SEPTEMBER 2019 PD KEMASUL
Tajuk : Nota Ajal Seorang Mukmin
Penulis :Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Kategori : 297.23 AHM
ISBN : 978-967-86-0772-8
Halaman : 272 m.s
Harga : RM 26
Buku ini mengisahkan mengenai hakikat kematian, kehidupan kita selepas kematian, keadaan roh, sifat malaikat maut, serta keadaan-keadaan di dalam kubur, fitnah kubur dan seksaannya. Semua isu yang terkandung di dalam buku ini disampaikan dengan menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami. Paling penting ia bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih.
Apabila tiba masanya, Malaikat Izrail pasti datang ‘melamar. Kita bakal ‘dikahwinkan’ dengan kematian dan ‘bercerai’ dengan dunia. Soalnya cukupkah bekalan yang dibawa?. Jangan sampai kita bergelap di barzakh, dan bertemu di neraka! Petikan kata daripada Ustaz Ahmad Dasuki bin Abd Rani.
Berbagai persoalan dapat dijawab dengan membaca buku ini seperti benarkah kubur bersuara, kisah kubur orang beriman yang berbau wangi, Rasulullah menangis demi umatnya dan sakaratul maut mengambil nyawa kita, bersediakah kita semua menghadapinya Mengingatkan dan tegur menegur antara sama lain adalah sikap terbaik kerana kita manusia yang tidak pernah sunyi daripada kesalahan.
Dengan membaca buku ini boleh dijadikan panduan untuk kita mendapat bekalan akhirat yang lebih baik dan sempurna.
Disediakan oleh,
(ARMAH BINTI ABAS)
PERPUSTAKAAN DESA F.KEMASUL
No comments:
Post a Comment