Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, November 4, 2019

Buku: BIOGRAFI TUN ABD RAZAK NEGARAWAN DAN PATRIOT

JUDUL BUKU    :     BIOGRAFI TUN ABD RAZAK NEGARAWAN DAN PATRIOT
N0.PENGKELASAN    :    R 923.2595 NIK                                    
ISBN         :    976-967-942-948-0
PENGARANG    :    Nik Anuar Nik Mahmud
TARIKH / TAHUN     :    2012   
EDISI BAHASA     :    Bahasa Malaysia
HARGA         :    RM 150.00
ULASAN        :

Ia mengisahkan kehidupan Perdana Menteri ke 2 Tun Abd Razak Hussein yang digelar “Bapa Pembagunan”. Tun Abd Razak dilahirkan di Pulau Keladi Pekan Pahang pada 11 Mac 1922. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Kampung Jambu Mukim Langgar Pekan Pahang.

Tun Abd Razak melanjutkan pelajaran ke London pada tahun 1947 dalam bidang undang-undang di Lincoln Inn diLondon, semasa diLondon beliau bertemu dengan Tunku Abd Rahman dan  menjalinkan hubungan persahabatan.
                
Kegiatan Politik Tun Abd Razak bermula apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang dan menjadi Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1949. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tun Abd Razak Dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran disamping Tunku Abd Rahman sebagai Perdana Menteri Yang pertama.

Pada Tahun 1970, Tun Abd Razak dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke 2 menggantikan Tunku Abd Rahman. Dibawah kepimpinan Tun Abd Razak, beliau memperkenalkan “Dasar Ekonomi baru”, Dasar buku hijau, Rancangan Kelapa Sawit.
              
Tun Abd Razak Hussein Meninggal Dunia akibat penyakit Leukimia pada  14 Januari 1976 di London dan dimakamkan di Makam Pahlawan Masjid Negara.

DISEDIAKAN OLEH     :   
HALID BIN ZAINAL
Perpustakaan Awam Daerah Bentong

No comments: