upaya
21. Langkah-Langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara
22. Peranan Ibu Bapa Membentuk Budaya Ilmu Dalam Diri
23. Peranan Ibu Bapa Membentuk Masyarakat Penyayang
24. Peranan Ibu Bapa Memupuk Semangat Cinta Akan Negara
25. Peranan Keluarga Dalam Mengatasi Masalah Perlumbaan Haram
26. Sebab-Sebab Memilih Malaysia Sebagai Tempat/ Destinasi Pelancongan
27. Usaha- Usaha Mempopularkan Permainan Tradisional
28. Usaha- Usaha Mempopularkan Puisi Tradisional
29. Usaha-Usaha Individu Memupuk Amalan Membaca
30. Usaha-Usaha Memupuk Semangat Kerjasama

SUMBER
http://karanganbahasamelayuspm.blogspot.com/

4. KARANGAN PANDEK: CONTOH ISI-ISI PENTING


1. Cara belajar  yang berkesan
2. Cara memupuk amalan membaca
3. Cara remaja memanfaatkan laman sosial
4. Ciri-ciri murid berkualiti
5. Faedah membaca kepada masyarakat
6. Faktor tarik minat pelajar luar negara belajar dalam negara
7. Implikasi telefon bimbit kepada pelajar
8. Keamanan dunia peranan negara anggota PBB
9. Kedatangan pendatang asing timbulkan pelbagai masalah
10. Kemahiran remaja hadapi cabaran globalisasi
11. Kepentingan mempertahankan adat warisan
12. Kepentingan mengamalkan semangat kejiranan
13. Kepentingan perpaduan
14. Kepentingan sikap berwaspada sebelum ditimpa kesusahan
15. Kerjasama Malaysia dan negara lain tangani pemerdagangan manusia
16. Kesan negatif pemerdagangan manusia
17. Kesan tabiat mementingkan jenama produk kepada remaja
18. Langkah membentuk keluarga bahagia
19. Langkah memupuk semangat patriotik
20. Langkah menyuburkan semangat kejiranan
21. Langkah pupuk semangat kejiranan
22. Masalah pendatang asing
23. Membina remaja bersahsiah mulia
24. Menangangi gejala sosial
25. Menjaga sumber air bersih
26. Nilai-nilai murni yang diamalkan oleh rakyat Malaysia
27. Pelaburan asing sumber pembangunan sesebuah negara
28. Peranan ibu bapa gaya hidup sihat
29. Peranan ibu bapa lahirkan anak-anak yang mengenang budi
30. Peranan ibu bapa mendidik anak anak membantu meringankan bebanan kewangan keluarga
31. Peranan ibu bapa pupuk semangat patriotik
32. Peranan ibu bapa pupuk sikap cintai alam sekitar
33. Peranan keluarga atasi penderaan kanak kanak
34. Peranan pelbagai pihak galakkan remaja terlibat penulisan kreatif
35. Punca dan usaha menangani penyebaran berita melalui laman sembang
36. Tanggungjawab ahli keluarga menangani demam denggi
37. Usaha masyarakat tangani demam denggi
38. Usaha menangani stres
39. Usaha menghargai jasa guru
40. Usaha menunjukkan rasa cinta akan negara

SUMBER
https://aristabucks.wordpress.com/2015/12/14/cadangan-isi-untuk-tajuk-tajuk-karangan-bahasa-melayu/

5. KARANGAN PENDEK : SENARAI TAJUK STPM


1. Aduan Anjing Liar Yang Berkeliaran Di Kawasan Tempat Tinggal
2. Aktiviti-Aktiviti Yang Menyebabkan Berlakunya Pencemaran Udara
3. Amalan Gaya Hidup Sihat
4. Amalan Berbudi Bahasa Semakin Diketepikan Dan Langkah Mengatasi
5. Amalan Membaca Bermula Dari Rumah
6. Amalan Rasuah Dan Langkah-Langkah Menanganinya
7. Amalan-Amalan Gaya Hidup Sihat Terhadap Remaja
8. Cara Memupuk Budaya Sains Dan Teknologi Dalam Kalangan Pelajar
9. Cara-Cara Menggalakkan Pengguna Tempatan Membeli Barangan Malaysia
10. Cara-Cara Untuk Melahirkan Insan Yang Cemerlang
11. Cara-Cara Untuk Mengelakkan Diri Daripada Masalah Obesiti
12. Ciri-Ciri Generasi Berwawasan
13. Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang
14. Disiplin Pelajar-Tanggungjawab Siapa?
15. Faedah-Faedah Bersukan Kepada Masyarakat
16. Faedah-faedah Melancong dalam Negara Sendiri
17. Faktor Dan Langkah Mengawal Pemanasan Global
18. Faktor Yang Mempengaruhi Kesihatan Manusia
19. Faktor dan Kesan Jenayah Komersial
20. Faktor dan Kesan Kesesakan Lalu Lintas
21. Faktor memajukan pelancongan Malaysia
22. Faktor, Kesan dan Langkah Menangani Rasuah
23. Faktor-Faktor Berlakunya Bencana Alam
24. Faktor-Faktor Berlakunya Jerebu
25. Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kes Ragut Menjadi Lebih Serius
26. Faktor-Faktor dan Langkah-Langkah Menangani Demam Denggi
27. Faktor-faktor berlakunya kerosakan kemudahan awam
28. Faktor-faktor dan Kaedah/Langkah Menangani Kemalangan Jalan raya
29. Fungsi Sukan Dalam Pembangunan Negara
30. Gejala Skim Cepat Kaya
31. Hak Dan Tanggungjawab Pengguna
32. Harta Intelek
33. Isu Filem Seram, Tahyul dan Ganas
34. Isu Pembuangan Bayi
35. Isu Penderaan Kanak-Kanak
36. Jenayah Di Kalangan Remaja
37. Jenayah Pemerdagangan Manusia
38. Jenayah Siber
39. Kebaikan & Keburukan Laman Sosial
40. Kebaikan Amalan Makan Bersama Keluarga
41. Kebaikan Dan Keburukan Kafe Siber
42. Kebaikan Kerja Kerja Amal
43. Kebaikan Membeli Barangan Buatan Tempatan
44. Kebaikan Mengadakan Majlis Rumah Terbuka
45. Kebaikan Sukan kepada individu, masyarakat dan negara
46. Kebaikan dan Keburukan Mengadakan Rumah Terbuka
47. Kebaikan-kebaikan Menyertai Aktiviti Kokurikulum
48. Keburukan Makanan Segera
49. Keburukan Pengambilan Gula Secara Berlebihan
50. Kejayaan Malaysia Dalam Pelbagai Bidang
51. Kelebihan Program Motivasi terhadap pelajar
52. Kelemahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam dan Cadangan untuk Mengatasinya
53. Kempen Galakan Membaca Dalam Kalangan Rakyat Malaysia
54. Kepentingan Amalan Berjimat Cermat
55. Kepentingan Bahasa Inggeris
56. Kepentingan Kegiatan Kokurikulum dan langkah- langkah mengalakkan pelajar mengikutinya
57. Kepentingan Menguasai Bahasa Inggeris
58. Kepentingan Menyertai Badan Beruniform
59. Kepentingan Program Latihan Khidmat Negara
60. Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Rakyat Dan Negara
61. Kepentingan Sukan Kepada Pelajar
62. Kepentingan memulihara dan mengekalkan bangunan bersejarah
63. Kepentingan pendidikan yang berkualiti di negara kita
64. Keruntuhan Akhlak Remaja Berpunca Daripada Keruntuhan Institusi Keluarga
65. Kesan Positif dan Negatif penggunaan laman sosial kepada masyarakat
66. Kesan Dunia Hiburan Terhadap Pelajar
67. Kesan Pembalakan Haram
68. Kesan Penggunaan Kad Kredit Dalam Masyarakat
69. Kesan Positif dan Negatif Industri Pelancongan
70. Kesan Positif dan Negatif Teknologi Maklumat dan Komunikasi Masa Kini
71. Kesan Rancangan Hiburan Bersifat Realiti dan Langkah-Langkah Menanganinya
72. Kesan globalisasi terhadap bidang pendidikan
73. Kesan penyalahgunaan dadah dan langkah-langlah mengatasinya
74. Kesan-Kesan Bencana Alam
75. Kesan-Kesan Buruk Penggunaan Laman Sosial Terhadap Masyarakat
76. Kesan-Kesan Jenayah Siber
77. Kesan-Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin
78. Kesan-Kesan Kenaikan Harga Barangan Keperluan Dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasinya
79. Kesan-Kesan Masalah Buli Dan Langkah Mengatasinya
80. Kesan-Kesan Pencemaran Udara Kepada Manusia Dan Alam Sekitar
81. Kesan-kesan Kenaikan Harga Minyak dan Langkah-langgkah Mengatasinya
82. Konsep Hujan Asid
83. Krisis Kekurangan Bekalan Makanan
84. Langkah Kerajaan Mengekalkan Keutuhan Institusi Keluarga Negara
85. Langkah Memajukan Sektor Pertanian
86. Langkah Menangani Gejala Buli
87. Langkah Mengatasi Isu Pati
88. Langkah-Langkah Menangani Kegiatan Pelanunan
89. Langkah-Langkah Mengatasi Jenayah
90. Langkah-Langkah Mengatasi Masalah Penderaan Kanak-Kanak Dan Masalah Pembuangan Bayi
91. Langkah-Langkah Mengurangkan Masalah/Kes Jenayah
92. Langkah-Langkah Untuk Memartabatkan Seni Batik Di Negara
93. Langkah-Langkah Untuk Mencapai Kecemerlangan Dalam Peperiksaan
94. Langkah-langkah Atasi Pengangguran di Malaysia
95. Langkah-langkah Untuk Menangani Kegawatan Ekonomi
96. Langkah-langkah bagi meningkatkan pelaburan asing di Malaysia
97. Langkah-langkah menangani masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia
98. Langkah-langkah mengekalkan semangat kejiranan
99. Langkah-langkah untuk Mengatasi Pencemaran Alam
100. Langkah-langkah untuk menjamin hidupan liar dapat terus hidup di bumi ini
101. Manfaat Dasar 1 Murid 1 Sukan
102. Masalah Pengangkutan Awam Di Negara Kita
103. Masalah Yang Dihadapi dan Usaha Membantu Golongan Orang Kurang Upaya
104. Memperkenalkan Budaya Malaysia Terhadap Masyarakat Luar [Memorandum]
105. Mengisi Masa Lapang
106. Pelaburan Asing
107. Pembentukan Modal Insan Yang Berkualiti
108. Pemerdagangan Manusia
109. Pencemaran Air
110. Pencemaran Udara
111. Pengurusan Lestari Atasi Krisis Kekurangan Bekalan Air Bersih
112. Penipisan Lapisan Ozon
113. Peranan Anak untuk Membahagiakan Keluarga
114. Peranan Ibu Bapa Dalam Usaha Memupuk Amalan Gaya Hidup Sihat
115. Peranan Ibu bapa Dalam Menggalakkan Anak-anak Membeli Barangan Malaysia
116. Peranan Media Dalam Pembangunan Negara
117. Peranan Remaja untuk Memupuk Semangat Perpaduan
118. Peranan Wanita Dalam Pembangunan Negara
119. Punca Budaya Buli Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
120. Punca Dan Cara Mengatasi Gejala Buli
121. Punca Penularan Gengsterisme Dalam Kalangan Remaja
122. Punca dan Cara Mengatasi Masalah Obesiti
123. Punca dan Usaha untuk Menangani Keracunan Makanan dalam kalangan Murid Sekolah
124. Punca dan langkah mengatasi jenayah ragut
125. Punca dan langkah mengatasi pembuangan bayi
126. Punca-Punca Berlakunya Obesiti
127. Punca-Punca Dan Kesan-Kesan Rasuah
128. Punca-Punca Kenaikan Harga Barang
129. Punca-Punca berlakunya Pemerdagangan Orang
130. Punca-punca Berlakunya Penderaan Kanak-kanak
131. Punca-punca Kenaikan Harga Minyak
132. Punca-punca Tabiat Merokok dalam Kalangan Wanita
133. Punca-punca berlakunya krisis air di negara ini
134. Punca-punca berlakunya penderaan kanak-kanak
135. Rempit
136. Sebab Berlakunya Penderaan Kanak-Kanak
137. Sebab-Sebab Pelajar Tidak Suka Membaca Buku Bahasa Klasik
138. Sumbangan Bidang Bioteknologi Dalam Sektor Pertanian
139. Sumbangan Bidang Bioteknologi Terhadap Pembangunan Sektor Pertanian Negara Kita
140. Urus Niaga Dalam Talian
141. Usaha-Usaha Mengelakkan Kejadian Tanah Runtuh
142. Usaha-Usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum
143. Usaha-Usaha Untuk Melahirkan Pengguna Yang Bijak
144. Usaha-Usaha Untuk Memartabatkan Batik Malaysia
145. Usaha-Usaha Untuk Menggalakkan Rakyat Membaca
146. Usaha-usaha untuk melahirkan pengguna yang bijak
147. Wabak penyakit berjangkit dan amalan gaya hidup sihat
148. Faktor, Kesan dan Langkah Menangani Rasuah

SUMBER
http://stpm-study.blogspot.com/p/blog-page_10.html

6. KARANGAN PANDEK : LAGI SENARAI TAJUK STPM


1. Amalan Gotong-Royong Masih Teguh Diamalkan Di Kalangan Masyarakat Di Luar Bandar Berbanding Masyarakat Di Bandar
2. Amalan Merotan Di Sekolah
3. Bahan-Bahan Picisan Lebih Digemari Oleh Golongan Remaja
4. Baik Buruk Guru Wanita Lebih Ramai Daripada Guru Lelaki
5. Cabaran -Cabaran Yang Dihadapi Oleh Pihak Sekolah Dalam Usaha Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang
6. Cabaran-Cabaran Wanita Hari Ini
7. Faedah-Faedah Penyusuan Bayi Kepada Ibu Dan Bayi
8. Fenomena Penagihan Dadah Di Negara Kita
9. Gejala Penyalahgunaan Dadah
10. Gejala Remaja Lari Dari Rumah
11. Gejala Sosial Di Kalangan Remaja Pada Hari Ini
12. Golongan Remaja Mudah Terpengaruh Dengan Kegiatan Vandalisme
13. Golongan Wanita Dalam Pasaran Kerja
14. Guru Semakin Kurang Dihormati Oleh Masyarakat. Mengapa?
15. Internet Membawa Kebaikan Kepada Manusia?
16. Kebelakangan Ini Kejadian Jenayah Seks Semakin Bertambah
17. Kecuaian Manusia Menjadi Punca Berlakunya Kemalangan Jalan Raya
18. Kegagalan Kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia”
19. Keganasan Seksual Amat Membimbangkan
20. Kejayaan Dalam Bidang Pendidikan Semata-Mata Tidak Menjamin Seseorang Beroleh Kebahagiaan Dan Kejayaan Dalam Hidup
21. Kemerosotan Disiplin Pelajar Dan Langkah-Langkah Mengatasinya
22. Kepentingan Budaya Tradisonal Kita
23. Kepentingan Internet Kepada Kanak-Kanak
24. Kes Jenayah Oleh Pendatang Asing
25. Kesan Buruk Kepada Masyarakat Dan Negara Apabila Bahan-Bahan Bacaan Picisan Mendapat Perhatian Pembaca
26. Kesan Globalisasi Terhadap Bidang Pendidikan Di Negara Ini
27. Kesan Pelancongan Terhadap Budaya Tempatan
28. Kesan-Kesan Kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin Kepada Negara Ini
29. Kesan-Kesan Negatif Industri Pelancongan Kepada Masyarakat
30. Kesan-Kesan Pencemaran Udara Kepada Manusia Dan Alam Sekitar
31. Kesan-Kesan Penggunaan Internet Dan E-Mel Secara Meluas
32. Kesan-Kesan Peperangan Kepada Ekologi Dan Kehidupan Manusia
33. Kesesakan Jalan Raya Menjadi Satu Fenomena Biasa Di Bandar Besar
34. Kewujudan IPTS Boleh Membawa Pelbagai Kesan Kepada Negara
35. Kurangnya Kesedaran Sivik Dan Keprihatinan Pengguna Jalan Raya Adalah Punca Berlakukan Kemalangan Jalan Raya
36. Langkah-Langkah Bagi Meningkatkan Pelaburan Asing Di Malaysia
37. Langkah-Langkah Memajukan Industri Pelancongan Negara
38. Langkah-Langkah Untuk Menangani Gejala Buang Bayi Di Kalangan Remaja
39. Langkah-Langkah Untuk Mengawal Kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PATI)
40. Langkah-Langkah Untuk Mengurangkan Pencemaran Alam Sekitar Kita
41. Langkah-Langkah Untuk Menjamin Hidupan Liar Dapat Terus Hidup Di Bumi Ini
42. Menangani Gejala Negatif Dalam Internet
43. Pendapat: Aktiviti Perindustrian Boleh Mendatangkan Kesan Yang Negatif
44. Pendidikan Hari Ini Gagal Melahirkan Insan Yang Seimbang?
45. Penganiayaan Kanak-Kanak
46. Penggunaan Kad Kredit
47. Penghijrahan Belia Ke Bandar Besar Membawa Implikasi Negatif
48. Peningkatan Pelajar Perempuan Di IPTA Memberi Kesan Kepada Masyarakat Dan Negara Pada Masa Hadapan
49. Peranan Dan Kepentingan Pusat Sumber Sekolah
50. Peranan PIBG Dalam Meningkatkan Kualiti Pendidikan Di Sekolah
51. Pihak Media Massa Sering Memaparkan Wanita Sebagai Golongan Yang Lemah, Emosional Dan Menghairahkan
52. Punca Berlakunya Pencemaran Air
53. Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos
54. Skim Cepat Kaya Dan Kesannya Kepada Masyarakat

SUMBER
https://mazlan66.wordpress.com/2016/04/05/karangan-bahasa-melayu-stpm/

Saturday, October 12, 2019

Buku: Kisah Cinta Dalam Al-Quran. Penerbit: Anbakri Publika

No Perolehan:
ISBN: 9789675249006
Kategori: Agama Islam
Ringkasan/ Ulasan

Koleksi peribadi ini menceritakan tentang cinta. Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang "terbungkus" kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat "malu-malu", berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa.

Ia seakan-akan menjadi "taboo" dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya "ahli" hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini.

Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan.

Ia dihidangkan "live"! Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT.

Ini jelas diisyaratkan oleh al Quran sendiri seperti firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu." Surah al Imran Ayat 31.

Buku: Kisah Cinta Dalam Al-Quran
Pengarang: Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit: Anbakri Publika
Tahun Terbit: 2008
Harga: RM23.00
Muka surat: 241
Rating: 5

Ulasan Oleh:
Puan Zulaiha Ahmad,
PAD Temerloh

Friday, October 11, 2019

Buku: Pembangunan Kontemporari Orang Asli. Penerbit: Universiti Putra Malaysia

No Perolehan: DTEM007118/19                                           
ISBN: 978-967-344-822-7
Kategori: 305.899223
Ringkasan/ Ulasan

Buku ini mengandungi 14 bab yang mengupas mengenai pembangunan kontemporari masyarakat Orang Asli yang ditulis pakar dalam bidang sains sosial.Pelbagai proses perubahan sejak sebelum merdeka dan sehingga kini telah berlaku dikalangan masyarakat Orang Asli yang merupakan penduduk peribumi dari segi pembangunan sosioekonomi,pendidikan,budaya dan lain-lain.
 
Dasar pembangunan yang direncanakan oleh pihak kerajaan telah banyak mengubah pembangunan masyarakat Orang Asli masa kini. Penghasilan buku ini dapat memperkayakan bidang pengajian minoriti untuk menjadi sumber rujukan para ilmuwan dan pelajar universiti .
   
Masyarakat arus perdana dapat mengenali dan mendekati masyarakat Orang Asli yang mempunyai pelbagai warisan dan budaya yang istimewa yang terdiri daripada 18 suku kaum apabila membaca buku ini.

Judul: Pembangunan Kontemporari Oranga Asli
Pengarang: -
Penerbit: Universiti Putra Malaysia
Tahun Terbit: 2018
Harga: RM48.00
Muka surat: 248
Rating: 3/2019

Ulasan oleh :
Lizune a/l Met,
Pembantu Pustakawan PAD Temerloh