Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, November 4, 2019

BUKU Ramadan, maaf, Kami Masih Sibuk

TAJUK BUKU        :  Ramadan, maaf, Kami Masih Sibuk.
PENGARANG        :  AHMAD RIFA’I RIF’AN
NOMBOR PANGGILAN:  297.362
BAHASA        :  MALAYSIA
KATEGORI        :  AGAMA
ULASAN
Mukadimah buku ini begitu menarik, berkias namun membekas.  Memberi ingatan sebelum terlambat dan sesal di kemudian hari.  Sesuai dengan gelaran bulan seribu berkah.  Bagi mengupas persoalan atau pencernaan yang lebih baik setiap satu perkara di letak di bawah tajuk renungan dari nombor satu hinggalah renungan terakhir di bawah tajuk Menang dari Hong Kong.

Buku ini menyentuh adat dan budaya masyarakat Indonesia iaitu Mudik. Budaya pulang ke kampung halaman sebagai suatu motivasi diri.  Dalam buku Ramadan di Jawa, Andre Moller memberi komen dan dilihat sebagai fenomena unik di seluruh Indonesia bagi menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri. 

Dan membandingkan dengan tanah Arab yang menjadi tempat asal usul agama Islam.  Disertakan beberapa bait puisi Mudik Jiwanya.  ‘Titisan air hina, Tidak lebih daripada itu asalmu. Disertakan petikan dari Surah al-Nahl, ayat 4.:- “Dia menciptakan manusia daripada air benih, tiba-tiba menjadialah dia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya”

Sedangkan Tuhan tidak pernah peduli dengan itu semua.  Tuhan tidak peduli dengan keindahan fizikalmu.  Tuhan tidak peduli dengan jumlah hartamu.  Tuhan tidak peduli dengan takhtamu.  Engkau bukan siapa-siapa.  Engkau bukan apa-apa.  Jikalau dalam dadamu taka da sedikitpun Takwa.

Secara metafora, al-Quran mengungkapkan tradisi mudik ini sebagai saat kepulangan manusia ke asal usul penciptaannya, iaitu kembali kepada fitrah dan penyucian diri.

Disertakan beberapa kisah dizaman Rasulullah untuk menjadi panduan.  Kisah Talhah bin Ubaidillah yang membawa wang 100 ribu dirham.  Isterinya mendapati raut wajah Talhah murung.

Apabila ditanya oleh Isterinya Talhah menjawab  “Harta yang banyak begini, aku berasa takut apabila bertemu dengan Allah kelak, aku akan ditanya demi satu dirham”  Harta tersebut kemudian diinfakkan.

Banyak perkara yang disentuh dengan harapan seusai membacanya kesedaran timbul dalam sanubari dan pembaca menginsafi diri dengan melakukan kebaikan bukan saja dalam bulan Ramdan tetapi bulan-bulan seterusnya.

Pengarang        :  AHMAD RIFA’I RIF’AN
Tahun Terbit        :  2017
Mukasurat        :  146
Rating            :  7/10

Disediakan oleh    : 
Juriah bt Mohamed
Pembantu Pustakawan
Desa Jambu Rias

No comments: