Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Thursday, November 7, 2019

Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis /Sidek Mohd Noah /Universiti Putra Malaysia /2018

ULASAN BUKU OGOS 2019
Buku Ringkasan Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis
Penerbit Universiti Putra Malaysia
No Perolehan: DPEK 18- 005987
Isbn: 978-983-237-338-4

Ringkasan / Umum
PENYELIDIKAN merupakan suatu proses saintifik.

Seorang penyelidik wajar sedar tentang beberapa peringkat di dalam penyelidikan dan perlu menguasai kemahiran melaksanakan proses penyelidikannya pada peringkat yang berkenaan. Penyelidik yang tekun dan beriltizam dalam tugasnya akan dapat merasakan kepuasan apabila hasil kajiannya dapat disempurnakan.

Buku ini memberi panduan kepada penyelidik yang baru berjinak-jinak dengan dunia penyelidikan.

Selain itu, menariknya buku ini kerana ia turut mengemukakan beberapa petua kepada penyelidik tentang cara memudahkan analisis data dalam usaha menulis laporan kajian.
Pengarang turut membimbing penyelidik tentang cara mengatasi masalah yang sering berlaku dalam penyelidikann sains sosial terapan berhubung kejituan dapatan kajian.

Tumpuan juga dititikberatkan pada penetuan jenis persempelan apabila ujian statistik diguna bagi memastikan kejituan analisis data dalam menjalankan penyelidikan.

Aspek cara memperoleh kebolehpercayaan yang tinggi dalam penggubalan soal selidik juga diberi tumpuan.

Di samping itu, pengarang mengemukakan pentingnya etika penyelidikan dipatuhi oleh para penyelidik.

Judul: Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah, Teori dan Praktis
Pengarang: Sidek Mohd Noah
Penerbit: Universiti Putra Malaysia
Tahun Terbit : 2018
Harga: Rm 40.00
Muka Surat: 265
Rating:-

Disediakan Oleh:                        Di semak Oleh :
Isham bin Hamzah                          Norkamila binti Mahmud
Pembantu Pustakawan                    Ketua Perpustakaan Daerah
PAD Pekan                            PAD Pekan

No comments: