Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Monday, November 4, 2019

Buku: MENCARI ISLAM DI CINA

JUDUL BUKU:             Mencari Islam Di Cina
N0.PENGKELASAN:    297.0951  ANN   
ISBN:    978-967-5426 -30-8
PENGARANG:    Ann Wan Seng
TARIKH / TAHUN:    2010   
EDISI BAHASA:    Bahasa Malaysia
HARGA:    RM 23.00
ULASAN:

Negara China seringkali dikagumi sebagai sebuah negara yang kaya dengan tradisi, tamadun dan peradaban yang tinggi. Negara itu mempunyai sejarah yang cukup panjang. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam turut memberi sumbangan yang penting di sebalik kejayaan China sebagai sebuah empayar yang dihormati selama berabad lamanya.


Kehadiran Islam di China dikesan sejak abad ke-7 dengan kehadiran beberapa orang sahabat nabi yang diutus untuk menyampaikan risalah Islam ke negara yang terkenal dengan tembok besarnya. Malahan sebelum kedatangan Islam, penduduk China sudah menjalinkan hubungan yang cukup rapat dengan para pedagang Arab.

Hasil dan kesan hubungan itu masih dapat dilihat sehingga ke hari ini. Begitu juga dengan tinggalan dari warisan Islam masih dipertahankan oleh penduduk Islam di China. Selain daripada cara hidup yang berlandaskan kepada al-Quran dan sunnah, bukti kegemilangan Islam di China dapat dilihat melalui berbagai-bagai monumen seperti masjid, makam para sahabat serta ulama dan lain-lain.

   
Buku ini bukan sekadar usaha untuk menjejaki tapak-tapak Islam di China tapi ia juga memberika gambaran kepada kita semua tentang potensi yang ada pada negara itu untuk menjadi medan dan wasilah kepada kebangkitan semula Islam pada akhir zaman. Pencarian Islam di China adalah sejajar dengan sebuah hadis nabi yang bermaksud bahawa Islam akan bangkit semula dari arah sebelah Timur.

DISEDIAKAN OLEH :
PN. SAHIDAH BINTI ABDUL GANI

No comments: