Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, November 4, 2019

Buku: Apa Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Darah Manusia oleh Zefarina Zulkafli

OKTOBER 2019
Buku: Apa Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Darah Manusia oleh Zefarina Zulkafli

No Perolehan :  DPEK 18 - 005062
ISBN: 978 -  983– 49– 1355– 7
Kategori:  Perubatan

Ringkasan / Umum :   Buku ini berkisar tentang darah manusia . Darah yang sebagaimana di ketahuai adalah cecair di dalam tubuh  badan manusia yang sentiasa mengalir di dalam salur darah.

Ia terdiri daripada plasma dan sel darah. Sel darah manusia terdiri daripada 3 jenis sel darah, iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet.

Darah mempunyai fungsi yang penting dalam tubuh kita,iaitu membekalkan oksigen dan nutrisi,mengawal atur suhu badan manusia,mengangkut zat-zat kimia seperti hormon, menyirkirkan bahan toksin, mengangkut gas karbon dioksida dan sistem pertahanan badan daripada jangkitan kuman.

Kandungan buku ini menerangkan dengan lebih jelas dan terperinci tentang kandungan, struktur, fungsi dan penyakit berkaitan darah manusia.

Buku ini juga disertai  dengan gambar berwarna dan ditulis dengan bahasa yang mudah supaya pembaca mendapat gambaran yang jelas tentang darah manusia Akhirnya  diharap dapat menambah dan memantapkan lagi ilmu pengetahuan serta dapat manfaat oleh semua lapisan masyarakat

Buku: Apa Yang Anda Perlu Ketahui Tentang Darah Manusia
Pengarang:  Zefarina Zulkafli
Penerbit: Dwan Bahasa dan Pustaka
Tahun Terbit: 2017
Harga: RM24.00
Muka surat: 141
Rating:-

Disediakan Oleh:                        Di semak Oleh :
Kamariah Bt Omar                          Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                    Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan                            PAD Pekan

No comments: