Kami TIDAK bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan kandungan di dalam blog ini. Pendapat atau bahan yang dikemukakan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi semata-mata dan untuk kegunaan peribadi sahaja.

Tuesday, July 10, 2018

Buku FENOMENA ALAM ATAU AZAB ALLAH Penulis ZAINAL JAINAL DAN SITI MERIAM YUSOFF Penerbit UTUSAN PUBLICATION 2010 RM19

Buku FENOMENA ALAM ATAU AZAB ALLAH Penulis ZAINAL JAINAL DAN SITI MERIAM YUSOFF Penerbit UTUSAN PUBLICATION 2010 RM19

JUDUL BUKU : FENOMENA ALAM ATAU AZAB ALLAH..
PENULIS : ZAINAL JAINAL DAN SITI MERIAM YUSOFF .
TAHUN TERBITAN : 2010
PENERBIT BUKU : UTUSAN PUBLICATION
JUMLAH MUKA SURAT : 206
HARGA :  RM 19.70.
NO PEROLEHAN : 001385
NO PANGGILAN : 297.23

ULASAN BUKU :
Alam ini adalah ciptaan Allah setiap yang berlaku adalah kejadian yang telah di tetapkan oleh Allah subhanawataala..Dalam buku ini jelas menceritakan proses kejadian Alam dan manusia berdasarkan keterangan Al Quran dan Hadis Rasullah S.A.W serta kajian Sains.
Penulis menceritakan bagaimana Fenomena Alam atau pun tanda-tanda kiamat wujud dengan melihat kejadian yang berlaku terhadap masa lampau dan zaman mutakhir ini. Contoh yang ketara Penulis menceritakan bagaimana kejadian Alam yang berlaku teramat dahsyat sekitar September dan Oktober 2009 di Asia Timur, Asia Tenggara dan India yang mana akibat kerosakan Alam semula jadi banyak manusia kehilangan nyawa dan harta benda.
Perceritaannya juga menunjukkan betapa bencana Alam yang kini kerap berlaku dengan magnitudnya kian meningkat lalu ditanya adakah ini Fenomena Alam atau Azab Allah ?Atau pun peringatan yang umur Dunia hampir ke penghujungnya ?.
Firman Allah dalam surah Ar-Ruum., ayat 41 yang bermaksud :
“ Telah berlaku kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada ( akibat ) perbuatan mereka, agar mereka kembali ( ke jalan yang benar )”.

Disediakn Oleh :
Mohamad Yusmi B Mohamed Yunus
Pembantu Pustakawan
PD Lepar Hilir

Disemak Oleh :
Ahmad Aziddin B Ahmad
Ketua Unit Rangkaian Perpustakaan

No comments: