No Perolehan: DTEM 008544/19
ISBN: 978-983-100-229-6
Kategori: 959.5 HOH
Ringkasan/ Ulasan
Buku ini mengisahkan keadaan sosial di Tanah Melayu pada zaman Darurat
(1948-1960). Buku ini memberikan penekanan kepada masalah, kesusahan dan penderitaan
penduduk Tanah Melayu semasa zaman darurat.Keadaan ini berlaku akibat keganasan komunis dan tindakan kerajaan dalam menangani komunis.
Pengaruh Darurat dan komunis ke atas hubungan kaum di Tanah Melayu juga diberikan penekanan dan perkembangan yang berlaku pada zaman Darurat yang menyebabkan meningkatnya ketegangan hubungan antara kaum di Tanah Melayu, khasnya di antara orang Melayu dan orang Cina.
Darurat yang berlangsung selama 12 tahun itu banyak menyaksikan kemusnahan dan
pergorbanan. Berharap buku ini boleh memberi manfaat kepada semua orang untuk lebih menghargai perjuangan orang zaman dahulu.
Judul: DARURAT 1948-1960 Keadaan Sosial Di Tanah Melayu
Pengarang: Ho Hui Ling
Penerbit: Universiti Malaya
Tahun Terbit: 2016
Harga: RM 45.00
Muka surat: 337
Rating: 4
Ulasan oleh:
Farah Naz Alia binti Rosli,
Pembantu Pustakawan PAD Temerloh
No comments:
Post a Comment