ULASAN BUKU OGOS 2019
No Perolehan :EPAL 18/001691
ISBN : 978-967-415-454-7
Kategori :Teknologi
Ringkasan / Umum :
Buku “DahGemuklah!” ini merumuskan “20 Rahsia Untuk Perut Kempis?” “5 Makanan Yang Harus Dielakkan?”.
Ianya mungkin tidak akan membantu anda.
Tetapi tidak mustahil jika mengikut 30 langkah yang sempurna!.
Sukar untuk hilang lebihan berat badan untuk rakyat Malaysia kerana didedahkan kepada makanan yang enak di keliling kita. Buku ini cukup komprehensif, dihidangkan secara santai walaupun adakalanya serius, menjelaskan kepada anda apa yang harus diketahui untuk menghapuskan berat berlebihan.
Andaakan sedar betapa selama ini maklumat yang diperoleh tidak tepat.
Justeru pembacaan ini akan menjelaskan dengan mudah istilah sains dan nutrisi yang relevan di sebalik penurunan berat badan.
Tiga puluh cara sempurna ini boleh membantu dengan berkesan, sangat fleksibel dan praktikal, jadi anda ada pilihan yang mana satu sesuai dengan gaya hidup anda.
Dengan buku ini, anda kini boleh mencapai hasil yang sihat sepanjang hayat bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga keluarga dan mereka yang disayangi.
Selamat membaca!!!
Judul : “Dah Gemuklah!”
Pengarang : Tunku Halim
Penerbit : MPH Group Printing (M)Sdn Bhd
TahunTerbit : 2018
Harga : RM 25.00
Mukasurat : 171
Rating :-
DisediakanOleh: DisemakOleh :
Noraziah Binti Abd. Razak Norkamila Binti Mahmud
Pembantu Pustakawan Ketua Perpustakaan Daerah
PD Paloh Hinai PAD Pekan
No comments:
Post a Comment